omniture

Taisys Bekerjasama dengan China Mobile Hong Kong dalam Melancarkan Pelan 1-Kad-2-Nombor Tanah Besar China-Hong Kong

Taisys Technologies
2015-07-23 14:39 456

TAIPEI, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Melalui kerjasamanya dengan China Mobile Hong Kong, platform slimduet® Taisys kini menawarkan pelan perkhidmatan data dan suara "1-Kad-2-Nombor Tanah Besar China-Hong Kong". Para pengembara rentas sempadan tidak lagi perlu membeli SIM prabayar berasingan untuk tanah besar China dan Hong Kong. Melalui slimduet® APP, pengembara dapat membeli dan memuat turun pelan perkhidmatan ini dengan nombor tanah besar China dan Hong Kong yang disediakan. Kedua-dua nombor adalah dalam keadaan bersedia sepanjang masa dan caj daripada setiap nombor ditolak daripada baki akaun yang sama.

Menurut statistik, dianggarkan 600,000 perjalanan rentas sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong berlangsung setiap hari. Perjalanan kerap menyebabkan caj perayauan yang tinggi, dan bagi tujuan mengurangkan kos, pengembara memilih untuk bertukar antara dua kad SIM tempatan. Kad SIM bukan sahaja mudah hilang semasa pertukaran, malah akaun perlu dicaj semula secara berasingan, dan anda akan mengalami risiko terlepas panggilan penting serta perkhidmatan mungkin ditamatkan jika anda terlupa mengecaj akaun anda dalam tempoh yang sewajarnya.

Bagi menyediakan khidmat yang lebih baik kepada pengembara yang merentas sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong, Taisys melancarkan khidmat "1-Kad-2-Nombor Tanah Besar China-Hong Kong". Dengan melanggan pelan tersebut melalui slimduet APP, anda akan memperoleh dua nombor -- satu untuk tanah besar China dan satu lagi untuk Hong Kong. Caj kepada kedua-dua nombor akan ditolak daripada akaun yang sama dan kedua-dua nombor berada dalam keadaan bersedia dengan kemampuan perayauannya. Tanpa mengira lokasi anda, panggilan suara dan SMS dapat diterima pada kedua-dua nombor, membolehkan anda tidak terlepas untuk berhubung dengan keluarga mahupun mendapat peluang perniagaan.

Secara konvensional, pengendali mudah alih menyediakan khidmat perayauan antarabangsa hanya untuk pelanggan mereka sendiri pada kadar yang agak mahal. slimduet® membolehkan pelanggan menyambungkan SIM nipis slimduet kepada kad SIM asal mereka, dan pelanggan dapat memuat turun pelan perkhidmatan suara serta data bagi negara-negara berlainan melalui slimduet® APP. Satu SIM dapat dimuatkan dengan beberapa nombor dan sesuai untuk peranti Android dan iOS. Dengan SIM nipis unik slimduet®, pengguna tidak perlu bimbang tentang kehilangan kad SIM asal apabila bertukar kepada SIM prabayar tempatan.

Taisys menjadikan khidmat "1-Kad-2-Nombor Tanah Besar China-Hong Kong" tersedia pada platform slimduet® mulai 13 Julai. Untuk membeli SIM nipis slimduet®, sila lawati laman sesawang slimduet® di https://www.slimduet.net/en

*Menurut peraturan telekomunikasi China, pakej di atas tidak disediakan di tanah besar China.

Lotus Lin
Tel: +886-22627-0927 samb.6005
E-mel: lotus.lin@taisys.com

Source: Taisys Technologies
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures New products/services