omniture

Gergasi Teknologi Taiwan Bakal Muncul dalam Pasaran Teknologi Pintar di Asia Tenggara

Billion Electric Co., Ltd.
2015-07-08 10:00 354

TAIPEI, 8 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Billion Electric, penyedia terbesar bagi teknologi kawalan pencahayaan dan kuasa di Asia Pasifik, sedang mencari rakan kongsi untuk memasuki pasaran pencahayaan pintar dan tenaga pintar di Asia Tenggara. Billion menyasarkan untuk mempromosikan Sistem Kawalan dan Pengurusan Lampu Jalan Pintar (LCMS) serta pemacu LED dalam & luar bangunan melalui kerjasama dengan penyepadu sistem bagi menyertai projek-projek bertender. Billion turut menyasarkan rantau ini bagi tujuan melancarkan Awan Tenaga BEsmart (BEsmart Energy Cloud) agar selari dengan usaha kelestarian serantau. Asia Tenggara kini merupakan fokus pasaran utama yang melaluinya, syarikat itu berhasrat untuk melabur dalam kerjasama perniagaan jangka panjang.

Billion, ditubuhkan pada tahun 1973, memulakan perniagaan awalnya dalam bidang pengeluaran, rekaan dan pengedaran bekalan kuasa, pemacu LED, serta penyelesaian kawalan pencahayaan. Jenama Billion telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2004, dan sejak tahun 2009, syarikat itu telah menambahkan sejumlah sumber yang banyak untuk memperkasa pangkalan pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) serta membina makmal untuk membangunkan Grid Pintar (Smart Grid) dan juga produk-produk berkaitan tenaga. Billion telah menutup tahun fiskal 2014 dengan hasil sebanyak AS$38 juta dan kini dilengkapi dengan lebih 900 pakar.

Billions merancang untuk memperkenalkan LCMS bagi membantu majlis perbandaran mempertingkat kecekapan lampu jalan dan keselamatan bandar sambil mengurangkan penggunaan tenaga. Melalui pemantauan prestasi lampu jalan secara jarak jauh, majlis perbandaran dapat menjimatkan masa serta penyelenggaraan dengan menetapkan jadual pemalapan yang diingini dan menghidupkan atau mematikan pencahayaan pada pelayan berasaskan awan. Daripada pengiraan matahari terbit dan terbenam, penggera gangguan lampu jalan serta-merta kepada integrasi kamera IP, LCMS daripada Billion ini bukan sahaja dapat mencerahkan pandangan pemandu, tetapi juga dapat meminimumkan tenaga kerja melalui lampu LED yang dipertingkat dan juga keselamatan.

Billion turut merancang untuk mempromosikan Awan Tenaga BEsmart bagi menggalakkan aliran tenaga boleh diperbaharui. Billion menyepadukan meter pintar dan gerbang Internet dengan platform pengkomputeran awan, membawakan IoT (Internet of Things) untuk membina sistem pengurusan tenaga yang dihubungkan dengan baik. Penyelesaian ini membolehkan pengguna mengesan kawasan yang memerlukan peningkatan kecekapan sistem dengan mendapatkan pandangan terkini berkaitan tenaga elektrik yang menyokong operasi harian mereka. Dengan menggabungkan peranti pemeteran dengan teknologi perangkaian, Awan Tenaga BEsmart dapat memberi tumpuan kepada penggunaan tenaga dan mengurangkan kos utiliti dengan mengaudit setiap aktiviti aliran tenaga elektrik.

"LCMS telah berkembang ke tahap matang, dan telah berjaya dilaksanakan oleh sebilangan perintis pencahayaan di Taiwan, tanah besar China, serta Eropah," kata Martin Chang, Pengurus Rangkaian Produk Kawalan dan Pengurusan Lampu Jalan Pintar di Billion Electric Co. Ltd. "Kami menyasarkan Asia Tenggara kerana kami melihat potensi yang kian meningkat dalam tenaga boleh diperbaharui, lampu jalan pintar serta pencahayaan LED. Kami sedang berusaha ke arahnya melalui kerjasama dengan rakan-rakan kongsi di Malaysia dan Thailand. Kini, kami ingin menjalin kerjasama dengan seluruh Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia, Singapura, Laos, Myanmar, Vietnam dan Filipina."

Latar Belakang Billion Electric

Billion Electric Co., Ltd. (www.billion.com, taiex: 3027) merupakan penyedia penyelesaian pengurusan tenaga. Kami memelihara kehidupan dan Bumi dengan menjadi rakyat korporat yang bertanggungjawab serta pendorong inovatif untuk teknologi mesra alam. Kakitangan Billion di seluruh dunia komited untuk memberikan nilai maksimum kepada para pelanggannya.

Elaine Chen
+8862-2914-5665#317
Elainechen@billion.com.tw

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150706/8521504418LOGO

Source: Billion Electric Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities