omniture

4ipnet Perkenal WHG201, Pengawal WLAN Terkecil dan Paling Mampu Milik dengan Kawalan Akses Pengguna Bergred Perusahaan

4ipnet, Inc.
2015-07-21 16:36 265

TAIPEI, Julai 21, 2015 /PRNewswire/ -- 4ipnet, penyedia utama penyelesaian LAN tanpa wayar yang berdaya saing dan menyeluruh bagi memenuhi kehendak Wi-Fi masa depan, hari ini mengumumkan pelancaran kawalan LAN tanpa wayar terbaharunya, WHG201. Mampu mengurus sehingga 10 titik akses 4ipnet, WHG201 ideal untuk pemasangan tapak tersebar dan SMB yang memerlukan tahap keselamatan dan prestasi tanpa wayar yang sama seperti perusahaan besar, tanpa harga yang tinggi. WHG201 juga mudah dipasang dan memiliki fungsi pengurusan yang telah di perkemaskan, kos pemilikan keseluruhan yang minimum serta memenuhi keperluan organisasi yang lebih kecil dengan sumber IT yang terhad.

Dengan ketetapan bestari (wizard) yang baru dibangunkan, konfigurasi permulaan WHG201 dapat disempurnakan walaupun oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang perangkaian tanpa wayar. Contohnya, selain penemuan dan penyediaan titik akses automatik, penyelaras diminta menyediakan anggaran kuantiti pengguna rangkaian Wi-Fi sama ada terdapat keperluan terhadap kawalan jalur lebar bagi setiap pengguna. Berdasarkan keputusan tersebut, sistem ini akan menjana tetapan AP dan dasar akses pengguna secara automatik optimum. Akhir sekali, penyelaras dapat membuat konfigurasi port Eternet secara berasingan dalam operasi WAN tunggal atau dwi-WAN, bagi memenuhi keperluan senario pemasangan yang memerlukan fungsi seperti sokongan kegagalan port WAN dan pengimbangan beban.

Apabila rangkaian telah dipasang dan berfungsi, penguatkuasaan kawalan akses dan dasar akses pengguna WHG201 menjaminkan sambungan Wi-Fi yang selamat, stabil dan berprestasi tinggi. Pengguna yang tidak dibenarkan akan disekat daripada mengakses sumber rangkaian yang sensitif, sementara jalur lebar pengguna individu dihadkan supaya tiada pengguna individu yang akan memadatkan keseluruhan rangkaian. Dengan kepelbagaian peranti mudah alih yang digunakan pada masa kini, banyak SMB menyedari rangkaian Wi-Fi yang stabil tidak dapat dikekalkan tanpa kefungsian kawalan akses yang sempurna.

Akhir sekali, untuk pemasangan tapak tersebar berskala besar juga merangkumi rangkaian gedung, beberapa WHG201 dan titik akses masing-masing dapat dipantau oleh Sistem Pengurusan Rangkaian Pusat akan datang 4ipnet, NMS100. NMS dapat menampilkan berbilang penyewa dan mampu menyimpan data yang besar juga dapat menyimpan konfigurasi peranti dan log sistem secara jarak jauh disamping itu dapat membantu penyelaras mengesan dengan pantas dan menampilkan masalah rangkaian di mana-mana lokasi. WHG201 membolehkan setiap tapak menjalankan kawalan serta pemantauan akses pengguna secara bebas dengan kos minimum bagi setiap tapak, mencapai keseimbangan sempurna antara kos dan prestasi.

Ketersediaan

WHG201 disediakan serta-merta.

Lawati http://www.4ipnet.com/purchase bagi membuat sebarang pertanyaan.

Latar Belakang 4ipnet

Diasaskan pada tahun 2002, 4ipnet menawarkan penyelesaian LAN tanpa wayar semua dalam satu yang mampu dimiliki menggabungkan pengurusan AP, kawalan akses pengguna, log masuk media sosial, pengurusan awan berbilang tapak dan pemantauan aktiviti rangkaian semuanya dalam platform yang sama. Dengan rekaan ini, banyak kerumitan pemasangan WLAN tradisional diringkaskan dan pada masa yang sama meningkatkan penjimatan kos.

Bersama suit lengkap kefungsian Wi-Fi tetamu, sekuriti gred perusahaan dan ciri-ciri pengoptimuman prestasi tanpa wayar, 4ipnet menyampaikan seni bina Wi-Fi yang menyeluruh dan andal pada hanya sebahagian kos penyelesaian WLAN tradisional.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.4ipnet.com

 

Source: 4ipnet, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology New products/services