omniture

Santos Mercedes Enriquez daripada Celebrity Cruises Memenangi Pertandingan Akhir Diageo Reserve WORLD CLASS(TM) Global Travel bagi Pertandingan Koktel Terbesar Dunia

Diageo Global Travel
2015-07-13 08:46 345

MIAMI, 13 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Santos Mercedes Enriquez daripada Celebrity Cruises telah dimahkotakan sebagai pelayan bar terbaik Diageo Global Travel semasa pertandingan akhir besar-besaran WORLD CLASS™ yang diadakan semalam di Diageo 396 Bar mewah di Miami.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150710/234918 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150710/234919 )

Dihakimi panel pakar industri termasuk Enrique de Colsa, Pakar Penyuling untuk Tequila Don Julio; Spike Marchant, Duta Jenama Global World Class; Erik Lorincz, Pelayan Bar Terbaik Tahun 2010 untuk World Class; dan Julio Cabrera, Rakan Kongsi Urusan The Regent Cocktail Club Miami, Santos mencatat kejayaan dengan bakat kreatifnya dan kepakaran pengadunan yang tiada tandingannya.

Santos, 38, dari Peru, menewaskan persaingan daripada 5,500 pelayan bar kapal persiaran daripada tiga rangkaian kapal persiaran terkemuka dunia: Norwegian Cruise Line, Royal Caribbean International dan Celebrity Cruises, dalam tahun yang terbesar setakat ini dalam Global Travel untuk WORLD CLASS.

Beliau dan para peserta lain beradu kekuatan mereka dalam aspek berbeza kemahiran mereka, seni persembahan, kreativiti, dan pengetahuan layanan bar. Santos mengagumkan para hakim dengan minuman ciptaan khusus beliau: 'Violetta Falernum' dengan Gin TANQUERAY® No.TEN™.

Santos bakal mewakili Diageo Global Travel semasa Pertandingan Akhir Global WORLD CLASS yang dibarisi bintang terkemuka yang akan diadakan di Cape Town pada 28 Ogos - 4 September 2015, yang bersaing melawan 50 daripada pelayan bar terbaik dunia untuk gelaran 'Pelayan Bar Terbaik Tahun Ini' yang menjadi idaman ramai.

Santos Mercedes Enriquez, pelayan bar kanan atas kapal Celebrity Equinox, Celebrity Cruises, berkata: "Saya lebih daripada teruja dan rasa rendah diri kerana berjaya memenangi Pertandingan Akhir Diageo Global Travel serta mendapat peluang keemasan untuk mewakili Celebrity Cruises serta semua pelayan bar kapal persiaran di peringkat akhir bagi pertandingan koktel terbesar dunia. Ini merupakan pengalaman yang paling mengubah kehidupan saya setakat ini, dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk ke Cape Town."

Cornelius Gallagher, Naib Presiden Bersekutu Pengendalian Makanan dan Minuman, Celebrity Cruises, berkata: "Kami sangat berbangga dengan kemenangan Santos semasa pertandingan yang dinanti-nantikan ramai semalam. Ia merupakan satu pameran bakat semua yang terbaik dalam bidang layanan bar, dan kami berbesar hati kerana turut terlibat dalamnya. Sebagai bintang dalam pasukan kami atas kapal Celebrity Equinox, Santos menghiburkan para tetamu kami dan benar-benar mewakili pengalaman mewah yang moden dan popular yang boleh dinikmati oleh para pengunjung kami semasa pelayaran mereka bersama kami. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk pertandingannya Cape Town dan kami yakin dedikasi serta kemahiran beliau bakal mengejutkan ramai."

Terima kasih kepada program WORLKD CLASS, pelayan bar kapal persiaran telah mempertingkatkan kemahiran mereka dalam seni menghasilkan minuman luar biasa menggunakan arak yang memenangi anugerah daripada koleksi DIAGEO RESERVE. Perkongsian ini menandakan pada pelancong atas kapal akan mengalami lebih banyak lagi daripada yang terbaik dalam bidang pengadunan minuman dengan gabungan hebat campuran trend koktel terkini serta arak mewah terlazat di dunia.

Jika Santos berjaya semasa Pertandingan Akhir Global itu nanti, dan berjaya menggenggam gelaran Pelayan Bar Terbaik Tahunan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, beliau akan dapat mengalami pelbagai peluang yang baharu dan benar-benar mengujakan. Sejak memenangi pertandingan tahun lepas, Charles Joly telah berpeluang beraksi semasa majlis perkahwinan Jenson Button, dan semasa Anugerah Grammy.

Nota untuk editor                                                                                                                                                           

Ikuti pertandingan ini menerusi Facebook dalam laman 'Global WORLD CLASS Finals': http://www.facebook.com/WorldClass

Celebrity Cruises: Minuman resipi khas Santos: 'Violetta Falernum'
Bahan-bahan
1 auns jus limau segar
3/4 auns sirap gula pekat
1/2 auns putih telur
1 1/2 auns Gin TANQUERAY® No.TEN™
1/2 velvet falernum
1 sudu bar crème de Yvette
Sedikit arak pahit Peychaud

Resipi
Masukkan semua bahan ke dalam penggoncang dan goncangkannya tanpa ais bagi membaurkan koktel itu, kemudian tambahkan ais dan goncangkannya lagi, tapis dua kali ke dalam gelas coupe yang telah disejukkan.

Gelas
Gelas coupe

Hiasan
3 titik arak pahit Angostura di atas minuman

Sila minum dengan berhemah, lawati DRINKiQ.com.

Perkataan dan logo berkaitan TANQUERAY dan No.TEN adalah tanda dagangan.

Sumber: Diageo Global Travel

 

Source: Diageo Global Travel
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Travel