XUZHOU, China, 1 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- XCMG, syarikat kelengkapan pembinaan kelima terbesar di dunia, melancarkan pemuat pintar tiga tannya dari pangkalan pengeluaran digitalnya, membolehkan XCMG membekalkan kelengkapan tercanggih kepada dunia.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150730/250551
Pemuat pintar tanpa pemandu itu, daripada XCMG, merealisasikan pendigitalan komprehensif operasi jarak jauh dan berfungsi dengan baik dalam keadaan yang melampai, terutamanya apabila menjalankan pembersihan sanga di sekitar relau bagas hipertermia, meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kepada kakitangan.
Pendigitalan XCMG berlangsung sejak tahun 2008. "Pertimbangan di sebalik strategi ini adalah untuk menambah baik kecekapan pengeluaran, memastikan kualiti tinggi dan menyediakan suasana bekerja yang mesra untuk kakitangan kami," kata Wang Min, presiden XCMG.
"XCMG memahami produk-produk hebat hanya dapat dihasilkan dengan kelengkapan pengeluaran yang canggih, dan dengan pelaburan sebanyak 2 bilion RMB kami telah menubuhkan pangkalan pengeluaran pemuat pintar terbesar dunia," jelas Wang Min, "ia memiliki kepentingan strategik jangka panjang dan kepentingan praktikal kepada pelan tindakan XCMG dalam menghasilkan produk-produk berkualiti lebih tinggi serta menawarkan khidmat yang lebih baik."
Kini, pengilangan pintar telah menjadi langkah penting dalam pengeluaran tersuai. Pendigitalan memacu pengkalan yang mana semua kelengkapan kawalan berangka saling terhubung dan kawalan berautomasi penuh dapat dicapai melalui imbasan, penyerahan dan pengangkutan. Ketika bahan-bahan dibawa dengan Kenderaan Berpandu Automatik, melalui rantai penyampai atau udara, ia tidak menyentuh tanah sepanjang proses tersebut, dengan itu tidak mengalami sebarang calar, dan ini dapat mengekalkan kualiti yang tinggi.
Robot menyediakan tenaga buruh utama dalam pangkalan pengilangan seluas 220,000m2 itu. Kimpalan, saduran dan pemotongan plat keluli disempurnakan oleh robot, meningkatkan kecekapan kerja sebanyak 40-50%, mengelakkan pendedahan pekerja kepada bahan toksik serta menjimatkan tenaga.
Selain pemuat, XCMG telah dapat menghasilkan produk-produk lain termasuk penggali, kren dan jentera konkrit menggunakan sistem pengilangan pintar.
Daripada pusat pengedaran, kilang-kilang, kepada sistem pelaksanaan pengilangan, XCMG menghubungkan keseluruhan rantaian bekalan. Pemeriksaan kualiti dan proses menyediakan data asas untuk khidmat produk selepas jualan. Sementara itu, Pengurusan Perhubungan Pelanggan dihubungkan dengan sistem selepas jualan, mewujudkan rantaian tertutup bersepadu.
XCMG kini mempromosikan kolaborasi rantaian bekalan di seluruh dunia. Sebanyak 1,800 buah syarikat dalam rantaian bekalan XCMG menyelaras rancangan pengeluaran, invois dan pesanan pengeluaran. Usaha-usaha ini menyediakan khidmat yang lebih pantas dan lebih baik untuk para pelanggan di peringkat global.
Tidak lama lagi, kilang-kilang digital XCMG akan dinaik taraf sebagai kilang-kilang pintar yang melaluinya, pengilangan masa nyata membolehkan produk-produk dikeluarkan daripada barisan pemasangan dengan lebih pantas, seterusnya meningkatkan kecekapan serta kualiti produk.
Maklumat lanjut, sila lawati www.xcmg.com, atau Facebook, Twitter dan Youtube.