omniture

Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa Siarkan Statistik Global Prosedur Kosmetik

International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
2015-07-08 21:00 538

- Lebih 20 juta prosedur kosmetik telah dijalankan di seluruh dunia pada tahun 2014

HANOVER, New Hampshire, 8 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- Lebih 20 juta prosedur pembedahan dan bukan pembedahan kosmetik telah dijalankan di seluruh dunia pada tahun 2014, menurut statistik yang disiarkan hari ini oleh Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS), iaitu sebuah persatuan antarabangsa terkemuka bagi pembedahan plastik estetik dengan lebih 2,700 ahli pakar bedah plastik estetik disahkan lembaga di 95 buah negara. Toksin Botulinum kekal sebagai prosedur kosmetik paling popular secara keseluruhan untuk kedua-dua golongan lelaki dan wanita. Bagi prosedur pembedahan, pembesaran payudara merupakan yang tertinggi bagi kalangan wanita manakala pembedahan kelopak mata semakin lazim dalam kalangan lelaki.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150706/230504LOGO

Laman sesawang ISAPS (www.isaps.org) mempunyai laporan lengkap, hebahan berita dan Fakta Ringkas dalam bahagian BERITA.

"Kami telah menambah baik kaedah tinjauan kami untuk mencerminkan profil terperinci bagi bidang kami," jelas Susumu Takayanagi, MD, presiden ISAPS. "Persatuan kami beriltizam untuk mengikuti amalan analitikal selamat bagi tujuan menghasilkan laporan penting ini."

Negara-negara yang menjalankan paling banyak prosedur pembedahan dan bukan pembedahan pada tahun 2014 termasuk:

  • Amerika Syarikat - 4,064,571 – (20.1%)
  • Brazil - 2,058,505 – (10.2%)
  • Jepun – 1,260,351 (6.2%)
  • Korea Selatan – 980,313 (4.8%)
  • Mexico - 706,072 - (3.5%)
  • Jerman - 533,622 - (2.6%)
  • Perancis – 416,148 (2.1%)
  • Colombia – 357,115 (1.8%)

Kedudukan tersebut adalah berdasarkan negara-negara yang memberikan maklum balas tinjauan yang mencukupi dan yang datanya dianggap mewakili prosedur yang dijalankan.

Prosedur pembedahan kosmetik utama yang dijalankan pada tahun 2014 ialah:

  • Pembedahan Kelopak Mata – (1,427,451)
  • Liposuction (1,372,901)
  • Pembesaran Payudara - (1,348,197)
  • Pemindahan Lemak – (965,727)
  • Rinoplasti – (849,445)

Prosedur bukan pembedahan utama yang dijalankan ialah:

  • Toksin Botulinum (4,830,911)
  • Asid Hialuronik (2,690,633)
  • Pembuangan Bulu (1,277,581)
  • Kupasan Kimia (493,043)
  • Perataan Permukaan Kulit Laser (480,271)

Wanita telah menjalani lebih 17 juta prosedur kosmetik; 86.3% daripada keseluruhan. Prosedur pembedahan yang paling kerap dijalankan ke atas wanita pada tahun 2014 ialah:

  • Pembesaran Payudara
  • Liposuction
  • Pembedahan Kelopak Mata
  • Pemindahan Lemak
  • Abdominoplasty

Lelaki telah menjalani lebih 2.5 juta prosedur kosmetik; 13.7% daripada keseluruhan. Prosedur pembedahan yang paling kerap dijalankan ke atas lelaki pada tahun 2014 ialah:

  • Pembedahan Kelopak Mata
  • Rinoplasti
  • Liposuction
  • Ginekomastia
  • Pemindahan Lemak

Statistik terkini ISAPS menunjukkan pembedahan kosmetik semakin pelbagai dengan teknik dan trend baharu dalam prosedur.

Latar Belakang ISAPS:

Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) diikiraf sebagai badan antarabangsa terkemuka bagi pakar bedah plastik estetik yang disahkan oleh lembaga. Diasaskan pada tahun 1970, misi ISAPS mempunyai tiga cabang: mendidik ahli ISAPS dalam teknik pembedahan terkini, memaklumkan orang awam dan menggalakkan keselamatan pesakit. Pemohon keahlian dalam ISAPS ditapis dengan teliti untuk memastikan mereka mempunyai latihan intensif dalam spektrum lengkap prosedur estetik pembedahan dan bukan pembedahan.

Source: International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Not for profit Survey, Polls & Research