omniture

Doxee Meluaskan Rangkaian Rakan Kongsi Antarabangsa Melalui Persetujuan dengan Friends Color Images Pvt. Ltd.

Doxee
2015-07-29 11:00 468

SAN JOSE, Calif. dan MODENA, Itali, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Syarikat Pengurusan dan Penyediaan Maklumat terkemuka India bakal menjual dan menyokong tawaran CCM Doxee 

Doxee, peneraju dalam penyelesaian dan perkhidmatan Pengurusan Komunikasi Pelanggan dan Penghasilan Output Dokumen kelas perusahaan berasaskan awan, hari ini mengumumkan perluasan berterusan perniagaan Rakan Kongsi Antarabangsanya melalui persetujuan dengan Friends Color Images Pvt. Ltd. Friends merupakan organisasi perkhidmatan yang mengkhusus dalam Penyelesaian pengurusan komunikasi pelanggan yang beribu pejabat di New Delhi, India. Syarikat itu mempunyai prasarana berasaskan perkhidmatan terbesar di Benua Kecil India itu, yang tersebar merentasi empat lokasi penting secara strategik di India.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a )

"Kami telah memilih untuk menggunakan Platform Doxee bagi mempertingkatkan tawaran Pengurusan Komunikasi Pelanggan kami, terutamanya dalam bidang CCM awan dan komunikasi interaktif yang mana kami melihat pertumbuhan hebat serta peluang perniagaan baharu. Kami teruja untuk bekerja dengan pasukan pengurusan, jualan, dan sokongan teknikal di Doxee yang mempunyai pengalaman terbukti dalam perkhidmatan terurus CCM awan kepada organisasi kami," kata Vineet Sawhney, Pengarah, Friends Color Images Pvt. Ltd. "Pemilihan Platform Sebagai Perkhidmatan Doxee adalah sejajar dengan dedikasi kami untuk menyediakan teknologi dan penyelesaian terbaik dalam kategori ini bagi memastikan pelanggan kami berjaya dalam pasaran masing-masing."

"Ini merupakan persetujuan penting bagi kami dan menunjukkan komitmen kami bagi membentuk perniagaan berpaksikan rakan kongsi global," kata Ron Friedman, ketua pegawai operasi Doxee. "Kami amat bersemangat dengan perkongsian baharu bersama Friends ini. Syarikat mereka merupakan contoh komitmen Doxee yang sejajar dengan rakan kongsi yang mempunyai reputasi dan sumber untuk mengungguli pasaran mereka melalui teknologi kami yang menerajui pasaran."

Friends akan menyediakan semua pasaran dan perkhidmatan yang diurus pelanggan untuk platform Doxee kepada pelanggannya melalui model perniagaan Perkhidmatan Terurus. Doxee akan menyediakan PaaS CCM awannya serta sokongan lengkap tawaran IaaS di India.

Doxee 

Doxee merupakan penyedia teknologi dan perkhidmatan global terkemuka bagi CCM kelas perusahaan, berasaskan awan. Perusahaan seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Doxee bagi menyediakan komunikasi pelanggan yang sangat tersuai khusus dan interaktif kepada para pelanggan mereka.

Friends Color Images Pvt. Ltd. 

Friends telah membantu para pelanggan perusahaan India dalam pelbagai sektor seperti Telekomunikasi, Insurans Utiliti, Bank, dan institusi kewangan lain. Syarikat itu mempunyai kepakaran meluas dalam penyelesaian pengurusan komunikasi pelanggan untuk industri-industri tempat ia beroperasi.

Wakil Akhbar
Larry Zusman
Pengarah Pemasaran, Operasi Global
lzusman@doxee.com
Telefon Bimbit: +1-508-808-4807

Vineet Sawhney
Pengarah
vineet@friendscolor.com
Telefon Bimbit: +91-9867599293

Sumber: Doxee

Source: Doxee
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology