omniture

BGI Terima Akreditasi daripada College of American Pathologists (CAP)

BGI Hong Kong merupakan makmal klinikal penjujukan generasi seterusnya yang pertama beroperasi dengan pensijilan CAP di China
BGI
2015-07-03 20:32 380

SHENZHEN, China3 Julai 2015 /PRNewswire/ -- BGI hari ini mengumumkan, makmal penjujukan DNA berdaya pemprosesan tingginya di Hong Kong telah diakreditasi oleh College of American Pathologists (CAP). Kemudahan BGI Hong Kong ini merupakan makmal klinikal penjujukan generasi seterusnya yang pertama menerima pensijilan CAP di China, memenuhi standard tertinggi dalam amalan makmal klinikal. Melengkapi proses makmal patuh sedia ada US FDA – 21 CFR Bahagian 11, dan beberapa pensijilan ISO, pensijilan CAP ini membolehkan BGI menyediakan standard kecemerlangan antarabangsa tertinggi dalam amalan makmal berkualiti.

Selain itu, Program Total Quality BGI, yang termasuk program sokongan pelanggan masa nyata 24/7, menyediakan khidmat pelanggan yang menerajui industri kepada para pelanggan kami. Dilengkapi rangkaian terluas teknologi genomik industri, serta pasukan saintis dan ahli bioinformatik berpengalaman, BGI menyediakan data dan perkhidmatan berkualiti tertinggi untuk penyelidik serta pengamal perubatan dari seluruh dunia.  

Latar Belakang College of American Patologists

College of American Pathologists (CAP), organisasi utama bagi ahli-ahli patologi yang disahkan lembaga, memberi khidmat kepada pesakit, ahli patologi, dan orang awam dengan menggalakkan serta menyokong kecemerlangan dalam amalan patologi dan juga perubatan makmal di seluruh dunia. CAP menawarkan penyelesaian dan pengalaman bersepadu bernilai tinggi  yang memperkasakan ahli-ahli CAP serta para pelanggan untuk mencapai kecemerlangan dalam amalan patologi dan juga perubatan makmal.

Latar Belakang BGI

BGI telah diasaskan pada tahun 1999 sebagai sebuah organisasi penyelidikan tanpa untung. Selama beberapa tahun, BGI telah berkembang menjadi sebuah syarikat multinasional yang beroperasi di peringkat global dengan signifikan. Matlamat kami ditumpukan untuk menambah baik kesihatan manusia dan memperkasa penyelelidikan genomik manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang berskala besar. Hari ini, dengan memanfaatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D), pengeluaran dan operasi komersial di seluruh dunia, kami berdedikasi untuk

  • Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk rangkaian luas aplikasi penyelidikan sains hayat dan klinikal
  • Menggalakkan penyelidikan genomik berskala besar menggunakan platform teknologi berdaya proses tinggi

Sebarang maklumat lanjut tentang BGI, sila lawati www.genomics.cn dan www.bgi-international.com

Maklumat untuk Dihubungi:
Bicheng Yang, Ph.D
Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
BGI
+86-755-8263-9701
yangbicheng@genomics.cn
www.genomics.cn

Source: BGI
Keywords: