omniture

Huawei Menggalakkan Pembangunan Reka Bentuk Platform Terbuka semasa Sidang Kemuncak Industri Perkhidmatan Kewangan Global Tahunan Ke-3

Membentuk semula IT dalam industri perkhidmatan kewangan bagi memacu transformasi perniagaan untuk pelanggan
Huawei
2015-07-27 12:27 522

BEIJING, 27 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Industri Perkhidmatan Kewangan (FSI) Global tahunan ke-3 dengan tema "Membentuk semula IT bagi Memacu Transformasi Perniagaan" di Beijing, China. Acara itu membawa bersama lebih 900 pelanggan dan rakan kongsi kewangan Huawei.

David He, Presiden, Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Enterprise Business Group, Huawei, menyampaikan ucapan beliau.
David He, Presiden, Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Enterprise Business Group, Huawei, menyampaikan ucapan beliau.

 

Robert Rooks, Ketua Sektor Perbankan & Sekuriti, Deloitte Hong Kong memperkenalkan kertas putih itu.
Robert Rooks, Ketua Sektor Perbankan & Sekuriti, Deloitte Hong Kong memperkenalkan kertas putih itu.

Topik-topik penting yang dirangkumi semasa acara itu termasuk transformasi digital institusi kewangan, menggalakkan pembinaan maklumat melalui transformasi platform, inovasi produk, dan pensisteman penyediaan perkhidmatan.

Ikutan Masa Depan: Transformasi Reka Bentuk IT, Platform Terbuka dan Awan Kewangan

"Pendigitalan, internet mudah alih, dan kewangan terangkum merupakan tiga ikutan besar yang akan membentuk semula industri perkhidmatan kewangan pada masa depan," kata Emmanuel Daniel, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Asian Banker, sewaktu ucapan dasar beliau.

"Huawei komited untuk bekerja dengan para pelanggan dan rakan kongsi kami dalam industri kewangan untuk membentuk semula reka bentuk IT terkhusus industri yang akan menggalakkan transformasi perniagaan dan memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah," kata David He, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian, Enterprise Business Group, Huawei.

"Sementara Huawei sudah memantapkan beberapa amalan terbaik dalam bidang seperti awan, data besar dan saluran perkhidmatan inovatif untuk kewangan, kami akan terus menginovasi bagi menyediakan pelanggan daripada industri kewangan dengan platform IT yang terbuka, teguh, selamat, dan menjimatkan kos, sistem data yang pintar serta menyeluruh, dan juga saluran perkhidmatan tangkas," kata He.

"Ketika perniagaan terus membangun, masalah yang dicetuskan oleh pembinaan berbilang pusat dan reka bentuk terpusat telah menjadi lebih tersebar luas. Berdasarkan seni bina berorientasikan perkhidmatan (SOA), prasarana dibangunkan sendiri generasi seterusnya China Construction Bank dengan rekaan hierarki berasaskan pengkomputeran awan menyokong perkhidmatan dengan kemampuan pengurusan bersatu," kata Panshi Jin, Pengurus Besar, Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat, China Construction Bank Corporation.

Sebagai sebahagian daripada kertas putih bertajuk Transformasi dan Pembinaan Semula Bank dalam Era Digital, yang dihebahkan semasa sidang kemuncak itu, Huawei dan Deloitte menekankan keperluan untuk bank-bank bagi melaksanakan strategi pendigitalan dibantu oleh sistem yang berkuasa dan menyokong, serta pembinaan kemampuan IT.

Kertas putih itu menyatakan komponen penting strategi itu adalah transformasi reka bentuk awan, strategi data besar dan sistem omnisaluran.

Huawei Menawarkan Siri Lengkap Penyelesaian Kewangan bagi Menyediakan Perkhidmatan ICT Sehenti

Semasa FSI 2015, Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya untuk industri kewangan yang meliputi tiga tema utama, termasuk "Pembinaan Platform Terbuka". "Inovasi Perkhidmatan Kewangan" dan "Pengendalian Selamat dan Mantap". Ini turut melibatkan awan persendirian, rangkaian tangkas, dan pusat data bermodul, data besar untuk kewangan, perbankan omnisaluran, Pusat Data Aktif-Aktif, dan Penyelesaian Keselamatan Kewangan Internet Berasaskan Anti-DDoS dan banyak lagi.

Sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak itu, dua belas institusi kewangan terkenal mengesahkan penyertaan mereka bagi menetapkan satu ekosistem platform terbuka untuk industri kewangan, yang menyasarkan untuk menggalakkan pembangunan platform terbuka melalui penyepaduan prasarana dan aplikasi mendalam.

Huawei kini berkembang dengan mantap dalam pasaran kewangan global dan berkhidmat untuk lebih 300 institusi kewangan seluruh dunia dalam pasaran di Eropah, Asia Pasifik, dan Rusia, termasuk enam daripada sepuluh bank terkemuka di dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak FSI Global ketiga Huawei, sila lawati: http://enterprise.huawei.com/topic/trade2015_en

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Huawei telah memantapkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam telekomunikasi dan rangkaian perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan oleh lebih 170 buah negara dan rantau.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150724/0861506724-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150724/0861506724-b

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news