omniture

Oasmia Pharmaceutical Umumkan Hasil Positif Tahap Tinggi bagi Paclical® Daripada Kajian Perbandingan Terus dengan Abraxane®

Oasmia Pharmaceutical AB
2015-08-05 09:00 294

NEW YORK, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dapatan kajian awal menunjukkan Paclical® yang larut air dan bebas pelarut, serta Abraxane® yang diluluskan oleh pasaran AS mempunyai lengkung konsentrasi hampir serupa bagi paclitaxel keseluruhan dan tidak terikat berikutan infusi intravena 260mg/m2 yang menunjukkan keberkesanan yang sama bagi kedua-dua ubat tersebut.

Oasmia Pharmaceutical AB, pembangun ubat-ubatan generasi baharu bagi onkologi manusia dan veterinar, hari ini mengumumkan dapatan tahap tinggi daripada kajian perbandingan terus ke atas calon produk barah manusia utamanya Paclical® dan Abraxane® daripada Celgene, yang menunjukkan profil farmakokinetik (PK) serupa bagi kedua-dua produk itu. Kajian itu telah dijalankan dalam kalangan wanita yang menghidap barah payudara metastatik.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150420/740096)

"Kami yakin teknologi kami adalah lebih hebat berbanding Abraxane® kerana ia meningkatkan kebolehlarutan paclitaxel dalam air," ulas Margareta Eriksson, Naib Presiden Pembangunan Klinikal di Oasmia Pharmaceutical. "Kelebihan menggunakan rawatan kami berbanding yang disediakan pada masa kini di pasaran adalah mudah: Paclical® membenarkan dos yang lebih tinggi, memendekkan masa infusi, menghapuskan keperluan prarawatan dan meningkatkan profil keselamatan untuk para pesakit."

Latar Belakang Kajian Perbandingan Terus Paclical® dan Abraxane®

Kajian silang, 2 kitaran selama 3 minggu antara rawatan telah dijalankan untuk membandingkan farmakokinetik Paclical® dan Abraxane® untuk 28 orang pesakit.

Perbezaan Antara Paclical® dan Abraxane® 

Paclical® merupakan formulasi larut air daripada teknologi XR-17 tidak toksik berpaten dan paclitaxel Oasmia, salah satu bahan antibarah yang digunakan paling meluas termasuk dalam rawatan standard pelbagai barah seperti barah peparu, barah payudara dan barah ovari. Paclical® mengandungi serbuk dikering beku yang dilarutkan dalam larutan konvensional untuk infusi dan mempunyai designasi ubatan yatim di EU dan A.S. Oasmia telah menyempurnakan kajian Fasa-III dengan Paclical® untuk barah ovari, yang melibatkan 790 orang pesakit. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pemasaran di Eropah akan berlaku pada akhir musim luruh ini dan permohonan A.S. dirancang untuk tahun hadapan, bergantung kepada ketersediaan data kelangsungan hidup keseluruhan. Produk ini diluluskan untuk rawatan barah ovari di Persekutuan Rusia pada April 2015.  

Abraxane® telah dibangunkan sebagai produk bebas Cremophor mengandungi paclitaxel yang terkandung dalam albumin manusia. Seperti Abraxane®, Paclical® adalah bebas Cremophor EL, namun tidak seperti Abraxane®, Paclical® tidak mengandungi albumin manusia. 

Siaran media boleh didapati selengkapnya melalui http://www.oasmia.com

SUMBER  Oasmia Pharmaceutical AB

Source: Oasmia Pharmaceutical AB
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries