omniture

Kanak-kanak Pantas dalam Dunia Pantas: Pertingkat Kemampuan Pembelajaran Anak Anda dengan satu Aplikasi

"Story Chaser" Cipta Semula Permainan Perkataan
Syarikat baharu dari Greece ingin menawan peminat permainan perkataan mudah alih dan pelajar bahasa Inggeris dengan aplikasi permainan mengasyikkan yang mana kisah sebenar mendapat pembaharuan yang berasaskan konsep.
Publisto Ltd
2015-07-14 10:00 397

ATHENS, Greece, 14 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Dilancarkan hari ini di seluruh dunia melalui iOS dan Android, Story Chaser merupakan aplikasi buku cerita yang membantu kanak-kanak dan orang dewasa belajar kaedah utnuk membaca secara pantas, iaitu suatu kemahiran yang digemari oleh para pemimpin seperti Abraham Lincoln, Franklin D. Roosevelt dan JFK, serta pengurus elit di seluruh dunia.

Dengan menyertai permainan ini, kanak-kanak dan ibu bapa mereka dapat mengetahui skor mereka dalam pengenalpastian huruf, kebolehan corak dan kefahaman bacaan serta berseronok berlatih bahasa Inggeris dan juga membezakan apa yang penting dalam dunia yang pantas.

Video: https://youtu.be/bVRWzzCocXI  

Bagaimana orang ramai belajar dan bermain?  

Tekan perkataan cerita, ilustrasi beranimasi yang muncul secara rawak, kemudian jawab soalan pelbagai pilihan dan terokai berapa banyak yang telah anda pelajari dalam masa yang amat singkat.

Terlalu banyak maklumat untuk dilepaskan? 

Setiap hari, kita menerima sejumlah 105,000 patah perkataan atau 23 patah perkataan sesaat. Melalui telefon mudah alih, Internet, mel elektronik, televisyen, radio, akhbar dan buku, orang ramai menerima terlalu banyak maklumat dalam kepala mereka. Tentu mengujakan jika berpeluang dilatih mendapatkan maklumat sebanyak mungkin! Dan semuanya, melalui permainan kanak-kanak!

Dapatkah genius dididik melalui aplikasi telefon pintar? 

Kajian terkini telah mendapati otak manusia dapat mentakrifkan imej yang dilihat oleh mata dalam hanya 13 milisaat. "Kebolehan anda melakukan ini pada kepantasan tinggi menunjukkan apa yang dilakukan oleh penglihatan, adalah mencari konsep," Mary Potter, profesor MIT dalam sains Otak dan Kognitif, baru-baru ini dipetik berkata dalam satu kajian. Itulah yang menjadi asas rekaan Story Chaser. Publisto mendapati jika mereka memotivasikan pengguna mereka dengan gigih untuk mencari makna, kebiasaannya mereka akan menemuinya. Mereka mencipta permainan ini untuk melatih kanak-kanak dan orang dewasa mentakrifkan makna dengan pantas, tekal dan tepat.

Sebarang maklumat lanjut, lawati http://www.story-chaser.com atau berhubung dengan Permainan ini di Facebook atau Twitter melalui "Storychasergame".

Disediakan di App Store melalui: http://itunes.apple.com/app/id957291085

Disediakan di Google Play melalui: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.publisto.storychaser

Versi Bahasa Cina iOS: https://itunes.apple.com/app/id1011277696

Versi Bahasa Cina Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.publisto.storychasercn

Video Youtube: https://youtu.be/bVRWzzCocXI

Latar Belakang Publisto™: Buku cerita iPad interaktif, pembantu bacaan pantas, platform sesawang cerita, permainan yang mendidik – Publisto Ltd. yang berpangkalan di Athens sentiasa mengevolusikan koleksi tawaran pendidikannya yang hebat. Terokai lebih lagi melalui http://www.publisto.com.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi: Pn. Poppy Alexiou, alexioupoppy@publisto.com , +30-213-0038-247

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150710/235001
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150710/235002

Source: Publisto Ltd
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education New products/services