omniture

Xiamen Airlines Lancarkan Laluan Xiamen-Amsterdam

Xiamen Airlines
2015-07-28 09:54 560

XIAMEN, China dan AMSTERDAM, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Pada 26 Julai, Xiamen Airlines telah melancarkan dengan rasmi laluan antara benua pertama bagi syarikat penerbangan itu, iaitu laluan Xiamen-Amsterdam. Laluan baharu itu menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi globalisasi syarikat penerbangan tersebut.

Pada 26 Julai, Xiamen Airlines dengan rasminya melancarkan laluan Xiamen-Amsterdam
Pada 26 Julai, Xiamen Airlines dengan rasminya melancarkan laluan Xiamen-Amsterdam

Xiamen Airlines akan mengendalikan laluan baharu itu, penerbangan nombor MF811 dan MF812, dengan Boeing 787 Dreamliner menampilkan 4 tempat duduk dalam kelas pertama, 18 dalam kelas perniagaan dan 214 dalam kelas ekonomi. Penerbangan bertolak dari Xiamen jam 11:50 malam setiap Selasa, Khamis serta Ahad, dan tiba di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam jam 5:45 pagi hari berikutnya. Tempoh penerbangan adalah selama 11 jam dan 55 minit. Perjalanan pulang bertolak dari Amsterdam jam 12:35 tengahari setiap Isnin, Rabu serta Jumaat, dan tiba di Xiamen jam 5:30 pagi hari berikutnya, dengan tempoh penerbangan adalah selama 10 jam dan 55 minit. Waktu yang dinyatakan di atas semuanya adalah waktu tempatan, dan diatur untuk memudahkan hubungan kepada penerbangan lain setelah penumpang tiba di destinasi mereka.

Laluan baharu itu melengkapi laluan Xiamen-Amsterdam sedia ada KLM Royal Dutch Airlines -- juga mengikut jadual tiga kali seminggu, yang bermakna, bermula 26 Julai, terdapat enam penerbangan terus antara Xiamen dan Amsterdam setiap minggu.

Xiamen Airlines telah menaiktaraf kedua-dua khidmat udara dan darat untuk laluan antara benua baharu itu, dengan usaha berungguh-sungguh bagi menyepadukan unsur budaya China ke dalam perkhidmatannya. Sebagai contoh, perkakas hidangan untuk kelas pertama dan kelas perniagaan diperbuat daripada blanc de chine, dan teh lapsang souchong asli yang terkenal akan ditawarkan dalam kedua-dua kabin tersebut.

Xiamen Airlines mengendalikan flit yang terdiri daripada 119 jet Boeing, yang merupakan flit Boeing sepenuhnya yang terbesar di China. Flit tersebut kini memiliki 5 Boeing 787-8 Dreamliner, dengan yang keenam bakal dihantar tidak lama lagi. Sebagai sebahagian daripada rancangan perluasan untuk laluan antara benua lanjut yang berasal dari wilayah Fujian, syarikat penerbangan itu telah memesan 4 lagi pesawat Boeing 787-9 yang canggih, membentuk flit yang terdiri daripada 10 Boeing 787.

Pengerusi dan pengurus besar Che Shanglun menjelaskan, Xiamen Airlines akan melancarkan laluan terus Xiamen-Sydney pada akhir tahun ini. Tahun depan, syarikat penerbangan itu merancang untuk melancarkan laluan ke Amerika Utara, melengkapkan rangkaian laluan yang meliputi Eropah, Amerika dan Australia, serta menyokong strategi "Satu Lingkaran, Satu Jalan" China dengan mewujudkan "Jalan Sutera di Langit."

GAMBAR - http://photos.prnasia.com/prnh/20150728/0861506714

 

Source: Xiamen Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel New products/services