SHANGHAI, 6 Julai 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) (JA Solar), salah satu daripada pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan modul standardnya telah lulus ujian kebakaran Kelas A menurut standard UL1703 bagi modul Jenis 1. Semasa ujian itu, kesemua enam set BOM yang digunakan untuk modul Jenis-1 JA Solar telah lulus ujian kebakaran Kelas A UL yang dijalankan oleh Intertek, menjadikan JA Solar syarikat pengeluar modul PV besar-besaran yang pertama di China lulus ujian tersebut.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218046LOGO
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ketika penjanaan elektrik solar telah dipertingkatkan dengan pesat di seluruh dunia pada kadar yang belum pernah dicapai, standard dan kriteria untuk pensijilan keandalan modul PV sentiasa dikemas kini serta diperluaskan untuk memenuhi peningkatan keperluan produk PV dengan kualiti lebih baik dan juga keandalan lebih tinggi daripada pengguna elektrik solar, selain pengawalseliaan keselamatan, persekitaran dan bahaya yang lebih ketat bagi pemasangan PV oleh perundangan serta kerajaan pada pelbagai peringkat.
Ujian kebakaran Kelas A bagi modul PV Jenis 1 yang ditetapkan oleh UL-1703 menuntut modul yang diuji menahan pembakaran penunu terus selama 10 minit daripada api gas (suhu api ialah 760±28oC, dengan kelajuan angin pada 5.4±0.2m/s, jarak sebaran api dibenarkan adalah di bawah 1.82 meter). Kriteria ujian Kelas A ini adalah lebih ketat berbanding standard Kelas C yang kebiasaannya diterima sebelum ini, yang hanya memerlukan modul PV yang diuji menahan selama 4 minit pembakaran terus (dengan suhu api pada 704±28oC, kelajuan angin pada 5.4±0.2m/s dan jarak sebaran api dibenarkan di bawah 3.9 meter). Didapati bahawa, semasa ujian Kelas A yang dijalankan di Intertek, modul Jenis-1 JA Solar yang menjalani ujian tersebut bukan sahaja dapat menahan haba seperti kebakaran tanpa terbakar sendiri; api penunu itu tidak mampu membakar menembusi panel PV itu.
Keputusan lulus modul Jenis-1 JA Solar dalam ujian Kelas A UL1703 sekali lagi menunjukkan komitmen jangka panjang JA Solar untuk memberikan pelanggan kami produk PV berprestasi tinggi, berkualiti tinggi dan andal, serta untuk memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat terhadap tenaga bersih melalui inovasi teknologi dan penambahbaikan prestasi.