omniture

Asia Plantation Capital Mengumumkan Usaha Sama untuk Menanam Secara Lestari Pokok Aquilaria Sinensis yang Terancam di Malaysia

Asia Plantation Capital
2015-07-03 05:04 912

SINGAPURA, 3 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital Sdn Bhd mengumumkan satu usaha sama untuk menanam pokok Aquilaria Sinensis yang terancam bersama pemilik ladang sedia ada di Malaysia. Asia Plantation Capital akan mengambil alih pengurusan, inokulasi dan penuaian pokok Aquilaria Sinensis di ladang yang bertempat di Melaka itu. Usaha sama ini merupakan sebahagian daripada strategi S$50 juta Asia Plantation Capital untuk melabur dan mengembangkan operasinya di Malaysia sepanjang beberapa tahun akan datang.

Pokok-pokok Aquilaria Sinensis di ladang di Melaka yang akan diuruskan oleh Asia Plantation Capital
Pokok-pokok Aquilaria Sinensis di ladang di Melaka yang akan diuruskan oleh Asia Plantation Capital

Terancam tetapi mendapat permintaan tinggi, spesis pokok Aquilaria digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk Perubatan Cina Tradisional, colok mewah  malah sebagai ramuan asas dalam sesetengah wangian artisan mewah terkini daripada jenama-jenama wangian terkenal di seluruh dunia. Asia Plantation Capital membawakan kepakarannya dalam penanaman lestari, pengetahuan tentang berdagang mengikut peraturan-peraturan antarabangsa yang ketat dan teknik inokulasi terbaik dalam kategorinya yang diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik dalam industri untuk pokok Aquilaria.

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Asia Plantation Capital untuk menanam pokok-pokok Aquilaria Sinensis di ladang-ladang kami. Penyelidikan Asia Plantation Capital terhadap inokulasi dan pengurusan spesis Aquilaria oleh Lembaga Penasihat Saintifik Global amat mengagumkan. Proses inokulasi mereka membawakan 100% kejayaan dengan setiap pokok," kata jurucakap ladang di Melaka itu. "Kejayaan Asia Plantation Capital berserta kepatuhan Syariah yang diterima baru-baru ini bagi salah satu produk mereka yang disampaikan oleh IBFM, meyakinkan kami bahawa mereka merupakan rakan kerjasama terbaik untuk kami di Malaysia."

Asia Plantation Capital telah meluaskan operasinya di Malaysia secara aktif sebagai sebahagian daripada rancangan pertumbuhan strategiknya di Asia. Sebuah  kilang dan tempat penyulingan di Johor baru sahaja dibuka, pokok-pokok yang dituai daripada usaha sama ini akan diproses di kemudahan baharunya di Johor dan akan dipasarkan di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Asia Plantation Capital turut berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan para pemilik ladang tempatan lain dan menyediakan sistem, teknik dan pendekatan lestari Asia Plantation Capital kepada mereka.

Asia Plantation Capital merancang untuk terus mengembangkan operasinya di Malaysia melalui usaha sama dan pengambilalihan
Asia Plantation Capital merancang untuk terus mengembangkan operasinya di Malaysia melalui usaha sama dan pengambilalihan

"Di Asia Plantation Capital, kami telah dan akan terus menanam spesies pokok Aquilaria melalui penanaman yang lestari dan memperkenalkannya semula kepada kawasan-kawasan asalnya," kata En Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital Asia Pasifik. "Kami amat teruja dengan peluang untuk meluaskan operasi kami di Malaysia melalui usaha sama ini. Melalui kerjasama ini juga, kami ingin membangunkan ladang pameran pokok-pokok Aquilaria Sinensis di Malaysia. Ini akan melibatkan pembinaan tapak semaian bagi tujuan membesarkan anak-anak pokok untuk ladang itu."

Nota untuk Editor:

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +6013-774-1009

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta - nilai gabungan aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta - pusing ganti dalam tahun kewangan lepas
  • AS$ 100 juta - ramalan pusing ganti untuk tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 - jumlah pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan perkebunan komersial di serata rantau Asia Pasifik serta seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian yang diusahakan bagi memenuhi permintaan domestik serta komersial dalam negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial serta budaya dan juga pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (tetapi beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), kumpulan itu kini mengendalikan projek-projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek-projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu yang lestari dan diperakui adalah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150629/8521504272-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150629/8521504272-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Joint ventures