omniture

YES BANK Bersekutu dengan Taisys, Menerajui Pemerkasaan Digital Perbankan Mudah Alih untuk India

Taisys Technologies
2015-07-09 20:09 493

TAIPEI, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Ketika 'Program Digital India' yang diumumkan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi menyasarkan untuk mengubah India menjadi sebuah masyarakat diperkasa melalui digital, Taisys Technologies mengisytiharkan perkongsian strategik dengan YES BANK, sebuah bank sektor swasta kelima terbesar di India dan kolaborasi dengan NPCI untuk memasuki pasaran India.

Taisys India dan YES BANK bakal mengusahakan bersama satu platform untuk mengeluarkan SIM perbankan mudah alih yang sangat nipis – teknologi berpaten seluruh dunia daripada Taisys. Kolaborasi ini membenarkan pengguna telefon mudah alih menikmati pemindahan dana secara selamat, pemindahan dompet, pembayaran pedagang, pembayaran VAS merentasi seluruh segmen peranti mudah alih termasuk telefon ciri terhad. Ia akan dilakukan dengan menyepadukan platform m-Perbankan Taisys dengan YES BANK Money, Perkhidmatan Kiriman Wang Domestik yang direka bagi memenuhi keperluan pengiriman wang pendatang asing, serta populasi yang kekurangan atau tidak mempunyai perkhidmatan bank di India. En. Anand K Bajaj, Presiden dan Ketua Pembayaran & Mobiliti Digital di YES BANK berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Taisys bagi penyelesaian inovatif ini yang akan memberi petanda baik untuk mencetus impak positif di India. Pada ketika Aplikasi dan SIM berada di pinggir puncak, dan memikirkan cabaran keterhubungan serta keselamatan dalam tangan orang ramai, kami percaya penyelesaian Taisys, iaitu agnostik Telekomunikasi dan Telefon Bimbit, akan membawa perbezaan yang besar." YES BANK merupakan peneraju bagi bidang Pembayaran Digital di India dan telah merintis pelbagai penyelesaian pembayaran. NPCI juga turut berkolaborasi bersama Taisys untuk membina platform umum bagi menyediakan kemudahan perbankan mudah alih kepada bank-bank lain.

Kata Pengerusi Taisys, Jason Ho, "Misi kami adalah India yang digital. Penyelesaian Taisys menyingkirkan pelaburan dalam prasarana tambahan bagi mendigitalkan perbankan mudah alih di kawasan dalam serta luar bandar India dan ini akan membantu mempercepat proses pendigitalan negara itu secara drastik!"

Baru-baru ini, Taisys Technologies telah menubuhkan cawangan operasinya serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di India dan melihat potensi yang besar ke arah kemajuan dalam pasaran perbankan mudah alih India. En. Abhishek Saxena, Pengarah Urusan Taisys India berkata, "Kami sedang melaksanakan Penyelesaian Pembayaran berasaskan Dompet yang meliputi kumpulan pelanggan yang besar. Ia akan memudahkan perkhidmatan selamat yang lancar termasuk perkhidmatan tambah nilai untuk caj semula mudah alih serta pembayaran bil."

Perikatan antara YES BANK dan Taisys akan menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada pasaran India yang mempunyai lebih 800 juta pelanggan mudah alih. Galakan kepada kemunculan transformasi digital India, bermula dengan dompet digital.

Taisys bakal memperkenalkan perkhidmatan baharu yang mengujakan semasa MWC Shanghai 2015.

Wakil Media Taisys:
Lotus Lin
Tel:+886226270927 samb. 6005
E-mel: lotus.lin@taisys.com

Source: Taisys Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts