omniture

BuzzCity: TV Pintar, Jam Pintar, Akses Peranti Berbilang untuk Mendorong Permintaan Penghasilan Bahan

Statistik Malaysia menunjukkan 80% daripada telefon mudah alih kekal penting untuk pengalaman Internet pengguna - pertumbuhan sebanyak 23%
BuzzCity Pte Ltd
2015-07-09 15:38 116

PETALING JAYA, Malaysia, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- BuzzCity, rangkaian pengiklanan mudah alih global terkemuka berkongsi penemuan daripada penyelidikan suku tahunnya yang terkini tentang tabiat penggunaan digital dalam kalangan pengguna mudah alih seluruh dunia. Laporan itu menggunakan asas perbandingan keputusan yang didapati pada tahun 2014 untuk menganalisis trend dan tabiat penggunaan yang berubah dalam kalangan pengguna terhubung hari ini.

Salah satu penemuan penting menunjukkan, ketika peluncuran berbilang peranti kian berkembang, telefon mudah alih kekal penting untuk pengalaman internet pengguna, dengan lebih tiga suku (80%) daripada pengguna telefon mudah alih Malaysia lebih suka melayari internet dengan telefon mudah alih mereka. Sementara itu, perkembangan TV Pintar (9%) telah bertambah lebih dua kali ganda pada tahun lalu sementara penggunaan tablet pula mendatar pada kadar 17% di Malaysia. Perubahan ini juga menyaksikan penggunaan PC/komputer riba berkurangan sebanyak separuh menjadi 8% daripada 19% pada tahun lepas. Dengan kedatangan pantas zaman digital, dijangkakan jam pintar akan menyertai peningkatan pada tahun akan datang. 7% daripada mereka yang dikaji selidik 'merancang untuk membeli jam pintar' dalam tempoh 6-12 bulan akan datang.

5 penggunaan internet tertinggi: Julai 2015

  1. Hiburan (65%)
  2. Komunikasi (39%)
  3. Membaca & mencari berita dan maklumat (29%)
  4. Menghabiskan masa (21%)
  5. Kerja, perniagaan, atau pembelajaran (30%)

Kajian itu mendapati komputer dan komputer riba kekal sebagai peranti penting bagi tujuan mengakses internet; hampir satu persepuluh (8%) daripada mereka menggunakan komputer riba dan komputer untuk mengakses internet, walaupun terdapat penurunan yang ketara bagi permintaan untuk semua peranti ini (daripada 19% pada tahun 2014 menjadi 8% pada tahun 2015) dan mungkin berlakunya kemunculan semula penggunaan dalam bentuk komputer riba-tablet "2 dalam 1", terutamanya apabila wifi percuma boleh didapati dengan mudah. Satu dalam sepuluh (9%) turut mengakses Internet melalui TV pintar, melihat peningkatan dua kali ganda bagi permintaan untuk TV pintar pada tahun lepas (daripada 4% pada tahun 2014 menjadi 9% pada tahun 2015). Akses peranti berbilang (melibatkan peluncuran menggunakan 2 atau lebih peranti oleh pengguna), walaupun masih kecil iaitu sebanyak 8%, telah bertambah lebih dua kali ganda sejak awal tahun 2014 (3%), dan dijangka akan bertambah dalam tahun akan datang oleh kerana peranti akan lebih kerap digunakan.

Kebangkitan jam pintar

Ketika jam pintar memberi impak ke atas pasaran dalam tahun 2015, BuzzCity menyiasat bagaimana peranti jam pintar, yang biasanya digandingkan dengan telefon pintar, paling banyak digunakan dalam rangkaiannya. Ironinya, fungsi asal jam tangan – untuk menunjukkan masa - jatuh ke tempat kelima (keputusan global dilihat selaras dengan penggunaan di Malaysia).

5 penggunaan Jam Pintar tertinggi: Julai 2015

  1. Mengawal muzik (22%)
  2. Memantau SMS, mel masuk, serta media sosial (20%)
  3. Menapis panggilan (17%)
  4. Menerima kemas kini maklumat atau pemberitahuan senarai, jadual, cuaca dan perkembangan terkini saham (16%)
  5. Menunjukkan masa atau menetapkan penggera jam loceng (15%)

Dr KF Lai, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BuzzCity mengulas, "Pengalaman peranti berbilang yang semakin meningkat yang dibawakan oleh internet bakal memberi tekanan berterusan terhadap pemasar jenama dan pembangun bahan untuk menerima faktor-faktor perubahan, seperti tabiat pelayaran dan bagaimana setiap peranti digunakan, serta sentiasa menyesuaikan bahan pemasaran mereka mengikut setiap peranti. Strategi pemasaran bahan perlu mengambil kira semua trend ini."

Sambung Lai lagi, "Kami juga perlu menekankan yang strategi patut mengutamakan telefon mudah alih dahulu yang secara umumnya menskalakan penghasilan bahan ke atas, dan bukan ke bawah."

Dalam separuh tahun pertama 2015, BuzzCity Ad Network berkhidmat untuk lebih 174 bilion iklan berbayar seluruh dunia, peningkatan sebanyak 5% berbanding separuh pertama tahun 2014.

Laporan BuzzCity boleh didapati di reports.buzzcity.com

Kaji selidik BuzzCity telah dikendalikan di 23 buah negara merentasi negara-negara benua Amerika, Asia, Afrika dan Eropah Barat, antara 4,100 responden

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: Anita Selvamalar di Citrine One: anita@citrineone.com T: +60-010-219-4164

Latar Belakang BuzzCity

BuzzCity merupakan rangkaian pengiklanan mudah alih yang menawarkan pemilik jenama dan agensi pengiklanan capaian kepada rangkaian paparan penerbit global. Sebagai pesaing antarabangsa utama, BuzzCity telah membangunkan pengetahuan mendalam tentang pengguna mudah alih dan menyediakan pemasar dengan peluang yang nyata untuk mendekati khalayak ini melalui program pengiklanan dan penerbitnya. Rangkaian itu juga menawarkan peluang kepada penerbit, pembangun dan pemilik media mudah alih untuk menjana keuntungan atas lalu lintas mereka melalui pengiklanan internet mudah alih.

Maklumat tambahan boleh didapati di www.buzzcity.com.

HUBUNGI: Jo McConnell atau Josh Speersm, Perhubungan Awam CubanEight, +44-01869-238089, E-mel: buzzcity@cubaneight.com

Source: BuzzCity Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research