omniture

Tanda Cinta: THOMAS SABO Persembahkan Koleksi Perak Sterling Musim Luruh/Musim Sejuk 2015

THOMAS SABO
2015-07-03 09:00 267

LAUF AN DER PEGNITZ, Germany, 3 Julai 2015/PRNewswire/ --

/PRNewswire/ --

Perasaan mendalam, cinta dan kegembiraan merupakan ilham bagi koleksi baharu Love Bridge daripada THOMAS SABO. Musim ini, barang kemas menggamit seluruh deria dan menyampaikan rasa perhubungan dengan orang yang tersayang. Belum pernah lagi koleksi THOMAS SABO dipenuhi sentimen dan joie de vivre berbanding musim-musim sebelumnya. Jurugambar tersohor, Ellen von Unwerth mempersembahkan koleksi baharu ini dengan sempurna melalui gambar-gambar kempen yang romantik, bersama model-model terkenal Georgia May Jagger dan Marlon Teixeira menjadi tumpuan. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7566851-signs-of-love-thomas-sabo/

Love Bridge THOMAS SABO

Sebuah jambatan yang menghubungkan: dengan ukiran individu pada mangga besi, ramai kekasih mengabadikan perasaan mereka pada Jambatan Cinta tercantik di dunia. Siri Love Bridge THOMAS SABO baharu diinspirasikan amalan romantis ini dan meraikan hubungan mendalam antara dua insan: bar filigri yang diperbuat daripada perak Sterling 925 menghubungkan kedua-dua hujung gelang dan menyediakan ruang untuk ukiran peribadi yang dipenuhi emosi.

Sama ada kekasih, rakan karib atau ahli keluarga - Love Bridge sentiasa meluahkan perasaan kasih untuk satu sama lain dengan cara tersendiri dengan kata-kata sensitif atau moto kehidupan yang indah. Oleh itu ia merupakan penyampai perasaan dan, pada masa yang sama, hadiah yang sempurna untuk setiap keadaan. Dengan rangkaian gaya dan warna yang pelbagai, gelang-gelang ini amat sempurna dengan kod rekaan THOMAS SABO – agar setiap insan dapat mengabadikan hubungan kasih mereka dan gaya mereka yang tersendiri. Setiap bentuk cinta menemui bukti uniknya dalam gelang Love Bridge THOMAS SABO.

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barang kemas, jam dan kecantikan utama dunia, yang mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk-produk gaya hidup untuk golongan wanita dan lelaki. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, selatan Jerman, mengendalikan hampir 250 buah kedainya sendiri di kesemua lima benua dengan jumlah keseluruhan kira-kira 1,750 orang kakitangan. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO mempunyai seramai kira-kira 460 orang kakitangan. THOMAS SABO turut berkolaborasi di peringkat global bersama kira-kira 2,600 rakan dagangan serta syarikat-syarikat penerbangan utama. 

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150701/227544 )

 

THOMAS SABO GmbH & Co. KG

Felizia Kindermann
Head of International and Corporate PR

Martin-Luther-Strabe 20 
91207 Lauf / Pegnitz
Germany

Tel: +49-9123-9715–0
Email: press@thomassabo.com
Web: http://www.thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO

Source: THOMAS SABO
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services