HONG KONG, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) mengalu-alukan musim panas dengan pelbagai promosi hebat, menyediakan tawaran-tawaran istimewa seperti Kupon Tunai HKIA sehingga HK$700 dan perkhidmatan penghantaran tempatan secara percuma.
Promosi Pulangan Tunai
Mulai 31 Julai hingga 11 Ogos 2015, para pelancong yang membelanjakan lebih HK$2,000, HK$5,000 dan HK$10,000 melalui pembayaran elektronik dapat menebus Kupon Tunai HKIA bernilai HK$100, HK$200 dan HK$600 masing-masing. Pelancong yang menggunakan kad UnionPay mereka untuk membuat pembelian melebihi HK$5,000 dan HK$10,000 dapat menikmati Kupon Tunai HKIA tambahan bernilai HK$100.
Tawaran Beli-belah dan Makanan
HKIA turut bekerjasama dengan peruncitnya untuk menyediakan pelancong dengan beberapa tawaran beli-belah dan makanan yang eksklusif, selain pilihan hebat hadiah percuma istimewa semasa musim panas. Para pelancong yang berbelanja dengan kad UnionPay akan dapat menikmati lebih banyak tawaran. Pelancong-pelancong boleh mendapatkan perincian lanjut dengan hanya mengimbas kod QR yang terdapat pada bahan promosi atau mengunjungi laman sesawang kami:
http://www.hongkongairport.com/eng/shopping/special-offers.html
Penghantaran Tempatan Percuma
Para pelancong yang membelanjakan lebih HK$1,000 dalam satu urus niaga tunggal di HKIA dapat menikmati khidmat penghantaran tempatan secara percuma.
Aktiviti Mengalu-alukan Musim Panas
Maskot "Harga Pusat Bandar Dijamin" HKIA dihias untuk mengalu-alukan musim panas dan menyapa para pelancong. Maskot tersebut akan membuat penampilan khas di Terminal 1 dan akan gembira bergambar dengan pelancong, serta mengedarkan hadiah-hadiah istimewa. Pelancong-pelancong juga dapat menikmati persembahan muzik semasa membeli-belah di Dewan Berlepas Timur.
Cabutan Bertuah "Keseronokan Musim Panas Hong Kong"
HKIA menyertai Lembaga Pelancongan Hong Kong sempena kempen Keseronokan Musim Panas Hong Kong, bagi memberikan pelancong dua pusingan cabutan bertuah. Mulai 15 Jun hingga 31 Ogos 2015, para pelancong yang memasuki Hong Kong melalui HKIA dapat mengambil bahagian dalam "Cabutan Segera Mega". Sebelum meninggalkan Hong Kong, pelancong-pelancong juga dapat menyertai cabutan "Kembali ke Hong Kong seperti Jutawan" untuk memenangi hadiah-hadiah hebat, termasuk perjalanan pergi-balik mewah ke Hong Kong.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi tersebut, sila ikuti laman Facebook kami, www.facebook.com/hkairport.official, atau kunjungi laman sesawang kami, www.hongkongairport.com (laman Beli-belah, Menjamu Selera & Hiburan).
Latar Belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
HKIA merupakan pusat penerbangan antarabangsa dan serantau yang menghubungkan kira-kira 180 destinasi di seluruh dunia, termasuk lebih 45 buah bandar di Tanah Besar China. HKIA berjaya mencapai daya pemprosesan pelanggan yang mencatat rekod sebanyak 63.3 juta pada tahun 2014.