omniture

Memerangi Tiga Penyakit Kronik Utama di Asia Tengah dan Asia Tenggara Melalui Pendidikan Perubatan

EXCEMED
2015-07-04 09:30 315

MUMBAI, India, 4 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Satu penyedia pendidikan perubatan berterusan global menyasarkan epidemik penyakit darah tinggi, diabetes serta gangguan tiroid di Asia Tengah dan Asia Tenggara melalui platform pendidikan dalam talian percuma dan juga persidangan utama yang dikhususkan kepada penyakit-penyakit ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150630/227090 )

Manage Diabetes Online, Manage Hypertension Online dan Manage Thyroid Online - setiap satunya dibangunkan dan dikendalikan oleh EXCEMED - menggabungkan kepakaran terbaik dunia dengan format pembelajaran dinamik termasuk editorial pakar, pembentangan slaid, kuliah video dan ringkasan persidangan penting selain kursus pembelajaran yang berakreditasi CME.

"EXCEMED berbangga membawakan kesemua platform ini kepada para doktor dengan pengiktirafan khusus terhadap sifat global sebenar bagi setiap yang kami tawarkan - Jawatankuasa Saintifik bagi projek-projek ini memilih pakar-pakar utama dari Eropah, Timur Tengah, Asia dan Amerika Latin," kata Roberta Cenci, Ketua Strategi Pendidikan untuk EXCEMED.

Juga daripada EXCEMED, persidangan pengurusan penyakit kardiometabolik Asia Pasifik 2015 berlangsung pada 4-5 Julai di Mumbai, India, dan akan membincangkan strategi-strategi diagnostik dan terapeutik untuk diabetes, penyakit darah tinggi serta kegagalan tiroid dalam amalan klinikal harian.

Menurut kajian Bebanan Penyakit Global (Lancet 2012), tekanan darah tinggi masih merupakan punca kematian utama di dunia dan kekal sebagai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam perubatan kardiovaskular.

Diabetes Mellitus, terutamanya jenis 2, merupakan epidemik yang menular di Asia ketika gaya hidup di benua ini mengalami perubahan. Kecenderungan genetik yang khusus turut dikesan dalam populasi ini. Atlas Yayasan Diabetes Antarabangsa edisi ke-6 menunjukkan 8.2% daripada populasi (75 juta) di negara-negara Asia Tenggara dan 8.5% populasi (138 juta) di negara-negara Pasifik Barat menghidap diabetes.

Gangguan tiroid juga amat kerap berlaku di negara-negara Asia Pasifik, biasanya disebabkan oleh kekurangan iodin serta faktor genetik.

Secara bersama, penyakit darah tinggi, kegagalan jantung, diabetes dan gangguan tiroid berkongsi mekanisme patofisiologi dan isu klinikal serupa yang kebiasaannya merupakan tugasan yang sukar dihadapi dalam amalan klinikal.

Latar Belakang EXCEMED

EXCEMED - Excellence in Medical Education merupakan penyedia pendidikan perubatan berterusan (CME) tanpa untung yang bebas. Yayasan ini telah menyampaikan CME terbaik kepada ribuan profesional kesihatan selama lebih empat dekad, mengadakan lebih 2000 kongres saintifik antarabangsa dengan lebih 500 prosiding diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa utama. EXCEMED telah menawarkan CME dalam talian sejak tahun 2000 termasuk kursus-kursus dalam talian berakreditasi CME. http://www.excemed.org

Sumber: EXCEMED

Source: EXCEMED
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Internet Technology Web Site New products/services