omniture

Atlet Kazakhstan Berikrar Berikan Pengalaman Atlet Terbaik di Almaty pada 2022

Almaty 2022 Candidate city
2015-07-30 17:53 312

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Pada satu sidang akhbar hari ini, atlet sukan musim sejuk premier Kazakhstan mengukuhkan komitmen Almaty 2022 untuk memberikan pengalaman atlet terbaik bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7587251-kazakh-athletes-vow-best-in-almaty-2022/

Pemenang pingat gangsa luncur ais berbunga Sochi 2014, En. Denis Ten, Penari Ais Pasukan Kebangsaan Kazakhstan, Atlet Olimpik Belia Innsbruck 2012 Cik Karina Uzurova dan peserta Sukan Paralimpik Sochi 2014 Cik Zhanyl Baltabayeva menyertai Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Republik Kazakhstan, En. Kairat Boranbayev dan Naib Pengerusi Almaty 2022, En. Andrey Kryukov untuk membincangkan sejauh mana Konsep Sukan Almaty yang padat akan memberi manfaat besar kepada para atlet.

Semasa acara tersebut, para atlet mengetengahkan sejauh mana iklim musim sejuk Almaty yang ideal dan Konsep Sukan yang cekap serta mudah digunakan akan menyediakan persekitaran pertandingan yang sempurna untuk kedua-dua Sukan.

Konsep Sukan Almaty merupakan antara yang paling padat sejak lebih 30 tahun dengan semua lokasi terletak dalam jarak 30km dari Perkampungan Olimpik. Selain itu, 70% daripada gelanggang yang diperlukan telah disediakan serta digunakan sepenuhnya, dan menjelang tahun 2017, 80% akan siap dibina sempena penganjuran Universiad Musim Sejuk.

Pemenang pingat Gangsa Sochi 2014 En. Denis Ten: "Sebagai seorang atlet, saya dapat memaklumkan kepada anda bahawa kedudukan berdekatan bagi semua gelanggang ke Perkampungan itu merupakan manfaat yang hebat untuk para atlet Olimpik. Masa perjalanan yang pendek memudahkan kehidupan atlet dan membolehkan mereka bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi pertandingan terbesar dalam hidup mereka. Gelanggang gunung dan bandar Almaty yang menakjubkan telah dicuba dan diuji serta akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada para atlet Olimpik dan juga Paralimpik, para penonton dan setiap individu yang menonton di seluruh dunia."

Para atlet turut berkongsi kisah peribadi mereka dan menjelaskan mengapa Almaty 2022 begitu penting kepada mereka serta kepada ribuan atlet muda Kazakhstan yang begitu ingin menganjurkan Sukan tersebut di negara mereka.

Cik Zhanyl Baltabayeva: "Sukan musim sejuk merupakan keghairahan kami di Almaty dan gelanggang kami yang menakjubkan serta mudah diakses akan menjadi manfaat besar bagi semua atlet. Almaty memiliki pengalaman penting dalam menganjurkan acara-acara untuk atlet-atlet kurang upaya dan iklim musim sejuk kami yang sempurna akan menyediakan keadaan pertandingan yang terbaik semasa berlangsungnya kedua-dua Sukan."

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150729/248880 )

Ikuti @RealAlmaty2022 melalui  

https://www.facebook.com/RealAlmaty2022

https://mobile.twitter.com/realalmaty2022

Sumber: Almaty 2022 Candidate city

Source: Almaty 2022 Candidate city
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel