omniture

Thermarium Bina Spa Terbesar di Norway

THERMARIUM SPA-Anlagenbau GmbH
2015-07-17 10:00 290

BUCH IN TIROL, Austria, 17 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Thermarium mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain penting global dalam perancangan dan pembinaan spa.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150715/237025 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150715/237026 )

Salah satu projek paling menonjol adalah Kompleks Spa Kongeveien Eiendom di Norway, yang kini dijenamakan semula sebagai "THE WELL". Kemudahan spa terbesar di Norway itu dibiayai oleh pelabur persendirian dan dijadualkan akan dibuka pada bulan Disember 2015.

Kawasan perancangan keseluruhan projek itu adalah seluas 10.500 meter persegi, dengan kawasan Spa Siang seluas 6.500 meter persegi.

Thermarium telah membawakan keseluruhan rangkaian kemahiran dan kepakaran mereka kepada projek ini. Ini termasuk konsep keseluruhan, reka bentuk, dan khidmat hiasan dalaman selain pembinaan akhirnya.

"Bagi projek The Well, Thermarium telah menambah kemahiran unik serta kualiti tinggi, serta pada masa yang sama menunjukkan kefleksibelan hebat dalam projek pembinaan yang rumit," kata Thomas Gundersen, pengurus projek, THE WELL.

Antara sorotan menarik projek itu adalah kawasan kolamnya, yang telah direka sebagai landskap penuh mewah, serta sebuah groto pancuran air dengan anak sungai realistik dan aliran air yang menuruni permukaan groto batuan itu.

Bilik panasnya menggoda para pengunjung untuk meneroka spa itu dengan kewujudan suasana ketenangan yang unik dan menarik. Contohnya, kawasan hiasan seninya akan mempunyai kolam renang dan bilik wap yang direka dengan bahan-bahan terkini serta gabungan bentuk dan warna yang sangat berbeza dalam cara yang begitu kreatif.

Dalam dunia pencahayaan, Aurora Laconium membawakan suasana pencahayaan yang berubah-ubah yang menggalakkan kesantaian, sementara Ambilight Cinema Sauna pula menyediakan ketenangan tampak dengan cahaya pada skrin TV.

Kawasan Jepun dengan rekaan dan perinciannya yang tersendiri menawarkan pengalaman ketenangan yang unik dalam bilik sauna, bilik wap, bilik api dan bilik meditasi. Satu mandian Turki/Hamam bertindak sebagai syurga rahsia untuk para pengunjung yang berbelanja bagi mendapatkan rawatan ini.

Projek ini memiliki penampilan dan kerumitan pembinaan yang unik di seluruh Norway dan mencerminkan perkembangan serta kemajuan terkini bagi industri spa negara itu.

Wakil media

THERMARIUM SPA-Anlagenbau GmbH
Bundesstraße 154a, A-6220 Buch in Tirol
Tel: +43-(0)5244-6566-0
Faks: +43-(0)5244-63489-19
http://www.thermarium.com 

Sumber: THERMARIUM SPA-Anlagenbau GmbH

Source: THERMARIUM SPA-Anlagenbau GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services