omniture

Infosys (NYSE: INFY) Mengumumkan Keputusan Suku Tahun Berakhir 30 Jun 2015

Infosys
2015-07-23 16:09 515

BANGALORE, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Pertumbuhan hasil suku tahun pertama pada 4.5% dibandingkan dengan suku sebelumnya; tertinggi dalam 15 suku tahun * 

Pertumbuhan jumlah pada 5.4% dibandingkan dengan suku sebelumnya, yang tertinggi dalam 19 suku tahun * 

Penambahan pelanggan kasar sebanyak 79 

Pelanggan terbesar melepasi $ 300 juta; tambahan 2 pelanggan dalam kumpulan $ 200 juta

6 persetujuan besar ditandatangani pada suku tahun pertama dengan TCV bernilai $ 688 juta 

Susutan tahunan setiap suku tahun untuk Infosys Limited ialah 14.2% berbanding 23.4% pada suku tahun pertama 2015 

Panduan hasil tahun kewangan 2016 dikekalkan pada 10%-12% dalam kadar mata wang tetap: meningkat kepada 7.2%-9.2% dalam kadar USD

*Kecuali pengambilalihan

Sorotan Kewangan  

Keputusan disatukan di bawah Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2015

Suku tahun berakhir 30 Jun 2015

  • Hasil berjumlah $ 2,256 juta untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2015
    Pertumbuhan berbanding suku sebelumnya ialah 4.5% dalam kadar dilaporkan; 4.4% dalam kadar mata wang tetap
    Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya ialah 5.7% dalam kadar dilaporkan; 10.9% dalam kadar mata wang tetap
  • Untung bersih sebanyak $ 476 juta untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2015
    Penurunan berbanding suku sebelumnya ialah 4.5%
    Penurunan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya ialah 1.3%
  • Pendapatan per syer (EPS) ialah $ 0.21 untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2015
    Penurunan berbanding suku sebelumnya ialah 4.5%
    Penurunan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya ialah 1.3%

 

  • Aset cair termasuk tunai dan kesetaraan tunai, aset kewangan sedia untuk dijual dan bon kerajaan ialah $ 4,750 juta setakat 30 Jun 2015 berbanding $ 5,214 juta setakat 31 Mac 2015
  • Infosys menghabiskan $ 7 juta dalam suku tahun pertama,untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang khususnya dikendalikan melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya. Yayasan Infosys terlibat dalam beberapa program yang menyasarkan untuk membasmi kebuluran, menggalakkan pendidikan, celik pengkomputeran, mempertingkat kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong kesenian, dan membantu orang yang kurang bernasib baik.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

Sorotan Suku Tahun Pertama Lain 

  • Pertumbuhan jumlah sebanyak 5.4% 
  • 6 perjanjian besar ditandatangani dengan TCV bernilai $ 688 juta  
  • Menambah 79 pelanggan
  • Penggunaan (kecuali pelatih) berkembang 160 bps menjadi 80.2% 
  • Susutan tahunan untuk setiap suku tahun bagi Infosys Limited ialah 14.2% dibandingkan dengan 23.4% semasa suku tahun pertama 2015

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi kami semasa suku tahun pertama ini. Usaha kami dalam mencipta semula pengalaman pelanggan kami dan penggunaan inovasi meluas kami, dalam perniagaan asal-usul serta pencapaian cemerlang, mula membuahkan hasil dalam kejayaan mendapat perjanjian besar serta pertambahan pelanggan besar", kata Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Walaupun kami masih berada di peringkat awal perjalanan kami untuk menjadi syarikat perkhidmatan generasi seterusnya yang terkemuka, ini memberi kami momentum yang bagus sepanjang tahun ini."

"Penjajaran semula organisasi yang dibuat awal tahun ini untuk memfokuskan pelanggan serta pengendalian yang lebih mendalam telah menghasilkan pertumbuhan jumlah yang kukuh", kata  En. U. B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Operasi. "Kami meneruskan penghasilan besar-besaran inisiatif penglibatan kakitangan dari segi kolaborasi dan peringkasan proses dalaman bagi mengekalkan bakat terbaik dalam industri."

"Kami kini beroperasi dalam lingkungan jalur margin yang kami nyatakan, menyeimbangkan pelaburan strategik dan tumpuan pelanggan dengan kecekapan pengendalian", kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Persekitaran harga sangat berdaya saing yang kami sedang tangani melalui automasi dan penambahbaikan produktiviti."

Ramalan* 

Ramalan Syarikat itu (yang disatukan) untuk tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2016 di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka akan bertambah 10%-12% dalam kadar mata wang tetap;
  • Hasil dijangka akan bertambah 7.2%-9.2% dalam kadar USD

*Kadar penukaran: AUD/USD - 0.77; Euro/USD - 1.12; GBP/USD - 1.57 untuk tahun fiskal 2016 selebihnya

Sorotan Perniagaan  

Kami membuat penambahan pelanggan signifikan dalam suku tahun ini, termasuk enam perjanjian besar, setiap satunya lebih USD$50 juta dalam jumlah nilai kontrak. Kami terus memfokuskan usaha untuk mengukuhkan hubungan bersama pelanggan dan menyediakan penyelesaian baharu serta inovatif.

Kejayaan mendapat pelanggan 

  • Pada suku tahun ini, kami menandatangani persetujuan selama beberapa tahun dengan Deutsche Bank yang merangkumi pembangunan ditempah khas, perkhidmatan penyelenggaraan aplikasi, perkhidmatan digital dan mobiliti, pelaksanaan pakej dan perkhidmatan ujian. Kini, kami merupakan rakan kongsi strategik di bawah Program Perkongsian Pembekal Deutsche Bank.

Kim Hammonds, Ketua Pegawai Maklumat Global, Deutsche Bank berkata, "Deutsche Bank komited untuk mengaplikasikan teknologi inovatif bagi mempertingkat kecekapan dan perkhidmatannya kepada para pelanggan. Jalinan kerjasama dengan Infosys akan membantu bank mencapai semua matlamat tersebut."

  • Kami dipilih sebagai rakan kongsi strategik oleh Allied Irish Banks, p.l.c. (AIB), kumpulan perkhidmatan kewangan yang beroperasi khususnya di Republik Ireland dan U.K. Sebagai sebahagian daripada penglibatan ini, Infosys akan menyediakan perkhidmatan pembangunan aplikasi dan pengurusan, di samping perkhidmatan transformasi dan inovasi. Kami juga akan membina kemudahan dengan 200 tempat duduk di Dublin bagi menempatkan kakitangan yang akan dipindahkan dari AIB.
  • Kami memenangi kontrak selama beberapa tahun dengan ServiceFirst, perkhidmatan yang dikongsi bersama secara dalaman bagi organisasi Negeri Australia New South Wales. Jumlah nilai komersial perjanjian itu ialah AS $76 juta dan akan merangkumi perkhidmatan BPO dan SAP.
  • Pda suku tahun ini, kami menyiapkan pelaksanaan Penyelesaian Perkhidmatan Medan Minyak Pintar Infosys untuk SAP ERP di FTS International (FTSI), syarikat penyiapan telaga swasta terbesar di Amerika Utara. Ini akan membolehkan syarikat itu mencapai kejayaan yang signifikan dalam transformasi perniagaan strategiknya. Dalam masa 14 bulan, kami membantu FTSI melaksanakan 15 modul SAP di 20 lokasi untuk lebih 1,400 pengguna, lalu membolehkan syarikat itu memperbaiki metrik operasi dan untuk memanfaatkan kelebihan platform Teknologi Maklumat yang dinaik taraf untuk kemajuan pada masa depan.

Ketua Pegawai Maklumat dan Ketua Pegawai Sumber Manusia FTSI Sharon S. Stufflebeme berkata, "Jejak yang hebat, tahap kepakaran dalam pengaturan penggunaan SAP, kemampuan untuk bekerjasama dengan pasukan IT dan perniagaan serta pengalaman minyak dan gas Infosys menjadikannya rakan kongsi yang paling sempurna untuk kami dalam pencapaian penting ini bagi tujuan transformasi perniagaan strategik kami."

  • NBTY Inc., pengeluar, pemasar, pengedar dan peruncit global vitamin dan makanan tambahan berkhasiat terkemuka dalam pasaran ini telah memeterai perkongsian selama beberapa tahun dengan kami. Sebagai sebahagian daripada persetujuan ini, kami akan menyediakan perkhidmatan pembangunan dan sokongan untuk sistem teknologi maklumat NBTY termasuk perkhidmatan pembangunan aplikasi dan penyelenggaraan seluruh perusahaan.

Andrea Simone, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Maklumat Global, NBTY Inc. berkata, "Kami sedang mencipta seni bina IT bertaraf dunia yang global yang akan menyediakan kelebihan berdaya saing kepada NBTY dalam memacu pertumbuhan yang menguntungkan secara berterusan. Kami memilih Infosys sebagai rakan kongsi strategik untuk menyediakan perkhidmatan aplikasi generasi seterusnya dan untuk bekerjasama dengan kami untuk inisiatif transformasi yang dijangka akan memacu inovasi perniagaan dan IT."

  • Satu peruncit fesyen mewah global telah memilih kami sebagai rakan kongsi IT  global pilihan mereka. Kami akan memacu kecekapan dan nilai dengan melaksanakan model perkhidmatan IT global yang dikongsi bersama dan pusat penyediaan luar pesisir pelanggan bagi menyokong semua rantau.
  • Sebuah syarikat perlombongan global menggunakan khidmat kami untuk melancarkan khidmat luar kewangan dan proses pemerolehannya,serta pengurusan perkhidmatan IT hujung ke hujung termasuk meja khidmat, prasarana dan pengurusan aplikasi.
  • Sebuah syarikat peralatan pejabat terkemuka memilih kami sebagai rakan kongsi strategiknya untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, pengujian serta pelaksanaan produk.

Platform 

Setakat ini kami mempunyai lebih 127 penglibatan pelanggan yang mana Platform Maklumat Infosys telah digunakan dan telah melengkapkan 16 program rintis menggunakan platform ini. Kami rasa yakin dengan tarikan yang sedang kami lihat dengan Panaya selepas pengambilalihan, dan telah berjaya mendapat 15 perjanjian baharu merentasi industri berbeza melalui tawaran bersama kami.

Sebuah syarikat logistik Eropah telah memilih platform Maklumat Infosys untuk memberikan penjejakan berasaskan data hampir dengan masa sebenar dan pelaporan metrik operasi serta mengunjurkan jumlah perniagaan bagi perancangan kapasiti.

Kami berjaya mendapatkan projek daripada syarikat farmaseutikal global untuk membangunkan proses penyelenggaraan peralatan boleh ramal berdasarkan keadaan pengendalian peralatan dan maklumat sejarah penyelenggaraan menggunakan kebolehan Platform Maklumat Infosys.

Satu lagi syarikat farmaseutikal menggunakan khidmat kami untuk membangunkan reka bentuk platform data besar dan teknologi analitik. Pelanggan itu juga melaksanakan Platform Maklumat Infosys untuk memberi hasil berdasarkan pelbagai pelaporan pengendalian dalam bidang-bidang seperti rantaian bekalan dan pengurusan inventori menggunakan data daripada sistem sumber seperti SAP.

Produk 

Pada suku tahun ini, para pemegang saham membenarkan pemindahan perniagaan Finacle dan Edge Services kepada EdgeVerve berkuat kuasa 1 Ogos 2015 atau tarikh lain yang ditentukan oleh Lembaga, untuk dipertimbangkan dengan nilai masing-masing sehingga 3,400 karor (kira-kira $ 550 juta) dan sehingga 220 karor (kira-kira $ 35 juta). EdgeVerve Systems merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Infosys.

EdgeVerve

EdgeVerve menyaksikan permulaan tahun yang memberangsangkan dengan 14 kejayaan mendapat kontrak dan 4 projek pelanggan yang beroperasi.

Sebuah syarikat kesihatan pengguna dan peralatan perubatan besar memilih ProcureEdge untuk memperkasakan transformasi sumber kepada pelunasan. ProcureEdge akan dilaksanakan seluruh dunia oleh pelangga untuk membawakan transformasi dan penjimatan di seluruh organisasi pembeliannya. Sebuah syarikat telekomunikasi Eropah yang besar memperluaskan penggunaan AssistEdge mereka untuk melibatkan lebih 5,000 pengendali di pusat-pusat panggilannya, membolehkan mereka untuk memudahkan dan mengautomasikan proses perniagaan dengan menyepadukan pelbagai sistem berasingan; lalu mengurangkan masa pengendalian panggilan dan menambah baik khidmat pelanggan. AssistEdge juga menyediakan maklumat berasaskan analitik untuk membantu pelanggan memperuntukkan sumber secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan untuk mengurus isu. 

Finacle  

Pada suku tahun ini, Finacle mengekalkan momentum perniagaan yang kukuh dengan 19 kejayaan mendapat kontrak dan 12 projek beroperasi di seluruh dunia.  Antara kemenangan kontrak dalam suku tahun ini termasuk Corporation Bank dan Indian Overseas Bank, kedua-duanya memilih penyelesaian perbankan teras terkemuka industri kami. Lanjutan daripada kejayaan suku tahun sebelumnya dengan Qantas Credit Union, Finacle turut menambah satu lagi pelanggan di Australia bagi tujuan transformasi digital.

Finacle terus meluaskan suit penyelesaiannya dengan tiga tawaran baharu - Finacle Assure,penyelesaian Finacle Youth Banking dan Finacle SME Enable. Finacle turut melanjutkan perkongsiannya bersama Microsoft Corp dan memastikan rangkaian penyelesaiannya boleh didapati dalam awan Microsoft Azure.

Pengambilalihan, Pelaburan dan Perkongsian  

  • Suku tahun ini, kami melengkapkan pengambilalihan Kallidus Inc. (d.b.a Skava) dan rakan sekutunya, penyedia terkemuka penyelesaian pengalaman digital, termasuk perdagangan mudah alih dan pengalaman membeli-belah dalam gedung untuk pelanggan runcit besar. Pengambilalihan Skava adalah sebahagian daripada strategi Infosys untuk membantu pelanggan membawakan pengalaman digital baharu kepada para pelanggan mereka melalui tawaran teknologi dipandu IP, alat automasi baharu serta kemahiran dan juga kepakaran yang tiada tandingannya dalam bidang baru muncul ini.
  • Suku tahun ini, para pemegang saham dalam AGM telah memberi kelulusan untuk memeterai kontrak bagi mengambil alih perniagaan penjagaan kesihatan daripada Infosys Public Services Inc. (IPS), sebuah anak syarikat milik penuh Infosys dengan anggaran pertimbangan sehingga 625 karor (kira-kira $ 100 juta) berkuat kuasa bermula pada hari yang akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah
  • Kami rasa yakin dengan tarikan yang kami lihat dengan Panaya selepas pengambilalihan itu, dan telah memenangi 15 perjanjian baharu melalui tawaran bersama kami.
  • Kami telah menyertai Konsortium Internet Perindustrian (IIC), sebuah kumpulan keahlian terbuka yang ditubuhkan untuk memperbaiki penyepaduan antara dunia fizikal dan digital serta menggalakkan penggunaan Internet Perkara. Kami akan memfokuskan pembangunan tapak uji IIC masa depan dengan rakan kongsi ekosistem penting, menggunakan kelebihan kepakaran kami dalam analitik ramalan seperti yang digunakan untuk tujuan penyelenggaraan,pengendalian, maklumat, perkhidmatan dan tenaga. Usaha kami terhadap penyelesaian analitik ramalan untuk kecekapan aset akan berteraskan bahan sumber terbuka dan akses terbuka bagi inovasi pantas oleh masyarakat.
  • Kami terus mempertingkat kemampuan kami dalam Pemikiran Rekaan dalam seluruh organisasi, dan telah melatih lebih 39,000 kakitangan setakat ini. Kami juga telah melihat maklum balas positif daripada pelanggan yang terlibat dengan kami dalam pelbagai projek pemikiran rekaan.

Arif Rehman, Pengarah, Operasi Rantaian Bekalan, Cisco berkata, "Infosys telah menjadi rakan kongsi strategik dalam perjalanan kami untuk memangkinkan inovasi merentasi organisasi Operasi Pengeluaran Global. Mereka bekerjasama rapat dengan kami dari perspektif organisasi untuk memasukkan Pemikiran Rekaan dan cara pemikiran seorang penginovasi ke dalam cara pasukan kami berkolaborasi, menghasilkan idea, dan mengeluarkan prototaip ke arah penyelesaian yang lebih berpaksikan pengguna. Apa yang saya paling hargai adalah kemampuan mereka untuk mengambil konsep seperti inovasi dan mengkontekskannya ke dalam urusan seharian dalam tenaga kerja kami yang sangat analitik dan berpaksikan pengetahuan."

Dana Inovasi 

Suku tahun ini, kami memperuntukkan AS$10 juta daripada Dana Inovasi global kami untuk syarikat baharu yang berpusat di Ireland. Awal tahun ini, Infosys mengumumkan Dana Inovasi bernilai AS$500 juta yang dikhaskan untuk pelaburan pertumbuhan teknologi baharu yang menerajui pasaran.

Anugerah dan Pengiktirafan 

  • Kami berbesar hati menerima Anugerah Rakan Kongsi Teknologi semasa majlis Anugerah Kepimpinan Pembuatan (ML) tahunan ke-11 kerana memainkan peranan utama dalam membolehkan Toyota Motor Sales (TMS), AS mencapai prestasi luar biasa dalam nilai pelanggan.
  • Suku tahun ini, kami meraih Anugerah Pembekal Penting dalam pengiktirafan untuk perkhidmatan khusus yang kami sediakan kepada Avaya dalam teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan. Kami turut menerima Anugerah untuk Pembekal Perkhidmatan Khidmat Luar Terbaik – mengatasi lebih 1,200 pembekal Avaya lain yang menyediakan bahan/perkhidmatan secara langsung dan tidak langsung.  
  • Kami dianugerahkan gelaran 'Penyedia Perkhidmatan IT Terbaik Tahun Ini – Perkhidmatan Kewangan Perbankan dan Sektor Insurans' oleh Frost & Sullivan
  • Infosys Finacle™ telah diberikan markah tertinggi dalam keenam-enam kes penggunaan dalam penilaian Kemampuan Kritikal untuk Perbankan Teras Runcit Antarabangsa Gartner. Laporan itu menilai 20 buah syarikat perbankan teras terkemuka untuk setiap kes penggunaan seperti yang ditakrifkan Gartner.
  • Kami dikenal pasti sebagai 'Ketua' dalam Life Sciences ITO PEAK Matrix 2015 Everest Group.
  • Kami diangkat sebagai 'Ketua' dan 'Pelaksana Cemerlang' dalam Banking AO PEAK Matrix 2015 Everest Group.
  • Semasa Sidang Kemuncak The Asian Banker di Hong Kong, Finacle meraih Anugerah Pelaksanaan Teknologi Cemerlang bersama DBS Bank, Singapura, serta turut menggondol Anugerah Emas Kaji Selidik Kepuasan Vendor The Asian Banker untuk tahun 2015.  
  • Kami menerima Anugerah Global Solar EPC untuk pemasangan suria di serata kampus kami di India.  

Melangkaui Perniagaan 

Bagi tahun fiskal ini, Infosys telah memperuntukkan 270 karor untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan khususnya melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya.

Semasa suku tahun ini, Yayasan Infosys AS mengumumkan perkongsian dengan Code.org untuk memperluas akses kepada pendidikan sains komputer untuk jutaan pelajar merentasi Amerika  Syarikat. Program ini termasuk pembangunan profesional untuk guru, pembangunan kurikulum, dan program khidmat masyarakat.  Yayasan Infosys AS juga telah menyatakan kesanggupan untuk memberikan sokongan kepada inisiatif Hour of Code tahunan Code.org, satu kempen asal-usul global yang telah memperkenalkan jutaan pelajar kepada sains komputer di lebih 180 buah negara.

Infosys menjadi syarikat India pertama yang menyertai RE100, sebuah platform global untuk syarikat besar yang komited kepada 100% kuasa boleh diperbaharui. Sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada RE100, Infosys menyasarkan untuk menjadi neutral karbon menjelang tahun 2018. Syarikat itu sudah pun berusaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik per kapitanya sebanyak 50 peratus daripada parasnya pada tahun 2007-2008 dan menyumberkan semua tenaga elektriknya daripada sumber boleh diperbaharui menjelang tahun 2018.

Latar Belakang Infosys Ltd 

Infosys merupakan peneraju global dalam rundingan, teknologi, khidmat luar dan perkhidmatan generasi seterusnya. Kami membantu para pelanggan di lebih 50 buah negara untuk kekal selangkah di hadapan trend perniagaan baru muncul dan mengatasi prestasi pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berkembang maju dalam dunia yang berubah dengan mencipta bersama penyelesaian canggih yang menggabungkan maklumat strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak AS$ 8.25 bilion dan lebih 179,000 kakitangan, membantu perusahaan mengemas kini semula sambil turut mencipta aliran baharu untuk menjana nilai.

Kenyataan Perlindungan  

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini berkenaan prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan jangkaan, berkenaan jangkaan perniagaan masa depan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan perlindungan' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada seperti yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan ketidakstabilan dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak rangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pengambilalihan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang menerima pelaburan strategik Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah dalam mengumpul modal atau mengambil alih syarikat di luar India dan penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, serta keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan pada industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap hasil operasi kami pada masa depan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2015 dan dalam Borang 6-K untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014, 30 September 2014, dan 31 Disember 2014. Pemfailan ini boleh didapati di www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan jangkaan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran serta laporan kami kepada para pemegang saham. Selain itu, sila ambil maklum tarikh siaran media ini ialah 21 Julai 2015, dan mana-mana kenyataan jangkaan yang terkandung dalam kenyataan ini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diwajibkan oleh undang-undang.

Hubungi

Hubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91 80 3980 1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Hubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91 80 4156 3373
Sarah_Gideon@infosys.com

Cristin Balog
+1 650 320 4126
Cristin_Balog@infosys.com

Infosys Limited dan anak syarikat

Kunci Kira-kira Disatukan Belum Diaudit Sementara Setakat

(Dalam juta dolar kecuali data syer ekuiti)





30 Jun 2015

31 Mac 2015

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesetaraan tunai

4,421

4,859

Aset kewangan sedia untuk dijual

116

140

Kebolehterimaan dagangan

1,657

1,554

Hasil belum dibil

464

455

Prabayaran dan aset semasa lain

630

527

Instrumen kewangan terbitan

6

16

Jumlah aset semasa

7,294

7,551

Aset bukan semasa



Harta tanah, kilang, peralatan

1,494

1,460

Muhibah

571

495

Aset tidak ketara

149

102

Pelaburan dalam Sekutu

15

15

Aset kewangan sedia untuk dijual

215

215

Aset cukai pendapatan tertangguh

77

85

Aset cukai pendapatan

724

654

Aset bukan semasa lain

48

38

Jumlah aset bukan semasa

3,293

3,064

Jumlah aset

10,587

10,615

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Kebolehterimaan dagangan

31

22

Instrumen Kewangan Terbitan

1

-

Liabiliti cukai pendapatan semasa

497

451

Deposit pelanggan

3

4

Hasil tidak diperoleh

186

168

Kewajipan faedah kakitangan

183

171

Peruntukan

74

77

Liabiliti semasa lain

1,087

927

Jumlah liabiliti semasa

2,062

1,820

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh

45

25

Liabiliti bukan semasa lain

18

8

Jumlah liabiliti

2,125

1,853

Ekuiti



Modal syer- `5 ($0.16) nilai tara 2,400,000,000

(1,200,000,000) syer ekuiti diluluskan,

dikeluarkan dan diterbitkan 2,285,610,264

(1,142,805,132), nilai bersih 11,334,400

(5,667,200) syer perbendaharaan setakat

30 Jun 2015 (31 Mac 2015), masing-masing

199

109

Premium syer

569

659

Perolehan tertahan

9,930

10,090

Komponen ekuiti lain

(2,236)

(2,096)

Jumlah ekuiti diagihkan kepada

pemegang ekuiti syarikat



8,462

8,762

Kepentingan bukan mengawal

-

-

Jumlah ekuiti

8,462

8,762

Jumlah liabiliti dan ekuiti

10,587

10,615

Infosys Limited dan anak syarikat

Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Sementara Disatukan Belum Diaudit

(Dalam juta dolar kecuali syer dan data syer per ekuiti)





Tiga bulan

Tiga bulan


berakhir 30 Jun

berakhir 30 Jun


2015

2014

Hasil

2,256

2,133

Kos jualan

1,434

1,344

Untung kasar

822

789

Perbelanjaan operasi:



Perbelanjaan jualan dan pemasaran

129

111

Perbelanjaan pentadbiran

152

142

Jumlah perbelanjaan operasi

281

253

Untung operasi

541

536

Pendapatan lain,bersih

119

139

Syer dalam euntungan/(kerugian) sekutu  

-

-

Untung sebelum cukai pendapatan

660

675

Perbelanjaan cukai pendapatan

184

193

Untung bersih

476

482

Pendapatan menyeluruh lain Item yang tidak akan dikelaskan semula mengikut keuntungan atau kerugian: Ukuran semula liabiliti/(aset) faedah yang ditakrif bersih

(1)

(3)

Item yang mungkin akan dikelaskan semula selepas Itu mengikut keuntungan atau kerugian: Perubahan nilai adil untuk aset kewangan sedia dijual

(2)

3

Perbezaan pertukaran untuk penterjemahan pengendalian asing

(137)

(36)

Jumlah pendapatan menyeluruh lain bersih cukai

(140)

(36)

Jumlah pendapatan menyeluruh

336

446

Keuntungan yang boleh diagihkan:



Pemilik syarikat

476

482

Kepentingan bukan mengawal

-

-


476

482

Jumlah pendapatan menyeluruh yang boleh diagihkan kepada:



Pemilik syarikat

336

446

Kepentingan bukan mengawal

-

-


336

446

Perolehan per syer ekuiti



Asas ($)

0.21

0.21

Dicairkan ($)

0.21

0.21

Syer ekuiti purata berpemberat yang digunakan untuk menghitung pendapatan per syer ekuiti



Asas

2,285,610,264

2,285,610,264

Dicairkan

2,285,672,309

2,285,610,264

NOTA:  

1. Kunci Kira-kira Sementara Disatukan dan Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Sementara Disatukan yang tidak diaudit untuk tiga bulan yang berakhir 30 Jun 2015 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 21 Julai 2015  

2. Lampiran Fakta yang menunjukkan metrik operasi syarikat boleh dimuat turun daripada www.infosys.com

3. Kiraan syer dan pendapatan per syer tempoh masa sebelumnya telah dinyatakan semula kerana syer bonus semasa Disember 2014 dan Jun 2015

Siaran Media IFRS-INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV756223InfosysQ1FY15ResultsPressRelease.pdf

Lampiran Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV756223InfosysQ1FY15ResultsFactsheet.pdf

Sumber: Infosys

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Earnings