omniture

Rancangan Penginapan Almaty 2022 Satu Aset Penting

Almaty 2022 Candidate city
2015-07-23 16:22 381

ALMATY, Kazakhstan dan LAUSANNE, Switzerland, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Setelah hampir dua tahun berdepan dengan persaingan bidaan, Almaty 2022 bersedia dan teruja untuk mengalu-alukan komuniti antarabangsa ke bandarnya yang indah. Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan, telah menyaksikan peningkatan pesat dalam sektor pelancongannya. Dengan kadar pertumbuhan tahunan hampir 11% bagi bilik hotel, Almaty merupakan salah satu destinasi pelancongan paling pesat membangun di seluruh Asia Tengah.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7579951-almaty-2022-accommodation-plan-a-key-asset/

Bandar ini menarik para pengunjung dari seluruh dunia kerana jaraknya yang berhampiran dengan pusat-pusat peranginan ski bertaraf dunia, gunung-ganang yang indah, kasino-kasino dan tempat-tempat peranginan hiburan yang baru dibangunkan serta budaya Kazakhstan yang meriah. Selain itu, bandar tersebut terus menerima manfaat daripada pelancongan yang semakin pesat melalui penganjuran acara-acara sukan musim sejuk antarabangsa utama, seperti Sukan Asia Musim Sejuk 2011, selain banyak Kejohanan Dunia FIS dan ISU.

Bersesuaian dengan pertumbuhan dalam sektor pelancongannya, Almaty telah membangunkan rancangan penginapan yang mantap untuk memenuhi keperluan pengunjung yang ramai dan populasi domestik yang berkembang pesat. Almaty 2022 telah bekerjasama rapat dengan bandar itu untuk memastikan bidaan Almaty untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bertepatan dengan objektif jangka panjang bandar itu.

Presiden Persatuan Pelancongan Kazakhstan, Cik Rosa Assanbayeva berkata:

"Ketibaan pelancong ke Almaty telah bertambah dengan tetap sepanjang beberapa tahun lalu. Selain kediaman untuk populasi bandar ini yang semakin bertambah, permintaan untuk hotel merentasi semua kategori turut meningkat. Rancangan Penginapan Sukan Almaty 2022 adalah selari dengan rancangan pembangunan bandar jangka panjang kami."

Paling penting, Almaty telah memperoleh jaminan perundangan daripada para pemilik hotel, pemaju hartanah dan pihak berkuasa bandar untuk lebih 31,000 bilik.

Rancangan penginapan sebenar Almaty termasuk:

  • 10,580 bilik dalam Perkampungan khas untuk Keluarga Olimpik;
  • 15,475 bilik dalam pangsapuri berservis yang baru dibina, termasuk pangsapuri dengan perkhidmatan IF dan NOC;
  • 5,175 bilik dalam hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan kesejahteraan sedia ada dalam semua kategori, termasuk 1,000 bilik dalam hotel-hotel IOC di Bandar Olimpik.

Datuk Bandar Almaty, En Akhmetzhan Yessimov:

"Jaminan Almaty melangkaui semua keperluan IOC. Semua kumpulan pelanggan akan mendapat penginapan selesa di bandar kami merentasi semua kategori - daripaada hotel-hotel 5-bintang kepada penginapan universiti untuk para pengunjung dengan perbelanjaan rendah. Semua bilik sama ada telah dibina, dalam proses pembinaan, telah dirancang atau dijamin oleh kontrak-kontrak individu."

Ikuti @RealAlmaty2022 di

https://www.facebook.com/RealAlmaty2022

https://twitter.com/realalmaty2022

Sumber: Almaty 2022 Candidate city

Source: Almaty 2022 Candidate city
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel