omniture

Nespresso Mengumumkan Kejayaan Pertama The Positive Cup, Strategi Kemampanan 2020

Nestle Nespresso SA
2015-07-03 01:12 508

LONDON, 3 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Ketua Pegawai Eksekutif menyediakan kemas kini tentang aktiviti berkaitan kopi dalam Lembaga Khidmat Nasihat Kemampanan Nespresso Ketiga

Sebagai meraikan ulang tahun pertama The Positive Cup, strategi kemampanan 2020 Nespresso, Jean-Marc Duvoisin, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Nespresso, mengumumkan yang kemajuan signifikan telah dibuat bagi memperbaiki kehidupan ribuan petani kopi di negara-negara dari Sudan Selatan hinggalah ke Colombia, sebagai sebahagian daripada Program AAA Sustainable Quality™ syarikat itu.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150701/227656 )

Encik Duvoisin mengulas: "Melalui pelaburan kemampanan kami, langkah pertama telah diambil bagi membina semula industri kopi di Sudan Selatan, dan kami sedang membantu untuk memulakan masa depan yang lebih baik untuk para petani di Colombia melalui pelan penyimpanan usia persaraan. Ini dikira langkah yang kecil jika melihat kepada skala cabaran ini, tetapi saya berbangga kami boleh turut memainkan peranan untuk membantu para petani, sambil menjamin bekalan masa hadapan bagi kopi berkualiti paling tinggi untuk perniagaan kami serta Ahli Kelab kami."

Sepanjang dua tahun lepas, Nespresso telah bekerjasama dengan rakan kongsinya TechnoServe bagi membantu membina semula sektor kopi di Sudan Selatan, lalu menghasilkan eksport kopi negara yang pertama pada tahun 2013, dan eksport bukan minyak mereka yang pertama ke Eropah. Nespresso menyasarkan untuk menghasilkan kopi baharu yang jarang didapati dari Sudan Selatan, sambil menyediakan sumber alternatif bagi pendapatan mampan kepada petani tempatan.

"TechnoServe berbangga dapat bekerjasama dengan Nespresso bagi membantu memperbaiki mata pencarian ribuan petani Sudan Selatan yang berdaya usaha," kata William Warshauer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TechnoServe. "Sebagai badan tanpa untung yang memfokuskan penyelesaian perniagaan bagi kemiskinan, kami percaya pelaburan seperti ini mempunyai harapan tinggi untuk impak pembangunan jangka masa panjang."

"Saya sudah melihat perubahan yang besar dalam masyarakat ini. Kami ingin menghasilkan kualiti yang sesuai. Kini, orang ramai memiliki harapan. Kami akan dapat membayar yuran persekolahan untuk kanak-kanak dan akhirnya memajukan negara itu," kata Joseph Malish Thomas, petani Sudan Selatan yang mengambil bahagian dalam Program Nespresso AAA.

Nespresso menyasarkan untuk menyumberkan 100 peratus kopinya daripada Program AAA Sustainable Quality™ mereka menjelang tahun 2020. Ini sangat bergantung kepada pelanjutan program itu memasuki Kenya dan Etiopia, untuk menyokong komuniti pertanian yang lebih berkemahiran, berdikari dan mampan. Sejak 12 bulan lepas, Nespresso dan TechnoServe telah menyediakan latihan dan bantuan teknikal kepada lebih 10,000 petani, dan akan menjangkau sehingga 50,000 petani menjelang tahun 2020.

Selain daripada perluasan Program AAA di Afrika, Nespresso turut melaksanakan kemajuan dengan melaksanakan penyelesaian kebajikan inovatif bagi memastikan perladangan kopi masih menarik minat generasi muda. Tahun lepas, Nespresso melancarkan program pengenalan pelan penyimpanan usia persaraan, bersama Kementerian Buruh Colombia, Fairtrade International dan koperasi kopi tempatan, untuk para petani yang mengambil bahagian dalam Program AAA mereka di Caldas, Colombia. Seramai 850 orang petani diperakui AAA Fairtrade sudah mengambil pelan penyimpanan usia persaraan itu, yang ditetapkan dalam kerangka kerja skim Beneficios Económicos Periódicos (BEPS) Colombia. Penyimpanan yang pertama telah dimasukkan dalam akaun bank khas setiap petani itu pada bulan Mei 2015.

"Ia memberi kami harapan yang kami mampu bersara satu hari nanti, agar apabila kami mencapai usia persaraan kami kelak, kami sudah boleh berehat dan menikmati hari tua kami dengan tenang," kata petani AAA Delio Gonzalez.

"Petani kopi bekerja keras sepanjang hayat mereka, tapi mereka masih tidak mempunyai punca pendapatan untuk menyara diri mereka sendiri semasa mereka mencapai usia persaraan mereka. Sebab itu Nespresso dan Fairtrade International berkolaborasi dengan petani di Colombia bagi pelan penyimpanan usia persaraan yang inovatif. Nespresso mula menyumber kopi diperakui Fairtrade pada tahun 2014 daripada koperasi Aguadas di Caldas, Colombia dan setakat ini lebih 800 orang petani telah mengambil bahagian untuk melaburkan sebahagian daripada Premium Fairtrade mereka bagi perancangan aktif persaraan mereka," kata Harriet Lamb, Ketua Pegawai Eksekutif Fairtrade International. "Harapan kami, agar ini akan turut membantu generasi muda untuk melihat perladangan kopi sebagai kerjaya yang berdaya maju, supaya ia akan memulihara bahagian penting untuk ekonomi dan warisan Colombia."

Nespresso juga telah maju dengan pelan agroperhutanan mereka. Penanaman semula pokok di rantau penghasilan kopi membantu melindungi ekosistem semula jadi, lalu mengukuhkan daya pemulihan ladang kopi terhadap perubahan iklim serta memastikan penghasilan kopi yang mampan untuk masa depan. Kira-kira 130,000 batang pokok telah ditanam pada tahun 2014 di Guatemala dan Colombia sebagai sebahagian daripada program pengenalan mereka. Pada separuh pertama tahun 2015, kira-kira 200,000 batang pokok telah ditanam di Etiopia dan Guatemala, manakala 300,000 lagi akan ditanam menjelang penghujung tahun 2015 di Mexico serta Colombia.

"Perikatan Hutan Hujan telah bekerjasama dengan Nespresso dan Program AAA sejak ia mula-mula dibentuk pada tahun 2003. Bersama, kami telah melihat pencapaian besar yang telah memberi peningkatan ketara kepada kehidupan para petani kopi, kaum keluarga serta masyarakat, dan juga manfaat alam sekitar dan kepelbagaian biologi," kata Tensie Whelan, Presiden Perikatan Hutan Hujan. "Kemajuan yang dibuat oleh Nespresso, Perikatan Hutan Hujan dan Pur Projet melalui pelan agroperhutanan dapat mendorong kepada kejayaan itu, membantu para petani memperbaiki daya pemulihan mereka terhadap ancaman sebenar dan semasa iaitu perubahan iklim. Apabila bekerja bersama, kami menunjukkan yang penjagaan alam sekitar dan petani kopi merupakan bahagian yang penting untuk membekalkan kopi berkualiti paling tinggi kepada pengguna Nespresso seluruh dunia."

Program Nespresso AAA Sustainable Quality™ telah dibangunkan bersama pertubuhan tanpa untung (NGO) Perikatan Hutan Hujan bagi menjamin bekalan kopi paling berkualiti tinggi, melindungi alam sekitar dan memperbaiki kebajikan para petani. Lebih 63,000 petani kini mengambil bahagian dalam program itu di 11 buah negara, menikmati faedah daripada bantuan teknikal, latihan, premium harga, serta pelaburan dalam prasarana.

Maklumat lanjut:

Pendekatan kemampanan Nespresso: http://www.nestle-nespresso.com/sustainability

Program Nespresso AAA Sustainable Quality™: http://www.nestle-nespresso.com/sustainability/the-positive-cup/coffee

Ahli-ahli Lembaga Khidmat Nasihat Kemampanan Nespresso dan gambaran: http://www.nestle-nespresso.com/sustainability/sustainability-advisory-board/sustainability-advisory-board

Video:

Pendekatan agroperhutanan Nespresso: https://www.youtube.com/watch?v=3eKEXaimnCQ

Projek Nespresso Sudan Selatan: https://www.youtube.com/watch?v=jcc84bpiGDM

Nespresso di Etiopia: https://www.youtube.com/watch?v=PqBYcuX12bI

Latar Belakang Nestlé Nespresso SA

Nestlé Nespresso SA merupakan perintis dan rujukan unggul bagi kopi premium berkualiti tinggi. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Nespresso beroperasi di 62 buah negara dan mempunyai lebih 10,500 orang kakitangan. Pada tahun 2014, ia mengendalikan rangkaian runcit global yang terdiri lebih 400 butik eksklusif. Sebarang maklumat lanjut, lawati laman sesawang korporat Nestlé Nespresso: http://www.nestle-nespresso.com.

Latar Belakang The Positive Cup

Dilancarkan pada Ogos 2014, strategi kemampanan Nespresso 2020, bernama The Positive Cup, direka bagi memajukan lagi strategi syarikat untuk mengurangkan impaknya dan menghasilkan hasil positif untuk perniagaan, masyarakat serta alam sekitar melalui program dan juga perkongsian yang inovatif. Menambah kepada langkah signifikan yang syarikat itu sudah ambil sepanjang dua belas tahun lepas untuk memperbaiki kebajikan petani dan memacu kemampanan alam sekitar dalam penyumberan serta pengambilan kopi, ia menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi dalam bidang penyumberan kopi dan kebajikan sosial; penyumberan, penggunaan, dan pembuangan aluminium; dan daya pemulihan akibat perubahan iklim. http://www.nestle-nespresso.com/sustainability

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
Diane Duperret
Nestlé Nespresso SA
Pengurus Perhubungan Awam Korporat
T: +41-21-796 9289

Source: Nestle Nespresso SA
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Corporate Social Responsibility