omniture

Benoy Tubuhkan Cawangan Tempatan di Melbourne, Australia

Benoy
2015-07-10 10:00 486

HONG KONG, 10 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Benoy, Arkitek, Pakar Perancangan serta Pereka Dalaman dan Grafik antarabangsa, sukacita mengumumkan perluasan firma tersebut ke Australia dengan pembukaan Pejabat Pemasaran dan Badan Perhubungan di Melbourne. Penubuhan cawangan tempatan Benoy merupakan hasil tindak balas terhadap beberapa bidaan projek yang berjaya di negara tersebut.

Benoy telah menubuhkan cawangan tempatan di Australia dengan pejabatnya yang terletak di Collins Street di Melbourne
Benoy telah menubuhkan cawangan tempatan di Australia dengan pejabatnya yang terletak di Collins Street di Melbourne

"Kami amat teruja untuk mengukuhkan kedudukan kami di Australia; negara ini menyediakan peluang-peluang yang hebat. Bertapak di Asia pada tahun 2002 dan seterusnya membuka lima buah studio di seluruh rantau ini sejak sepuluh tahun lalu, Australia melambangkan kemajuan semula jadi untuk Benoy," ulas Tom Cartledge, Pengarah Global Benoy.

Benoy telah melantik mantan ahli London Studio, Claire Reynoldson untuk mengetuai studio tersebut. Seorang anak jati Australia, Claire memanfaatkan pengetahuan beliau tentang pasaran tempatan dan pengetahuan mendalam berkaitan kemampuan Benoy serta personaliti kepada peranannya.

"Kami yakin rekod pencapaian kukuh Benoy dalam memasuki pasaran baharu telah hadir daripada pendekatan kami melantik dari dalam. Penempatan semula Claire dari London untuk menyertai kami di Melbourne dan mengetuai inisiatif kami membolehkan kami meneruskan visi kami," tambah Tom.

Dengan memanfaatkan rangkaian antarabangsa firma tersebut, Benoy Melbourne akan diperkukuh oleh pegangan 'Satu Benoy' syarikat rekaan itu yang memudahkan perkongsian sumber secara terbuka dan bakat antara studio-studionya. Pasukan firma tersebut yang lebih besar di Singapura, Hong Kong dan London akan menyediakan sokongan rekaan serta-merta untuk perkembangan portfolio Benoy di Australia.

"Saya yakin perhubungan yang telah kami bina dengan beberapa pemaju dan perunding terkemuka Australia merupakan hasil nyata tetapan pemikiran global Benoy selain penghargaan terhadap integriti rekaannya," kata Claire Reynoldson. Portfolio Benoy yang terbukti merupakan testimoni kepada kejayaan kreatif dan komersialnya. "Saya tidak sabar untuk memimpin Benoy di Australia."

Benoy mempunyai kebolehan untuk menggunakan pangkalan sumber antarabangsa untuk menyampaikan rekaan inovatif, teliti dan berfikiran maju kepada para pelanggannya. Ini terbukti menjadi tawaran menarik dalam pasarannya di seluruh dunia; Benoy kini mempunyai projek di lebih 60 buah negara.

"Kami yakin Australia akan memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan kami," simpul Tom.

Benoy terletak di Tingkat 30, Collins Place, 35 Collins Street, Melbourne, Australia. Pejabat tersebut boleh dihubungi melalui talian +61 (0) 3 9900 6229 atau e-melkan kepada melbourne@benoy.com.

Latar Belakang Benoy:

  • Benoy merupakan firma Arkitek, Pakar Perancang, Pereka Dalaman dan Grafik antarabangsa yang memenangi anugerah. Diasaskan pada tahun 1947, Benoy merupakan jenama utama British yang menjadi pemain global sebenar dan kuasa kreatif yang utama.
  • Benoy terletak di serata dunia dengan studio-studio di Hong Kong, Shanghai, Beijing, Singapura, Kuala Lumpur, Melbourne, Mumbai, Abu Dhabi, Dubai, London, Newark.
  • Benoy telah membina reputasi global yang mengagumkan bagi rekaan seni bina bertaraf dunia. Bidang kerja Benoy termasuk Runcit, Kegunaan Campuran, Komersial, Santai dan Hospitaliti, Pengangkutan, Penerbangan, Kediaman serta Pemulihan Semula Bandar.
  • Benoy berkhidmat di beberapa bandar paling mengujakan di dunia dengan portfolio firma tersebut termasuk: Elements Mall dan Hysan Place, Hong Kong; Terminal 4 dan Lapangan Terbang Jewel Changi yang bakal dibina, Singapura; ICC dan iAPM, Shanghai; INDIGO and EAST Hotel, Beijing; Ciputra Artpreneur, Jakarta; Ferrari World Abu Dhabi; The Beach, Dubai; Westfield London; serta Centrum Cerny Most, Prague.
  • Benoy berkhidmat di lebih 60 buah negara.
  • Benoy yakin akan kepimpinan melalui teladan. Dengan menambah baik persekitaran bandar tempat kita tinggal, kita dapat meninggalkan warisan yang boleh kita banggakan.

www.benoy.com

Brittany Downes
T: +852-2250-7222     
E: brittany.downes@benoy.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150707/8521504435

Source: Benoy
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion