omniture

eBaoTech dan Alibaba Cloud Lancarkan Platform Awan Insurans Internet Pertama Dunia

eBaoTech Bina "Hotel" dalam Platform Awan Alibaba untuk Syarikat Insurans
eBaoTech Corporation
2015-07-28 00:12 294

SHANGHAI, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- eBaoTech, penyedia perisian global yang terkemuka bagi industri insurans nyawa dan harta benda & kemalangan, mengumumkan kerjasamanya dengan Alibaba Cloud, sebuah anak syarikat pengkomputeran Alibaba Group, bagi melancarkan eBaoCloud, platform awan insurans internet pertama di dunia. Platform ini membolehkan penginsurans "mendaftar masuk" seperti mana di hotel dan menikmati pelbagai keupayaan insurans internet terpiawai tanpa perlu membina atau memasang sistem mereka sendiri. Beberapa buah syarikat insurans di China telah mendaftar untuk melancarkan produk-produk insurans di beberapa laman sesawang berkaitan serta aplikasi berasaskan eBaoCloud.

"eBaoCloud merupakan kombinasi Internet dan insurans. Ia membolehkan syarikat-syarikat insurans dalam menghadapi cabaran era internet, memendekkan tempoh proses pelancaran produk, mengurus ratusan juta pesanan setiap hari dan menyokong analitik data besar", kata Weiliang Le, Ketua Pegawai Teknologi dan pengurus besar, divisyen Insurans Internet, eBaoTech.

Pelaksanaan produk pantas bermakna kos eksperimentasi dan pengujian pasaran yang amat rendah. Menghadapi permintaan pasaran yang baru muncul dengan pesat, syarikat-syarikat insurans kini dapat memperkenalkan produk-produk baharu dengan cepat serta melakukan perubahan strategik berasaskan tindak balas pasaran. Cara pelaksanaan pantas yang baharu ini membolehkan penginsurans bertindak balas kepada permintaan pasaran dengan produk-produk baharu seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat internet.

Melalui pendekatan awan, syarikat-syarikat insurans dapat menjalankan urusan dalam cara yang lebih fleksibel dan cekap. "Sebelum ini, ia mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk syarikat-syarikat insurans melancarkan produk-produk baharu. Setelah melaksanakan platform awan, para penginsurans dapat memendekkan kitar pelancaran kepada satu hingga dua minggu," kata Min Xu, pengurus besar, Alibaba Cloud. "Kos pembangunan dan pelaksanaan dapat dikurangkan daripada ratusan ribu kepada puluhan ribu."

Zhong An Insurance merupakan syarikat insurans pertama yang membina sistem ITnya melalui awan di China. Zhong An telah menetapkan sistem terasnya beroperasi melalui Alibaba Cloud. Pada 11 November 2014, Festival Beli-Belah 11.11, Zhong An telah mengeluarkan lebih 150 juta polisi, melebihi bilangan keseluruhan syarikat insurans lain di China.

Latar Belakang eBaoTech
eBaoTech merupakan peneraju global yang memenangi anugerah dalam perisian insurans teras dengan menyediakan nilai perniagaan signifikan kepada para pelanggan kami di seluruh dunia daripada pengendali hayat dan harta benda serta kemalangan (atau am). Misi eBaoTech adalah untuk "menjadikan insurans mudah", dengan menjadikan insurans lebih pantas, lebih baik dan menjimatkan kos untuk semua pihak dalam ekosistem. Dengan lebih 150 pemasangan di lebih 30 buah negara, eBaoTech menerajui industri dalam pelaksanaan global. Pendekatan "Kejayaan Pelanggan Pantas" kami membolehkan pelanggan mempercepatkan masa-ke-pasaran daripada tahun kepada bulan serta memperkasakan transformasi perniagaan melalui penggantian pantas sistem-sistem legasi. http://www.ebaotech.com/.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150727/0861506750LOGO

Source: eBaoTech Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Insurance Internet Technology Contracts