SHENZHEN, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Tidak gentar, melangkaui dunia tanpa batasan -- semasa Acara Pelancaran Produk Baharu Telefon Pintar Ramos 2015 yang diadakan di Beijing pada 13 Julai 2015, Ramos secara rasmi telah melancarkan telefon pintar pertamanya, Onemos MOS1. Pengeluar telefon pintar itu mengumumkan pada persidangan tersebut bahawa produk tersebut boleh didapati serentak di dalam dan luar talian pada awal Ogos. Telefon tersebut akan tersedia dalam tiga warna: emas champagne, perak sinar bulan dan kelabu logam. Selain MOS1, Ramos turut mengumumkan, ia akan menyusul tidak lama lagi dengan satu lagi produk baharu, MOS1Max.
Telefon pintar itu, dilancarkan bersama BYD, menggunakan rangka logam kristal lima bucu asal, satu struktur yang berasaskan proses yang memerlukan 208 prosedur kompleks termasuk CNC, pengacuan nano, penganodan, bedilan pasir, dan banyak langkah lain, untuk membentuk rangka pertengahan berbucu lima dengan had terima tidak melebihi 0.01 mm, dengan bulatan memegang segi empat dan segi empat memegang bulatan, bagi tujuan mendapatkan sentuhan yang sempurna apabila dipegang dengan tangan.
Bahagian hadapan dan belakang Onemos MOS1 kedua-duanya dibuat dengan kaca melengkung 2.5D berganda, Corning Gorilla Glass 3, bahan yang kebiasaannya hanya dikhaskan untuk produk tahap tertinggi. Cantuman rangka pertengahan logam dan kaca 2.5D itu dicapai tanpa memerlukan sebarang perantaraan plastik. Butang pada Onemos MOS1 telah direka supaya tekanan yang diperlukan untuk menekan butang pada Onemos MOS1 adalah 2.4 Newton, sentuhan yang ideal untuk kemesraan pengguna. Telefon itu didatangkan dengan rangka emas ultra tipis 1.9mm dan rangka pertengahan logam ultra tipis 6.6mm.
Onemos MOS1 dikonfigurasi dengan skrin warna asli 5.5 inci 1080P GFF AHVA, pada 401 ppi – tahap definisi yang mana retina manusia tidak lagi dapat melihat piksel. Pemproses penggunaan rendah berprestasi tinggi Qualcomm 64bit 8-teras sebenar memastikan kelajuan tinggi dan operasi yang lancar. Peranti tersebut dilengkapi dengan storan berkapasiti ultra tinggi 32GB, RAM 2GB dan berfungsi dengan kedua-dua sistem 4G berganda TD-LTE dan FDD-LTE.
Onemos MOS1 didatangkan dengan bateri BYD 3050mAh yang amat selamat. Dengan mengoptimumkan algoritma pengurusan kuasa, hayat bateri peranti lengkap itu adalah 20 peratus lebih lama berbanding bateri biasa dengan berat yang serupa. Teknologi pengecasan pantas Qualcomm QC2.0 memastikan sekurang-kurangnya 15% daripada cas semula penuh akan dipulihkan dalam masa 10 minit. Bagi fungsi fotografi, MOS1 dilengkapi lensa belakang jenis bertingkat 13 juta piksel dan kamera Iopicca masa nyata 5 juta piksel dengan apertur super F/2.0 berkemampuan fokus segera dalam masa 3 saat.
MOUI 1.0 yang didatangkan bersama telefon itu, berasaskan sistem Android 5.0 namun dengan lebih pengoptimuman, menampilkan konsep "prapemasangan sifar", bermakna telefon itu tidak akan dipasang sebarang perisian pihak ketiga yang, bagi kebanyakan pengguna, tidak berguna dan hanya menjadi beban, bagi menghormati hak pilihan pengguna. Lebih 3,000 perincian telah dioptimumkan yang membantu mengekalkan keringkasan kefungsian dan menjadikan telefon itu mudah digunakan sambil meningkatkan nilai estetikanya.
Ramos sedang mencari rakan kongsi di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi Ramos: http://www.ramos.com.cn
Laman Facebook: Ramos Digital Technology
Twitter: @RamosTech
HUBUNGI:
Tel: +86-755-3333-8983
E-mel: sales@ramos.com.cn