omniture

XCMG Tersenarai 10 Terbaik KHL bagi Pengeluar Kelengkapan Pembinaan Terbesar

XCMG
2015-07-24 15:01 299

XUZHOU, China, 24 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar kelengkapan pembinaan terbesar di China, berada dalam senarai 10 Terbaik bagi Jadual Kuning terkini, iaitu satu senarai kedudukan 50 pengeluar kelengkapan pembinaan terbesar dunia yang disusun oleh KHL Group, pembekal utama global bagi maklumat pembinaan antarabangsa. Jadual Kuning dalam keluaran 2015 International Construction menganggarkan hasil jualan kelengkapan pembinaan 2014 XCMG adalah bernilai USD 6.15 bilion, iaitu 3.9% daripada jualan keseluruhan global.

"XCMG telah meningkat tiga anak tangga, prestasi mengagumkan yang mencerminkan input penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas serta kemantapan teknikal kami. Strategi R&D kami adalah untuk membangunkan produk yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan meningkatkan kapasiti inovasi disruptif kami." kata Wang Min, presiden XCMG.

Hasil perbelanjaan R&D yang banyak, XCMG telah memperoleh kemajuan dengan sistem inovasinya, platform pembangunan kolaboratif global dan pasukan bakat tahap tingginya.

XGC88000, dengan daya angkat maksimum 88,000 tan/meter dan kapasiti angkat maksimum 4,500 tan, merupakan kren merangkak terbesar di dunia, dan merupakan contoh sempurna bagi pencapaian R&D XCMG bagi kren merangkak bertan besar.

Kren merangkak 4,000 tan ini melambangkan teknologi R&D terkini XCMG. Sistem imbangan berat merangkak meningkatkan kebolehsuaian permukaan berfungsi produk itu dengan hebat; sistem kawalan selaras empat win yang menjadikannya selamat dan pintar; tiga julat mengangkat yang berbeza membolehkannya disesuaikan kepada keadaan operasi berbeza; serta reka bentuk modular dan bersepadu memungkinkan kombinasi berbilang dan juga meningkatkan kadar penggunaan produk itu.

Pembangunan XGC88000 menjadi peneraju dalam industri kelengkapan pembinaan China, menandakan pencapaian hebat bagi teknologi kren merangkak di peringkat global.

Kemajuan teknologi turut dapat dilihat dalam trak bomba XCMG dengan platform menaik yang besar, seperti DG100 dan DG88. Trak bomba menaik setinggi 100m ini telah mencapai tahap tercanggih dunia dari segi prestasi dan kebolehsuaian dalam persekitaran lampau.  

"Sasaran kami dalam input R&D adalah untuk memupuk budaya inovasi di XCMG dan mempengaruhi industri kelengkapan pembinaan China," kata Wang Min. "Ini merupakan satu-satunya cara kami dapat mengekalkan momentum hasil jualan kukuh kami dalam keadaan pasaran yang mencabar dan berkembang menjadi perusahaan inovatif sebenar."

Komited terhadap pengeluaran jentera pembinaan, pada masa akan datang, XCMG merancang untuk menambah barisan pengeluaran baharu termasuk kelengkapan pembersihan, jentera perlombongan, jentera pelabuhan dan jentera pertanian untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah serta inovasi teknologi berterusan dalam produk-produk semasa.

Maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau Facebook, Twitter dan Youtube.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150723/240699

Source: XCMG
Keywords: Auto