omniture

Internet Perkara: Legrand Lancarkan Eliot, Program untuk Percepat Penggunaan Tawaran Peranti Terhubungnya

Legrand
2015-07-09 20:37 341

LIMOGES, Perancis, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Setelah mencatatkan jualan lebih €200 juta dengan peranti boleh hubung pada tahun 2014, Legrand yakin Internet Perkara (IoT) sedang membuka era baharu untuk bangunan. Atas sebab ini, Legrand mengumumkan pelancaran Eliot, program yang direka khusus untuk mempercepat penggunaan tawaran peranti terhubungnya, sekali gus memudahkan kemunculan bangunan terhubung di mana-mana sahaja yang membolehkan IoT mempertingkat nilai penggunaan untuk semua pengguna.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150708/234169LOGO )

Eliot, keutamaan Legrand

Kepakaran Legrand termasuk menyediakan penyelesaian prasarana elektrik dan digital untuk semua jenis bangunan bagi membantu melancarkan kehidupan harian untuk para pelanggannya. Melalui program Eliot, Legrand telah membuat keputusan untuk mempercepat penyediaan tawaran terhubungnya, bagi memberi manfaat kepada para pengguna persendirian dan golongan profesional. Aplikasi profesional kini merangkumi 60% daripada pasaran keseluruhan Internet Perkara[1].

Inovasi pada masa kini dan masa depan 

Setiap tahun, Legrand menguntukkan antara 4% dan 5% daripada jualannya kepada perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dengan tenaga kerja R&D seramai lebih 2,000 orang termasuk 750 orang yang bekerja secara langsung untuk isu digital (elektronik dan perisian), Legrand membangunkan penyelesaian boleh hubung yang bertindak balas terhadap pelbagai isu kemasyarakatan, seperti permintaan untuk mendapatkan kecekapan tenaga yang lebih tinggi, keselamatan, kesejahteraan, serta kehidupan berbantu berdikari.

Semua penyelesaian ini meliputi bidang seperti:

  • penyatuan prasarana digital dengan tawaran terkhusus untuk pusat data;
  • telepenjagaan untuk memudahkan kehidupan orang ramai dengan kebebasan berkurang, di rumah serta di institusi penjagaan kesihatan;
  • pengukuran dan penjejakan penggunaan tenaga agar sesuai dengan bangunan baharu serta sedia ada;
  • pencahayaan kecemasan terhubung bagi memudahkan pengendalian penyelenggaraan;
  • perkhidmatan telefon permintaan kemasukan pintu bervideo, dalam kawasan perumahan kumpulan serta rumah persendirian;
  • kediaman terhubung, dengan penyelesaian yang mudah dipasangkan dan menyediakan kawalan pemasangan elektrik melalui komputer tablet atau telefon pintar;
  • dan sebagainya.

Eliot: Matlamat Legrand 

Sementara Legrand mencatat jualan sebanyak lebih €200 juta melalui peranti boleh hubung pada tahun 2014, ia ingin mempercepat penggunaan penyelesaiannya dengan lebih jauh lagi dan telah menetapkan sasaran bercita-cita tinggi untuknya semasa majlis pelancaran program Eliot:

  • meneruskan pertumbuhan pesatnya dalam bidang prasarana digital;
  • menggandakan bilangan keluarga produk boleh hubung, daripada 20 pada tahun 2014 menjadi 40 menjelang tahun 2020;
  • mencapai kadar pertumbuhan tahunan purata keseluruhan digit berganda bagi peranti boleh hubung menjelang tahun 2020.

Latar Belakang Legrand 

http://www.legrand.com

Sumber: Legrand

Source: Legrand
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Contracts