omniture

Memacu Penemuan: Shaheen XC40 Baharu KAUST Menduduki Tempat Ketujuh antara Sepuluh Superkomputer Terbaik Dunia

King Abdullah University of Science & Technology
2015-07-15 03:44 355

THUWAL, Arab Saudi, 15 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Shaheen XC40, sistem Cray baharu King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), merupakan superkomputer yang ketujuh terpantas di dunia menurut senarai TOP500 yang diumumkan hari ini di Persidangan Superpengkomputan Antarabangsa di Frankfurt, Jerman.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7572551-kaust-shaheen-XC40-supercomputer/

"Shaheen XC40 menegaskan komitmen KAUST untuk memperkasakan penyelidik dan rakan kerjasama kami dengan sumber pengkomputeran berprestasi tinggi," kata Presiden KAUST Jean-Lou Chameau. "Ia akan terus meningkatkan usaha pendidikan dan penyelidikan kami serta menyokong visi kami untuk menjadi destinasi bakat dan juga memberi impak global dalam bidang sains dan teknologi."

Pendahulu Shaheen XC40, sebuah sistem Blue Gene/P yang dikenali sebagai Shaheen, merupakan sistem IBM yang digunakan sejak KAUST diperkenalkan pada tahun 2009. Shaheen pertama telah digunakan dalam pelbagai bidang, bermula dengan pemodelan iklim global kepada penyelidikan plasmoid yang disebabkan oleh angin suria kepada pemodelan takungan petroleum serta bioinformatik bagi tumbuhan tahan garam dan kemarau.

Superpengkomputan untuk kolaborasi dan impak nasional 

Sebilangan institusi Saudi menggunakan Shaheen KAUST dan dijangka terus menggalakkan penyelidikan mereka menggunakan Shaheen XC40 yang dinaik taraf. Organisasi-organisasi seperti King Fahd University of Petroleum and Minerals, King Saud University, King Abdulaziz University dan King Abdulaziz City for Science and Technology (KACST) telah pun menggunakan kemampuan superpengkomputan daripada KAUST untuk membangunkan kerja mereka dan mengkaji bidang-bidang penyelididkan baharu, seterusnya menyumbang kepada pempelbagaian ekonomi untuk Arab Saudi.

Industri petrokimia negara tersebut juga terus menjadi pengguna utama pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) di rantau tersebut, dengan syarikat-syarikat seperti Saudi Aramco dan Saudi Basic Industries Corporation (SABIC) menggunakan sumber superpengkomputan KAUST untuk mempertingkat perniagaan mereka dalam minyak dan gas, serta dalam kimia dan juga penyelidikan pemangkinan kimia.

"Shaheen XC40 akan menyumbang kepada peningkatan industry-industri utama di Arab Saudi dan menyokong peralihan negara itu ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan," kata Naib Presiden Penyelidikan KAUST, Jean M. Fréchet. "Impak pelaburan seperti Shaheen dan Shaheen XC40 jauh melangkaui HPC dan mencapai semua bidang sains. KAUST menawarkan kemudahan dan kepakaran saintifik hebatnya untuk membantu mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab yang pesat membangun untuk penyelidikan serta inovasi."

Latar Belakang KAUST 

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST) merupakan sebuah universiti penyelidikan peringkat siswazah antarabangsa yang terletak di pesisir Laut Merah di Arab Saudi. KAUST berdedikasi untuk memajukan bidang sains dan teknologi melalui penyelidikan antara bidang, pendidikan serta inovasi. http://www.kaust.edu.sa

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150713/235479)

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/7572551-kaust-shaheen-XC40-supercomputer/

SUMBER  King Abdullah University of Science & Technology

Source: King Abdullah University of Science & Technology
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Awards