omniture

Vienna: Bilangan Penginapan Semalaman Mencatat Rekod bagi Separuh Pertama 2015

Vienna Tourist Board
2015-07-24 14:48 275

VIENNA, 24 Julai 2015 /PRNewswire/ --  

Rekod sepanjang zaman yang baharu: Vienna mencatatkan sekitar 6.3 juta penginapan semalaman oleh pengunjung antara Januari dan Jun 2015 - kira-kira 5.4% melebihi tempoh sama tahun sebelumnya. 

"Vienna menunjukkan tarikan pelancongannya dalam separuh pertama 2015 dengan peningkatan sebanyak 5.4% kepada sekitar 6,330,000 pengunjung yang bermalam," menurut Norbert Kettner, Pengarah Lembaga Pelancongan Vienna. Sepuluh pasaran terbesar Vienna bagi separuh pertama 2015 ialah Jerman dengan 1,283,000 malam penginapan (+6% berbanding tempoh sama tahun lalu), diikuti oleh Austria (1,243,000, +7%), AS (348,000 +9%), Itali (328,000, +13%), dan United Kingdom (237,000, +11%).

Tempah ke-6 hingga 10 diambil oleh Rusia (217,000, -32%), Switzerland (209,000, +12%), Perancis (165,000, -2%), Sepanyol (156,000, +16%) dan Jepun (127,000, -2%). Vienna turut melaporkan pertumbuhan kukuh berbanding tahun 2014 daripada Korea Selatan (86,000 malam penginapan, +29%), Serbia (79,000, +25%), Turki (71,000, +28%), India (40,000, +41%) dan Taiwan (36,000, +57%). Di sebalik perluasan penginapan hotel Vienna antara Jun 2014 dan Jun 2015 - peningkatan 3,700 hingga 63,800 katil - kadar inapan bilik meningkat daripada 65% kepada 66% bagi tempoh yang sama.

"Penginapan semalaman antarabangsa membentuk lebih 80% daripada jumlah keseluruhan penginapan semalaman di Vienna. Ini bukan sahaja mencerminkan tarikan Vienna yang berterusan, tetapi turut menunjukkan strategi pengantarabangsaan sistematik kami dengan mempelbagaikan ke dalam banyak pasaran berbeza kini membuahkan hasil," terang Kettner. Objektif beliau kini adalah untuk meningkatkan penginapan semalaman Vienna kepada 18 juta menjelang tahun 2020. Vienna turut mengecap kejayaan sebagai metropolis kongres: Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA) menyenaraikan ibu negara Austria itu di tempat kedua seluruh dunia untuk kongres antarabangsanya pada tahun 2014.

Maklumat lanjut:

Lembaga Pelancongan Vienna
Isabella Rauter
Tel.: +43-1-211-14-301
E-mel: media.rel@vienna.info

http://www.vienna.info

http://b2b.vienna.info

Sumber: Vienna Tourist Board

Source: Vienna Tourist Board
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Survey, Polls & Research