DUBAI, UAE, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Salah satu broker utama di dunia Arab Menaсorp telah melancarkan MetaTrader 5 secara rasminya di Bursa Emas dan Komoditi Dubai (DGCX). Kini, pelanggan Menacorp dapat mendagangkan instrumen kewangan yang tersedia di bursa tersebut dan menikmati semua kelebihan platform universal itu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )
Pertumbuhan syarikat itu telah berkembang pesat, kini tersenarai sebagai broker nombor 1 di bursa UAE. Keputusan melancarkan MetaTrader 5 oleh Menacorp melambangkan pengukuhan kedudukan broker tersebut di rantau ini dalam menawarkan teknologi dagangan termaju.
"Kami amat berbesar hati menjadi ahli DGCX memandangkan kami percaya ia mempunyai masa depan yang cerah dan kami berharap untuk menjadi ahli yang penting serta aktif. DGCX akan membantu kami mempelbagaikan penawaran produk kami kepada pelanggan kami. Bagi mencapai hasrat ini kami telah menggaji individu yang tepat dan terbaik untuk membantu kami mencapai tujuan ini. Kami turut memastikan kami menggunakan salah satu perisian terbaik untuk mendagangkan saham iaitu MetaTrader 5 oleh MetaQuotes Software," ulas Ayman Al Satari, Timbalan Pengarah Urusan Pembrokeran di Menacorp.
"Kami gembira menyatakan gabungan tenaga antara DGCX dan MetaQuotes sedang berkembang baik. Kami menyampaikan ucapan tahniah kami kepada Menacorp atas kejayaan menjadi ahli DGCX pertama yang menggunakan platform MetaTrader 5 dan menawarkan produk-produk kami kepada kumpulan pelanggan mereka. Portfolio produk dan kemeriahan pasaran DGCX, kedudukan kepimpinan Menacorp di rantau ini dan populariti hebat platform MetaTrader 5 merupakan perikatan berkuasa yang akan membantu semua pihak dengan baik. Kerjasama ini hadir ketika DGCX telah mencatatkan Faedah Terbuka tertinggi dalam sejarah 10 tahunnya dan dengan platform dinamik seperti MetaTrader 5, kami menjangkakan lebih banyak penyertaan dan pendaftaran baharu di seluruh rantau MENA," kata Gaurang Desai, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara DGCX pada majlis tersebut.
"Kami turut mengucapkan tahniah kepada Menacorp atas kejayaan pelaksanaan MetaTrader 5 ke DGCX," tambah Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Software. "Langkah ini telah meluaskan peluang pelanggan broker dengan signifikan. Pedagang Arab kini mempunyai platform "semua-dalam-satu" unik yang memenuhi keperluan pengguna yang paling mendesak".
Menacorp telah menyediakan seluruh ekosistem lengkap untuk para pelanggannya, yang mana dagangan dan analisis bergerak seiring dengan pelbagai khidmat yang diperlukan oleh semua pedagang moden. Platform itu menyediakan akses kepada gedung aplikasi MetaTrader yang menawarkan ribuan robot sedia terbina, khidmat dagangan salinan, khidmat sambilan untuk menempah aplikasi dagangan, malah turut menyediakan penghosan maya. Hampir mustahil untuk menemui platform yang mempunyai lebih banyak fungsinya di pasaran!
Latar Belakang MetaQuotes Software
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini terkenal di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform dagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia. http://www.metaquotes.net
Latar Belakang Menacorp
Menacorp merupakan sebuah firma khidmat kewangan memenangi anugerah yang diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Sekuriti dan Komoditi UAE serta Pihak Berkuasa Khidmat Kewangan Dubai. Kepakaran luasnya merangkumi khidmat nasihat kewangan, pembrokeran, pengurusan aset dan penyelidikan kewangan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Menacorp disokong oleh salah satu konglomerat Emiriah yang terbesar dan paling pelbagai, Bin Hamoodah Group yang merupakan pemegang saham utama syarikat itu. http://menacorpfinance.com/