SHENZHEN, China, 17 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar Android canggih China, nubia memperkenalkan peranti siri "My" pertamanya, "nubia My PRAGUE," di Beijing pada 15 Julai. Ini merupakan kemunculan sulung rasmi produk tersebut di China selepas ditampilkan buat pertama kali di Prague, Czech pada 8 Julai.
"nubia My PRAGUE" menampilkan reka bentuk yang langsing, bundar dan lancar dengan fungsi fotografi profesional, pengalaman selfie yang hebat serta Teknologi interaktif Kerangka (FiT) yang inovatif.
"Bandar Prague merupakan simbol seni, hubungan romantik dan cinta, simbol yang ingin kami kongsi bersama para pengguna kami melalui telefon ini," kata Li Qiang, presiden Nubia Technology Co., Ltd., "Setiap unsur rekaan dapat mengingatkan pengguna akan bandar yang indah ini." Maka, nubia mengadunkan "Prague" sebagai sentuhan romantik dan bayangan artistik untuk memberikan pengalaman pengguna yang unik.
Ilham asal untuk mencipta siri "My", menurut Li, adalah nubia ingin menggalakkan pengguna mengejar semangat kehidupan dan meneroka diri mereka sendiri menggunakan produk artistik yang menepati keperluan estetika mereka. "Kecantikan adalah pencarian abadi manusia," terang Li, "ia telah menembusi kehidupan harian termasuk teknologi." Maka, siri "My" memperkenalkan nilai estetika ini ke dalam teknologi, menawarkan kepada telefon pintar itu bukan sekadar estetika tetapi juga tenaga hidup.
Ciri paling menonjol pada telefon itu adalah sistem kameranya, menggunakan sembilan penapis dan kesan masa nyata berbeza. Menurut nubia, rekaan ini diilhamkan oleh pelukis dan pereka Czech terkenal, Alphonse Maria Mucha yang berjaya menggabungkan gaya artistik barat dan timur.
Keunikan merupakan satu lagi penekanan dalam konsep siri "My". Dengan menggunakan teknologi arahan suara, telefon itu membolehkan pengguna melancarkan kamera dan mengambil gambar tanpa menyentuh sebarang butang. Sebuah kamera hadapan 8 megapiksel memperkenalkan mod kecantikan dan mod ambil gambar berterusan untuk mengalami pengalaman fotografi yang lebih baik. Selain itu, butang selfie yang direka khas pada sebelah kiri telefon itu membolehkan pengguna mengambil gambar diri sendiri dari sudut terbaik menggunakan satu tangan.
Selain itu, "Prague" menampilkan rekaan langsing dan skrin kaca lengkung 2.5D, menjadikannya lebih ergonomik dan mudah dipegang. Ia turut menggunakan muzik dan imej daripada Prague sebagai nada dering dan latar belakang tersedia, untuk mengembalikan cita rasa eksotik yang berasal dari bandar itu.
nubia merupakan penyedia telefon pintar Android canggih yang terkenal kerana fungsi fotografi profesional. Memberi komitmen kepada inovasi teknologi, jenama nubia adalah berdasarkan pasaran domestik, dan kini ke peringkat global. Ia ingin memberikan lebih banyak pilihan jenama untuk para pengguna.
"nubia My PRAGUE" menampilkan reka bentuk yang langsing, bundar dan lancar dengan fungsi fotografi profesional, pengalaman selfie yang hebat serta Teknologi interaktif Kerangka (FiT) yang inovatif.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150717/0861506485-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150717/0861506485-b