GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dengan rangsangan inovasi terkini, industri akuarium sedang mengalami tempoh kemajuan pesat di China untuk pasaran eksport dan domestik, lalu mendesak keperluan untuk platform perdagangan yang moden dan andal yang mengambil pandangan para profesional serta memahami dinamik industri kita yang berubah-ubah.
Pesta Akua Asia (AFA) dicipta oleh para profesional industri dan diadakan di Guangzhou, di pusat industri akuarium global. Ia memenuhi keperluan ini dan membawa perniagaan ke peringkat seterusnya. Direka untuk menjadi bukan sekadar pameran biasa, tetapi juga sebuah ekosistem pendorong perniagaan yang menyeluruh, Pesta Akua Asia menggabungkan persidangan peringkat tinggi, perbincangan niaga, pemadanan perdagangan, lawatan ke kilang-kilang, dan program-program pendidikan.
Peneraju industri akuarium, termasuk HAILEA, Minjiang Aquarium, BOYU, RESUN, SUNSUN, Chuangxing Electric, JEBO, Lenyo Aquatics, telah menyatakan sokongan yang padu. Banyak lagi yang akan mengadakan pameran di AFA, setelah beberapa tahun tidak terlibat dalam mana-mana pameran di China. Presiden Persatuan Industri Akuarium Guangdong, Yang Qinquan, baru-baru ini menyatakan: "Platform perdagangan akuarium sedia ada bergantung kepada model lama yang gagal memodenkan dan tidak sesuai lagi dengan industri kita. Ayuh kita rebut peluang melalui acara perdagangan moden ini untuk menghidupkan semula industri akuarium, menggalakkan usaha yang lebih baik, dan membangunkan industri akuarium global yang mampan dan mantap."
Pesta Akua Asia memungkinkan perniagaan. Pendekatan modennya terhadap perdagangan memberi nafas baharu kepada industri akuarium dan membawa tiga unsur penting kepada persamaan yang dijangkakan oleh para profesional daripada pesta perdagangan: pengunjung yang tepat, kandungan yang berfikir ke hadapan, dan paras perkhidmatan yang tinggi. Buat para pembeli dari luar negara, ini merupakan peluang untuk melihat wajah baharu industri akuarium China, mengenal pasti pembekal masa depan mereka dengan lebih baik, dan membangunkan perniagaan mereka dengan penyelesaian yang inovatif serta mampu milik. Pembeli-pembeli utama digalakkan untuk menghubungi pihak penganjur bagi mengetahui lebih lanjut tentang program itu (pembeli ditaja, lawatan ke kilang, dsb.)
Diacarakan bersama VNU Exhibitions Asia dan Persatuan Industri Akuarium Guangdong, Pesta Akua Asia akan berlangsung pada 8-11 Oktober 2015 di Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poli Guangzhou (PTWC -- Bersebelahan Kompleks Pazhou Pameran Canton). Pameran itu dijangka akan menarik 300 pempamer dan lebih 12000 pengunjung profesional akuarium dari dalam dan luar China.
Tempah tapak pameran / Lawati pesta:
www.aquafairasia.com/en
PESTA AKUA ASIA 2015
Hari Dagangan: 8-10 Oktober
Lawatan Kilang: 11-12 Oktober
Hubungi:
En. Yannick Verry
yannick.verry@vnuexhibitions.com.cn
+86-21-6195-6088 samb. 632