TOKYO, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ --
Filem baharu untuk kempen Kehebatan Gerakan (Amazing in Motion) terkini menunjukkan ujian terakhir di Barcelona
Berikutan pengumuman Papan Luncur Apung Lexus pada bulan Jun, syarikat automotif mewah itu sedang menyiapkan pendedahan terakhir dan lengkap bagi projek itu, memuktamadkan kejayaan fasa ujian yang dilakukan di Cubelles, Barcelona.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7585051-lexus-hoverboard-ride-revealed/
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150623/225086LOGO )
https://www.youtube.com/watch?v=ZwSwZ2Y0Ops
https://www.youtube.com/watch?v=q_BYvUlDviM
Mark Templin, Naib Presiden Eksekutif Lexus International berkata: "Ketika memulakan projek ini, kami ingin melangkaui sempadan teknologi, rekaan dan inovasi untuk memungkinkan yang mustahil. Dengan projek yang kami gelarkan sebagai 'SLIDE' ini, kami berkolaborasi dengan rakan-rakan kerjasama yang berkongsi keghairahan kami untuk mencipta keseronokan daripada pergerakan. Walaupun dengan menggabungkan teknologi dan kepakaran kami, kami mendapati pembuatan papan luncur apung bukanlah suatu proses mudah. Kami mengalami prestasi turun naik dan telah mengatasi beberapa cabaran, namun begitu, melalui keazaman bersama, kami berjaya memperlihatkan falsafah kami dalam rekaan dan teknologi untuk mencipta Kehebatan Gerakan."
Projek Papan Luncur Apung Lexus bermula sejak 18 bulan lalu melalui kolaborasi dengan sepasukan saintis daripada IFW Dresden dan evico GmbH, yang mengkhusus dalam teknologi pengapungan magnetik. Selepas menjalankan ujian terperinci dengan pemain papan selaju profesional dan pemandu uji papan luncur apung, Ross McGouran di Dresden, Jerman, pasukan itu bertekad untuk mengorak papan luncur apung itu selangkah ke hadapan dan melakukan ujian-ujian lanjut dalam persekitaran dinamik.
"Saya sudah menghabiskan selama 20 tahun bermain papan selaju, namun apabila tiada geseran, saya merasakan seperti saya perlu belajar suatu kemahiran baharu, terutamanya cara berdiri dan keseimbangan agar dapat menaiki papan luncur apung itu. Ia merupakan satu pengalaman yang benar-benar baharu," kata pemain papan selaju profesional dan pemandu uji papan luncur apung, Ross McGouran.
Sejak Papan Luncur Apung Lexus diperkenalkan pada bulan Jun, ujiannya telah dijalankan di taman apung yang dibina khas, menggabungkan unsur daripada budaya papan selaju dengan teknologi dalam reka bentuknya. Litar magnetik sepanjang 200 meter telah dibawa ke Barcelona dari kemudahan Dresden untuk dipasangkan di bawah permukaan taman apung itu agar dapat mencipta ujian dinamik tersebut, menawarkan Lexus peluang untuk menunjukkan gerakan yang tidak mungkin boleh dibuat dengan papan selaju, seperti melayang di atas air. Lexus telah menangkap rakaman tunggangan terakhir itu dan menyiarkannya sebagai filem yang diarahkan oleh pengarah yang memenangi anugerah, Henry-Alex Rubin.
Teknologi Papan Luncur Apung Lexus mempunyai dua "kriostat" – tempat simpanan yang mengandungi bahan superkonduktor yang disimpan pada suhu -197 darjah melalui rendaman dalam nitrogen cecair. Papan itu kemudiannya diletakkan atas litar yang mengandungi magnet kekal. Dr. Oliver de Haas, Ketua Pegawai Eksekutif evico berkata: "Medan magnet daripada litar itu boleh dikatakan 'dibekukan' ke dalam superkonduktor dalam papan itu, mengekalkan jarak antara papan dengan litar – lalu memastikan papan itu terapung. Daya ini cukup kuat untuk membenarkan penunggang berdiri, malah melompat ke atas papan itu."
Filem Papan Luncur Apung Lexus bertajuk "SLIDE" itu menampilkan GS F berprestasi tinggi dan merupakan sebahagian daripada projek keempat dalam siri kempen "Kehebatan Gerakan" ("Amazing In Motion") Lexus yang memaparkan kreativiti serta inovasi daripada jenama Lexus.
Sumber: Lexus International