omniture

Big Boys Toys Bakal Lancarkan Motosikal $250,000 sempena Edisi Keenamnya

Big Boys Toys
2015-07-22 15:57 303

ABU DHABI, UAE, 22 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Taman Permainan Terulung Timur Tengah bersedia menggandakan saiznya sebanyak tiga kali ganda sempena pameran akan datang mulai 18 hingga 21 November

Big Boys Toys - pameran super gaya hidup mewah premier Timur Tengah, kembali untuk edisi 2015nya mulai 18 hingga 21 November dan akan kembali ke Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150721/238759 )

Pameran yang dinanti-nantikan itu, dianjurkan oleh Artaaj Events, akan menampilkan hampir tiga kali ganda bilangan produk unik dan mengujakan yang telah dipamerkan tahun lalu. Big Boys Toys menampilkan produk daripada 10 kategori berbeza yang melibatkan Panduan, Tunggangan, Luar Jalan, Marin, Penerbangan, Pengembaraan, Kesejahteraan, Fesyen, Gaya Hidup dan Digital - pengalaman lengkap yang dapat memenuhi keinginan setiap sisi kehidupan mewah.

Mengulas tentang edisi 2015 ini, Biju Jayaraaj – Ketua Pegawai Eksekutif Artaaj, berkata: "Big Boys Toys merupakan platform untuk penginovasi seluruh dunia bagi mempamerkan produk-produk unik dan menakjubkan mereka kepada para pengunjung di bawah satu bumbung yang tiada di tempat lain di dunia. Big Boys Toys membawakan golongan atasan yang eksklusif yang mempunyai kuasa membeli untuk membeli produk-produk ini."

Big Boys Toys berbangga dengan profil pengunjung seramai lebih 40,000 orang pengunjung bernilai bersih tinggi dari seluruh GCC dengan lebih 40% warga Emiriah dijangka menghadiri pameran tahun ini. Pada hari VIP (18 November), sehingga 2000 tetamu HNWI daripada ketua-ketua perniagaan hingga ahli-ahli keluarga diraja serta lain-lain orang kenamaan dijangka hadir.

Tahun ini akan menyaksikan pelancaran 'Sidang Kemuncak dan Anugerah Inovasi, Rekaan serta Teknologi', membincangkan rekaan, trend dan teknologi terkini - mengiktiraf dan menyatukan para pemimpin global dalam inovasi.

Antara pelancaran yang akan berlangsung di Big Boys Toys termasuk motosikal hebat Bienville Legacy bernilai $250,000 daripada ADMCi Foundation, kapal layar mewah daripada Team Nine, bot berkuasa tinggi buatan khas daripada Hydrasport, peti simpanan tempahan khas buatan tangan bernilai $1 juta daripada Doettling dan kapal selam peribadi MK1.

Turut dilancarkan pada tahun 2015 ialah 'Ikon Gaya' Big Boys Toys dengan hadiah utama untuk para pengunjung lelaki dan wanita yang berpakaian paling menarik di acara tersebut. 'Pit Pandu Uji Kereta Berkuasa Tinggi' yang amat terkenal, membolehkan pengunjung memilih dan memandu pelbagai kereta berkuasa tinggi yang akan kembali tahun ini dengan 50 buah kereta berkuasa tinggi termasuk Lamborghini, Ferrari dan lain-lain.

Pertanyaan berkenaan tajaan atau ruang pameran: +971502403406 atau info@bigboystoysuae.com

Laman Sesawang: http://www.bigboystoysuae.com

Facebook: https://www.facebook.com/BigBoysToysOfficialPage

Twitter: @bigboystoys_uae

Source: Big Boys Toys
Keywords: Banking/Financial Service Retail Toys