omniture

Cambium Networks Lantik Himanshu Motial Sebagai Naib Presiden Jualan APAC

Cambium Networks
2015-07-28 19:00 172

-- Eksekutif jualan berpengalaman bakal ketuai perluasan ke pasaran Asia Pasifik baharu

ROLLING MEADOWS, Illinois, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia utama global bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar, hari ini mengumumkan pelantikan Himanshu Motial sebagai naib presiden jualan bagi rantau Asia Pasifik. Bagi peranan baharu beliau, Motial membawakan lebih 20 tahun pengalaman jualan, bekerja untuk pelbagai syarikat teknologi di seluruh rantau tersebut.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

"Saya amat berminat untuk membawa teknologi termaju ke pasaran yang pesat membangun, dan saya teruja untuk membawakan pengalaman saya dalam aspek ini untuk Cambium Networks," kata Himanshu Motial, naib presiden jualan, APAC, Cambium Networks. "Rantau saya unik kerana ia merupakan tempat terdapatnya beberapa kadar tertinggi dan terendah di dunia bagi penembusan Internet. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan tersebut untuk menyamaratakan akses kepada sambungan yang andal di seluruh Asia Pasifik."

Seorang pakar dalam strategi pembangunan jualan dan perniagaan untuk firma multinasional, Motial mempunyai pengalaman hebat dalam membina ekosistem perniagaan dan rakan kongsi baharu dalam sektor telekomunikasi serta IT di rantau Asia Pasifik. Terkini, Motial merupakan pengarah Asia Pasifik untuk bahagian Perkhidmatan Awan Pengendali Microsoft yang berpangkalan di Singapura. Antara yang menonjol sepanjang tempoh beliau berada di Microsoft termasuk memimpin strategi pasaran membangun untuk unit perniagaan Penyelesaian Produktiviti, dan mewujudkan pasaran-pasaran baharu untuk HP, rakan kerjasama yang penting, dan Microsoft dengan membawakan produk-produk serta model-model perniagaan yang inovatif ke rantau tersebut. Sebelum Microsoft, Motial turut memegang beberapa jawatan pembangunan perniagaan dan jualan di Lucent, HP dan Wipro di India. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik daripada Indian Institute of Technology, Roorkee.

"Cambium Networks telah membina, memupuk dan meluaskan hubungan pelanggan di seluruh Asia Pasifik dalam pelbagai sektor, termasuk kerajaan, perindustrian, perusahaan serta kediaman. Ketika kami berusaha mempelbagaikan portfolio kami, kami mengharapkan kepakaran jualan dan kepimpinan Himanshu untuk meluaskan capaian kami di rantau tersebut," kata Bryan Sheppeck, Naib Presiden Kanan Jualan, Cambium Networks. "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau ke pasukan ini dan terus memesatkan pertumbuhan kami di rantau APAC."

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Cambium Networks, sila layari www.cambiumnetworks.com, lihat halaman sokongan kami, www.connectingtheunconnected.org, bagi mendapatkan maklumat terkini tentang pemasangan seluruh dunia kami, atau ikuti @CambiumNetworks melalui Twitter dan klik suka pada laman Facebook bagi mendapatkan maklumat perindustrian.

Latar Belakang Cambium Networks:

Cambium Networks merupakan penyedia utama global bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar yang menghubungkan yang tidak terhubung. Melalui portfolio luas bagi platform titik-ke-titik (PTP) dan titik-ke-berbilang titik (PMP) jalur lebar tanpa wayar yang selamat, boleh diskala serta andal, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan, agensi-agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat-syarikat minyak, gas dan utility; penyedia khidmat Internet; dan juga rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi yang hebat dan mudah dikekalkan.

Syarikat itu kini mempunyai empat juta radio akses dan angkut baliknya dipasang pada beribu-ribu rangkaian yang memerlukannya di lebih 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat R&D di A.S., Ashburton, U.K. dan Bangalore, India, Cambium Networks menjual melalui rangkaian pengedar global yang diyakini. Sebarang maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com.

Hubungi
Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Personnel announcements