omniture

Tanda Cinta - THOMAS SABO Perkenal Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2015-07-31 09:00 374

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 31 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Kata-kata romantik, moto hidup atau tarikh istimewa diabadikan dalam ukiran individu: saat istimewa serta mesej penuh perasaan dirangkum dalam batang filigri serta loket berbentuk bulat dalam rangkaian Love Bridge THOMAS SABO yang baharu. Sama ada gaya melawan kebiasaan mahupun gadis penuh glamor - pastinya terdapat sesuatu yang sesuai untuk setiap gaya dalam rangkaian yang luas itu.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150729/249442 )

Antara yang menonjol dalam rangkaian Glam & Soul itu adalah untuk menyerlahkan tarikan dan keanggunan: Fatima's Garden menarik perhatian dengan rekaan pepotong yang diilhamkan daripada taman-taman India, sementara barang kemas mutiara klasik telah ditafsirkan semula dengan kemasan berbunga dalam siri Pearls. Antara barangan wajib ada bagi musim ini adalah jaket telinga dan cincin midi: sama ada zirkonia bergemerlapan mahupun tengkorak, gaya urban akan mendapat kejutan hebat dengan rekaan ini. Karma Beads telah bertambah sehingga menjadi sejumlah lebih 160 dengan motif infiniti dan motif haiwan - titik permulaan untuk ciptaan barang kemas tanpa had! Jam tangan wanita berbentuk segi empat tepat juga menyerlah dengan unsur kewanitaan - bahagian muka jam dengan kudup bunga teratai menyerlahkan daya tarikan yang begitu halus.

Bagi golongan lelaki pula, kulit terjalin serta gelang keluli tahan karat siri Unity dengan kancing ekspresif dalam rekaan Rebel at heart THOMAS SABO merupakan interpretasi semula trend barang kemas gaya pasangan: memberi penekanan pada bahagian pergelangan tangan lelaki serta wanita. Jam tangan lelaki dalam warna kelabu atau perang penuh gaya dengan kemasan emas merah jambu melengkapkan penampilan dengan sempurna; tali kulit pada bahagian pergelangan dalam gaya lumba dan rupa reptilia kelihatan sempurna untuk penampilan maskulin.

Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barang kemas, jam tangan, dan kecantikan yang terkemuka di dunia yang menghasilkan, menjual,serta mengedarkan produk-produk gaya hidup untuk golongan wanita dan lelaki. Syarikat itu mengendalikan hampir 280 buah kedainya sendiri merentasi lima buah benua dan bekerjasama di peringkat global bersama kira-kira 2,600 rakan dagangan. 

Wakil akhbar: Felizia Kindermann (+49912397150)
press@thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO GmbH & Co.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry New products/services