omniture

Lanson Place Membawakan Suit Khidmat ke Zon Perdagangan Bebas Waigaoqiao

Lanson Place Hospitality Management Limited
2015-07-16 09:00 574

HONG KONG, 16 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place" atau "Syarikat") dengan sukacitanya mengumumkan usaha sama terbaharunya dengan Shanghai Waigaoqiao Group untuk mengurus kumpulan Suit Khidmat oleh Lanson Place Project dalam kawasan Waigaoqiao Sunland. Ini menandakan kawasan projek kelima Syarikat itu di Shanghai dan projek kesebelas Lanson Place.

Sunland Serviced Suites oleh Lanson Place
Sunland Serviced Suites oleh Lanson Place

 

Pintu Masuk Utama – Bayangan Pelukis
Pintu Masuk Utama – Bayangan Pelukis

Sunland Serviced Suites by Lanson Place, terletak di Waigaoqiao Sunland, dimajukan oleh Shanghai Heng Mao Land, sebuah anak syarikat Shanghai Waigaoqiao Group dan Shanghai Waigaoqiao Free Trade Zone Development Co. Limited. Shanghai Free Trade Zone Development Co. Limited merupakan perusahaan milik negara tersenarai yang ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan itu bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Waigaoqiao Sunland, yang menempatkan outlet bertemakan fesyen, hotel lima bintang, pangsapuri khidmat mewah, ibu pejabat, dan restoran tebing sungai bergaya Timur serta Barat.

Projek itu terletak betul-betul bersebelahan Stesen Zhou Hai Road bagi Metro Line 6. Ianya hanya 5 minit perjalanan dari Zon Perdagangan Bebas Waigaoqiao. Lujiazui dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong terletak hanya 30 minit perjalanan, Sekolah Antarabangsa Harrow pertama di Shanghai dan Pusat Budaya turut terletak berhampiran dengan projek ini.

Sunland Serviced Suites mempunyai rumah kelab termasuk sebuah pusat kecergasan dan sebuah kolam renang. Projek ini menawarkan 196 unit studio serta pangsapuri 1- hingga 3-bilik tidur, yang dirancang untuk dilancarkan suku tahun kedua tahun 2016.

En. Lu Ji, Pengurus Besar Shanghai Waigaoqiao Group berkata: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lanson Place dalam projek kini. Perhatian mereka terhadap butiran dan kecenderungan mereka terhadap gaya hidup luar biasa adalah selari dengan motto operasi kami. Lanson Place sentiasa menyediakan kediaman yang membolehkan para pengunjung benar-benar memperoleh keselesaan, gaya dan kebebasan. Pendekatan kehidupan di rumah inilah yang membezakan Lanson Place daripada yang lain. Kami benar-benar percaya yang kerjasama dengan Lanson Place ini akan merangsang pertumbuhan afirmatif untuk kedua-dua syarikat, dan menetapkan tanda aras standard bagi perkhidmatan baharu dalam Zon Perdagangan Bebas itu."

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place berkata: "Kami melihat permintaan makin meningkat terhadap suit khidmat moden, terutamanya dalam kepesatan Zon Perdagangan Bebas Shanghai. Sebagai projek kelima kami di Shanghai, Sunland Serviced Suites akan menikmati faedah daripada reputasi jenama kami yang kukuh serta pengalaman pengendalian yang teguh di rantau ini. Sunland Serviced Suites akan menjadi satu lagi medan untuk kami memaksimumkan nilai harta tanah untuk pemilik serta mempertingkat kualiti kejiranan ini untuk para pelanggan kami."

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), iaitu sebuah syarikat tersenarai awam di Hong Kong (Kod saham HKEx:369), kini sedang mengurus sepuluh harta tanah (Wing Tai memiliki ekuiti dalam empat daripadanya) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri khidmat mewah dan hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura.

Hartanah Lanson Place biasanya terletak berdekatan dengan daerah perniagaan pusat serta kawasan tumpuan membeli-belah dan hiburan. Lanson Place menawarkan perkhidmatan mesra yang disuai khusus dengan kemudahan hotel mewah serta keselesaan dan juga privasi rumah kediaman.

Kumpulan itu akan terus memajukan jenama "Lanson Place" sebagai jenama pan-Asia dan akan terus menerokai peluang pelaburan serta pengurusan khususnya di bandar-bandar laluan utama di rantau Asia Pasifik.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150714/8521504602-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150714/8521504602-b

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:0369
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Contracts Corporate Expansion Joint ventures