omniture

Saintis Malaysia Terbitkan Hasil Terkini Penyaringan Barah Kolorektum Menggunakan Ujian Pantas M2-PK dalam Jurnal Terkemuka PLOS ONE

ScheBo Biotech AG
2015-07-15 09:00 399

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Para saintis daripada Jabatan Perubatan Universiti Malaya telah membentangkan data terkini daripada satu kajian tentang penyaringan barah kolorektum menggunakan ujian tinja M2-PK dalam penerbitan terkemuka PLOS ONE baru-baru ini. Hasil terkini bagi ujian M2-PK daripada pakar barah Profesor Khean-Lee Goh - salah seorang pakar terkemuka di Asia tentang subjek ini - dan rakan-rakan sejawat beliau sekali lagi mengesahkan kemampuan tinggi dan ketepatan luar biasa ujian M2-PK bagi penyaringan barah kolorektum.

Profesor Goh menguji penanda bio enzim M2-PK dalam kumpulan pesakit dengan 100 kes barah kolorektum dan kumpulan kawalan berasaskan populasi seramai 200 orang yang sihat. Ujian M2-PK mengesan 93% daripada barah kolorektum. Selain itu, ia mengenal pasti 97.5% daripada kumpulan kawalan sebagai benar-benar sihat. Nilai ramalan positif bagi barah kolorektum ialah 94.9% dan nilai ramalan untuk mengecualikan barah kolorektum (nilai ramalan negative) ialah 96.5%. Ketepatan keseluruhan ujian M2-PK ialah 96%.

Para penyelidik turut menemui dua dapatan tambahan penting. Pertama, ujian M2-PK mempunyai kadar pengesanan yang amat tinggi (sensitiviti) bagi barah kolorektum sebelah kanan (85.7%) dan sebelah kiri (94.2%). Hasil ini penting terutamanya kerana barah kolorektum sebelah kanan lebih kerap terlepas pandang berbanding sebelah kiri dengan kaedah penyaringan konvensional.

Kedua, M2-PK mempunyai kadar pengesanan (sensitiviti) sama yang amat tinggi merentasi kesemua empat tahap tumor (tahap 1 = 94.1%; tahap 2 = 88.9%; tahap 3 = 96.4%; tahap 4 = 90.3%).

Ujian tinja pantas M2-PK disediakan untuk kegunaan doktor sebagai ScheBo®• M2-PK Quick™ (ScheBo®.Biotech AG).

Sumber: K.-L. Goh, et al.: http://dx.doi.org/10.1371/journal.pone.0131616

ScheBo®.Biotech AG / Tel: +49-(0)641-4996-0 / Faks: +49-(0)641-4996-78 http://www.schebo.com

SUMBER  ScheBo Biotech AG

Source: ScheBo Biotech AG
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries