GURGAON, India, 14 Julai 2015 /PRNewswire/ --
Ameyo, penyedia Perisian Pusat Hubungan utama hari ini mengumumkan kira-kira $5 juta pembiayaan modal usaha niaga pusingan Siri A. Keseluruhan pelaburan tersebut dilaksanakan oleh firma ekuiti persendirian berpangkalan di Bangalore, Forum Synergies (India) PE Fund Managers menerusi IKMF-I, dana yang diuruskan oleh mereka.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/10110170 )
Mengulas tentang pusingan tersebut, En. Bishal Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Drishti (pengasas Ameyo.com dan TexoCC.com), berkata, "Pusat Hubungan sedang melalui transformasi pantas dari segi impak kepada teras perniagaan dan peralihan kepada awan. Ini menampilkan peluang global bernilai 3 bilion dolar. Pasukan Telejualan dan Jualan Dalaman kini mengadaptasi Teknologi Pemecutan Jualan yang merupakan peluang 12 bilion dolar baharu yang hebat dan sedang pesat berkembang. Pembiayaan baharu ini akan menjadi pemangkin penyertaan yang lebih luas kami dalam kedua-dua peluang pasaran yang hebat ini."
Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan perluasan ke pasaran AS, memperluas penawaran dalam ruang 'Pusat Hubungan Awan' dan 'Teknologi Pemecutan Jualan', serta platform pelaburan kepada hubungan ISV yang lebih kukuh dalam pasaran Perisian Pusat Hubungan Perusahaan.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada visi syarikat untuk membawa Ameyo ke peringkat global selepas meraih kejayaan di pasaran pusat hubungan Asia, Timur Tengah dan Afrika. Ameyo menerima sebutan kehormat dalam '2015 Gartner Magic Quadrant - Infrastruktur Pusat Hubungan'.
Drishti telah dimulakan oleh Bishal Kumar, Sachin Bhatia dan Nayan Jain (Rakan sekelas daripada IIT Guwahati, pada tahun 2003. Kini, ia mempunyai kira-kira 300 oarang kakitangan. Dengan Ameyo, Drishti membantu lebih 1500 pelanggan di lebih 40 buah negara termasuk nama-nama seperti Ola Cabs, Jabong, Bankbazaar, Tiny Owl, Mphasis, WNS, Jordan Ahli Bank, Chase Bank, dll.
TexoCC, tawaran SAAS daripada Drishti, telah dilancarkan pada September 2014 yang menyasarkan Pusat Hubungan dan Pasukan Jualan Dalaman bersaiz sederhana. Antara pengguna baharunya termasuk Subway, Urban Clap, Grofers, Peppertap, Aspire IT.
En. Samir Inamdar, pengasas bersama Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Forum Synergies, akan menyertai Lembaga Pengarah Drishti. En. Inamdar berkata, "Transformasi berterusan Pusat Hubungan, peningkatan kepentingan mereka terhadap perniagaan dan peluang Awan yang bertambah, meletakkan Ameyo dalam kedudukan yang sempurna untuk mencapai pertumbuhan global yang pesat. Kami yakin set kemahiran saling melengkapi dalam pasukan pengasas Bishal, Sachin dan Nayan memberikan Drishti kelebihan untuk mewujudkan nilai signifikan kepada para pelabur kami."
Dalam urus niaga ini, bank pelaburan butik yang berpangkalan di Mumbai, Zanskar Advisors merupakan penasihat kewangan eksklusif untuk Drishti.
Pada asalnya diterbitkan di Ameyo Newsroom
Wakil Media
Kartik Kakar
pr@ameyo.com
+91-124-4771000
Sumber: Ameyo.com