omniture

Vserv Siarkan Laporan Persona Pengguna Telefon Pintar (SUPR) Pertama di India

Vserv
2015-07-29 14:20 225

MUMBAI, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ --   

Laporan Mengasingkan Pengguna Telefon Pintar Berdasarkan Profil dan Penggunaan Aplikasi Mereka 

Vserv, platform data pintar utama untuk pemasaran dan perdagangan mudah alih, hari ini menyiarkan Laporan Persona Pengguna Telefon Pintar (SUPR) 2015. Dapatan laporan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nielsen Informate Mobile Insights. SUPR mengasingkan pengguna telefon pintar India kepada persona pengguna yang berbeza dan mendalami corak penggunaan mereka.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150727/756790)

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141020/10108948)

Laporan ini memberikan pandangan yang mendalam terhadap penggunaan aplikasi, masa yang diluangkan menggunakan pelbagai aplikasi, corak penggunaan data dan demografi setiap persona. Menurut laporan itu, kumpulan pengguna telefon pintar India sedang berkembang pada CAGR 26% bermula pada tahun 2013 hingga 2017. Ledakan dalam pasaran telefon pintar India, secara utamanya didorong oleh warga India di bawah usia 25 tahun, dengan laporan itu menekankan 63% pengguna berada dalam peringkat usia ini.

Sorotan Penting daripada laporan tersebut: 

  • Daripada kajian tersebut, pengguna telefon pintar meluangkan purata 169 minit sehari menggunakan peranti mereka
  • Enam persona pengguna telefon pintar yang dikenal pasti ialah – Peminat Aplikasi, Bintang Sosial, Suka Berbual, Peminat Hiburan, Pengguna Asas dan Suka Mencuba
  • Hampir 25% daripada pengguna telefon pintar yang memuat turun 18.5 aplikasi mudah alih & permainan setiap bulan dikategorikan sebagai Peminat Aplikasi
  • Hampir 20% daripada pengguna telefon pintar yang meluangkan lebih 2 jam sehari menggunakan aplikasi bualan dan rangkaian sosial diklasifikasikan sebagai Bintang Sosial
  • 15% daripada pengguna telefon pintar yang meluangkan hampir sejam setiap hari bermain permainan, mendengar muzik atau menonton video pada telefon pintar mereka dibahagikan sebagai Peminat Hiburan

Pranab Punj, Naib Presiden Bersekutu, Pemasaran Global, Vserv, berkata, "Hari ini, amat penting bagi pemasar untuk maju melangkaui data demografi dan menerima penyasaran berasaskan data pintar agar kekal di hadapan. Pemasar perlu merangka strategi mereka bagi menumpukan kepada persona pengguna dan keinginan mereka. Laporan ini adalah berasaskan kajian yang dijalankan oleh Nielsen Informate Mobile Insights, memberikan pandangan penting terhadap pengguna telefon pintar India. Ini akan membantu pemasar untuk menyasarkan khalayak yang tepat dan merangka strategi pemasaran lebih mantap yang mendatangkan hasil lebih baik."

SUPR adalah berdasarkan pengumpulan data penggunaan berautomasi daripada lebih 12,000 pengguna telefon pintar di India, sepanjang tempoh tiga bulan. Kajian itu telah dijalankan menggunakan teknologi pemeteran telefon pintar inovatif yang dipasang oleh ahli-ahli panel sukarela pada telefon pintar mereka. Daripada analisis kelompok dua langkah, dengan 22 parameter penggunaan telefon pintar sebenar sebagai pembolehubah input, enam persona pengguna telefon pintar telah dikenalpasti. Laporan lengkap dapat dilihat di sini.

Latar Belakang Vserv:  

Vserv merupakan platform data pintar utama bagi pemasaran dan perdagangan mudah alih. Platform ini mempunyai kumpulan pengguna internet mudah alih di India & Asia Tenggara dengan pandangan unik serta beraneka tentang pengguna-pengguna ini. Platform berevolusi Vserv mengubah data besar kepada data pintar, memperkasakan syarikat untuk mencapai hasil yang lebih baik. Diasaskan pada tahun 2010, Vserv mempunyai lebih 500 Juta profil pengguna unik di peringkat global, dan disokong oleh Maverick Capital, IDG Ventures India & Epiphany Ventures.

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci, lawati http://www.vserv.com.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi:
Rachita Vaid
rachita.v@vserv.com

Sumber: Vserv

Source: Vserv
Related Links:
Keywords: Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research