omniture

Baharu daripada RS Components, Perengkuh Sehala Berkualiti Tinggi Dicipta untuk Kerja Pantas dalam Ruang Sempit

Rangkaian GearWrench 120XP tampilkan lengkung ayun 3 darjah ultra cekap
RS Components Singapore
2015-07-09 11:00 254

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar global untuk jurutera, kini membekalkan perengkuh soket dan sepana sehala GearWrench® 120XP terkini, yang menampilkan lengkung ayun 3 darjah yang tepat dan capaian jauh dengan reka bentuk kepala kompak untuk membantu jurutera bekerja dengan cepat serta cekap walaupun di dalam ruang yang sukar dicapai.

Baharu daripada RS Components, Perengkuh Sehala Berkualiti Tinggi Dicipta untuk Kerja Pantas dalam Ruang Sempit
Baharu daripada RS Components, Perengkuh Sehala Berkualiti Tinggi Dicipta untuk Kerja Pantas dalam Ruang Sempit

Rangkaian inovatif baharu oleh Apex Tool Group dihasilkan daripada portfolio jenama yang sama dengan Allen, iaitu rujukan industri sejak sekian lama bagi kekunci heks. Alat tersebut dicipta menggunakan bahan dan kemasan berkualiti tinggi bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang hayat.

Perengkuh soket itu menawarkan pilihan pacuan segiempat 1/4, 3/8 atau 1/2 inci, dengan pemegang panjang yang memberikan kepanjangan 5.11 inci, 8.38 inci dan 11.02 inci masing-masing untuk capaian yang dipertingkat. Alat ini juga menampilkan bahagian kepada berbentuk titisan air mata berprofil rendah dengan sudut yang boleh dilaras kepada 6 kedudukan, meningkatkan kebolehgunaan dalam ruang sempit seperti di dalam bekas atau di belakang panel. Perengkuh tersebut boleh didapati secara individu, atau sebagai set 3 perengkuh, atau dalam set dengan beberapa soket yang mengandungi pilihan soket bersaiz SAE dan metrik.

Rangkaian 120XP juga termasuk beberapa rangkaian sepana kombinasi, termasuk sepana keluli padu dengan saiz yang terdiri daripada 6mm hingga 19mm, dan sepana kepala lentur dengan pilihan hujung terbuka bukan sehala atau hujung bukan sehala jenis kotak dengan ofset 0 darjah, daripada 8mm hingga 19mm. Semuanya menampilkan bim GearWrench XL, yang lebih panjang dan lebar untuk membenarkan pengagihan kuasa yang dipertingkat serta capaian optimum. Sepana tersebut boleh dibeli secara individu atau sebagai set dengan beberapa sepana dalam saiz metrik atau SAE.

Gimbal sehala dengan pacuan segiempat 1/4 dan 3/8 inci juga turut disediakan, yang dengan mudah muat dalam tapak tangan untuk membolehkan penguncian yang cepat dan mudah. Pusingan pada dua satah membolehkannya digunakan pada pelbagai sudut, dan unit-unit tersebut menampilkan tuil maju/undur yang mudah dicapai dan perengkuh sehala 72 gigi memberikan lengkung ayun 5 darjah.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global untuk jurutera. Beroperasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 500,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar sekitar 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuk komponen elektronik, elektrik, automasi dan kawalan, kelengkapan ujian dan pengukuran serta alatan kejuruteraan dan bahan boleh guna.

Electrocomponents tersenarai di Bursa Saham London dan telah memperoleh hasil sebanyak GBP1.27 bilion pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2015.

Sebarang maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang di www.rs-online.com.

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com 
Telefon: +65-6430-3324

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo  
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc 
www.electrocomponents.com

RS Components 
www.rs-online.com/

DesignSpark 
www.designspark.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150615/8521503946
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg

Source: RS Components Singapore
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy New products/services