omniture

Mammut #PROJECT360 - Kini Menampilkan Lima Pendakian Hebat

Mammut Sports Group AG
2015-07-30 22:25 298

SEON, Switzerland, 30 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Mammut membuka jendela baharu kepada gunung-ganang dunia. #project360 membuka dimensi ketiga kartografi alpine digital dan membolehkan pengguna mengalami legenda gunung-ganang paling terkenal secara lebih dekat di skrin. Penonton dapat menggunakan komputer atau telefon pintar untuk mengikut pendaki alpine di gunung-ganang dunia, memilih sudut paparan mereka secara bebas. Menjelang akhir tahun, sekitar 30 jelajah dapat disaksikan.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150729/248805 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150729/248806 )

Dengan #project360, Mammut, pakar sukan gunung Swiss, membukakan pemandangan gunung-ganang dunia ini secara maya dan visual - dari perspektif pendaki dan secara terus dari muka gunung. Beg sandang yang dibangunkan khas dengan enam kamera bagi mendapatkan pemandangan sekeliling yang lengkap membekalkan gambar-gambar untuk projek ini. Sejak awal tahun 2014, pendaki profesional dan kakitangan Mammut telah membawa beg sandang berkamera ini ke lebih 30 gunung di seluruh dunia. Antaranya, lima jelajah akan disediakan secara dalam talian mulai 29 Julai 2015: Eiger North Face (CH), Matterhorn Hörnli Ridge (CH), El Capitan (AS), Mount Elbrus (RUS) dan air terjun beku Rübezahl (CH). Imej dan filem 360° yang dirakamkan dapat dilihat di http://www.mammut.ch/project360 dan sebagai aplikasi mudah alih untuk Android serta iOS

Hasil rakaman ini, sesiapa sahaja dapat mengalami laluan penuh legenda ini secara dalam talian, langkah demi langkah; ia menyampaikan secara nyata ketakjuban gunung-ganang yang terkenal dan mengagumkan ini. Dengan hanya beberapa klik, pengguna dapat bergerak merentasi muka gunung, melihat ke dalam jurang yang dalam atau tinggi di bahagian puncak serta mengikuti laluan tersebut secara lebih jelas. Penonton sendiri dapat menentukan arah paparan. Semua pandangan 360° dapat dikawal pada telefon pintar dan tablet dengan hanya menggerakkan peranti.

Mammut Sports Group AG
Harald Schreiber
Tel. +41-(0)62-769-81-25
harald.schreiber@mammut.ch

Source: Mammut Sports Group AG
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports New products/services