omniture

AYKON Nine Elms: Kediaman Berjenama Fesyen Pertama London Bersama Versace Home Dilancarkan

DAMAC Properties
2015-07-20 20:22 484

LONDON, 20 Julai 2015 /PRNewswire/ --

- AYKON Nine Elms setinggi 50 tingkat menampilkan Hiasan Dalaman oleh Versace Home

Pemaju harta tanah mewah DICO UK Property Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh DAMAC International Limited, telah mengumumkan projek pertama kediaman fesyen mereka di London dengan projek pemajuan 50 tingkat, 360 unit dengan rekaan dalaman oleh Versace. Lobi, kemudahan awam, dan hiasan dalaman untuk setiap harta tanah akan direka dan dipasangkan menggunakan kepakaran Versace Home.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7575151-aykon-nine-elms-versace-home/

Antara kemudahan awam yang akan disediakan termasuk gimnasium canggih, kolam renang dan spa dalam bangunan, ruang santai pemilik, kawasan permainan kanak-kanak, taman bumbung, dan pawagam, semuanya direka oleh Versace Home.

AYKON Nine Elms terletak di pusat kawasan pembangunan semula Nine Elms ibu negara UK bersebelahan Battersea, menghadap Sungai Thames. Menara itu dijangka siap menjelang tahun 2020. AYKON Nine Elms bakal menjadi projek kediaman persendirian pertama dengan skala sedemikian di London yang direka dan dikonsepsikan sepenuhnya oleh syarikat fesyen mewah, dengan penglibatan Versace dalam semua aspek hiasan dalaman.

AYKON Nine Elms menggabungkan campuran rumah emper premium, unit tiga, dua, satu bilik tidur, serta unit Studio Manhattan dengan pandangan menghadap Bandar dan juga Sungai di sepanjang Thames sehinggalah ke Istana Westminster dan London Eye.

Gian Giacomo Ferraris, Ketua Pegawai Eksekutif Versace berkata: "Versace sudah sinonim dengan fesyen dan kemewahan, jadi penglibatannya dalam perniagaan harta tanah menyediakan peluang untuk mengalami sepenuhnya gaya hidup Versace. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, projek kediaman persendirian telah menjadi bahagian strategik bagi dunia Versace. Hari ini, dengan kolaborasi bersama DICO UK Property Holdings Ltd dan DAMAC - pemaju yang sudah bertahun-tahun bekerjasama dengan kami serta yang berkongsi wawasan kami untuk standard tertinggi - kami membawakan ekspresi terunggul gaya hidup Versace ke teras London."

London terus menjadi salah satu pasaran harta tanah paling mampan di dunia, dengan pertumbuhan harga yang kukuh apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya sebanyak kira-kira 6% menurut firma khidmat nasihat harta tanah, JLL. Juruanalisis menjangkakan inflasi harga rumah akan menjadi kira-kira 5-7% dalam tahun-tahun akan datang.

"Memang terdapat permintaan yang tinggi daripada kumpulan pelanggan global semasa kami terhadap pelaburan harta tanah mewah di London," kata Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC. "AYKON Nine Elms memberikan peluang yang tidak tandingan untuk mereka mengakses pasaran London yang sudah stabil dan kukuh. AYKON Nine Elms, dengan kehidupan berjenama Versace, benar-benar merupakan konsep yang sangat unik serta penambahan yang hebat kepada pasaran kediaman di dalam bandar yang kaya dengan budaya dan sangat meriah ini."

"Ia juga memberikan pembeli berpotensi dengan peluang yang tiada tandingan untuk memiliki rumah mewah di tengah-tengah London, berhampiran destinasi membeli-belah mewah Knightsbridge serta Mayfair, Chelsea dan Linear Park yang sedang dalam perancangan," sambung beliau lagi.

Pelbagai syarikat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sedang mengusahakan projek itu termasuk salah satu firma seni bina unggul dunia, Kohn Pedersen Fox Associates (KPF), Turner & Townsend (TT) dan para perunding termasuk JLL dan WSP.

Latar Belakang Gianni Versace SpA: 

Ditubuhkan pada tahun 1978, Gianni Versace SpA merupakan salah sebuah syarikat rekaan fesyen global yang terkemuka. Di bawah kepimpinan artistik Donatella Versace sejak tahun 1997, Versace mereka, menghasilkan, mengedar dan menjual produk fesyen serta gaya hidup termasuk busana anggun, pakaian siap dipakai wanita dan lelaki, barang kemas, jam tangan, aksesori, wangian serta perabot.

Latar Belakang DAMAC: 

DAMAC merupakan salah satu daripada pemaju harta tanah mewah terbesar di rantau Timur Tengah, dengan portfolio projek mengagumkan di seluruh rantau. Setelah mengkhusus pada mulanya dalam projek pangsapuri persendirian tinggi mewah di lokasi yang menjadi rebutan ramai di Dubai, syarikat itu kini sedang membangunkan projek pemajuan pelan induk yang besar, komuniti padang golf, hotel, dan pangsapuri hotel di serata rantau. DAMAC kini bekerjasama dengan antara nama paling terkenal dalam dunia fesyen dan rekaan, termasuk membangunkan koleksi harta tanah edisi terhad bersama syarikat-syarikat seperti Versace, FENDI, The Trump Organisation, Paramount Hotels & Resorts serta Tiger Woods Design.

AYKON Nine Elms bukanlah kolaborasi projek kediaman pertama antara DAMAC dan Versace Home. DAMAC Properties sudah pun menyiapkan menara berjenama Versace di tebing Laut Merah di Jeddah, Al Jawharah dan tidak lama lagi bakal menyiapkan menara mewah di tengah-tengah Beirut di Lubnan, juga dengan hiasan dalaman Versace.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.aykonproperties.com

Hubungi:
Philip Sorensen, FTI Consulting
+44(0)20-3727-1481
Philip.Sorensen@fticonsulting.com

Pejabat Akhbar Versace
press@versace.it
Via Borgospesso 15/A - 20121 Milan - ITALI
T: +39-02-76093981

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150720/238138

 

Source: DAMAC Properties
Keywords: Fashion Real Estate Residential Real Estate Retail New products/services