omniture

Schindler Terpilih Sebagai Rakan Kongsi Mobiliti untuk KL Eco City - Projek Pembangunan Kegunaan Bercampur Ikonik di Pusat Bandar Kuala Lumpur

Jardine Schindler Group
2015-08-05 11:11 211

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Satu usaha sama antara S P Setia Berhad Group dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Eco City merupakan projek pembangunan kegunaan bercampur yang sangat luas yang terletak di Bangsar, betul-betul di seberang Mid Valley City.

Projek itu terletak di atas sebidang tanah bernilai tinggi seluas 25 ekar dengan jumlah nilai pembangunan sebanyak RM 6 bilion. Direka oleh arkitek terkemuka Jerde Partnership International, GDP Architect, GRA Architect dan BEP Akitek, KL Eco City menyasarkan untuk menjadi projek pembangunan hijau bersepadu pertama negara itu yang mendapat pensijilan Emas di bawah Indeks Bangunan Hijau Malaysia, serta pensijilan Amerika Syarikat LEED (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar).

Schindler diberikan kontrak mobiliti bagi memasang 128 lif dan 50 tangga bergerak, termasuk 63 lif Schindler 5500 dan 65 lif Schindler 7000, untu 3 menara pejabat korporat, 1 menara pangsapuri khidmat hotel, 3 blok pejabat butik, 1 strata menara pejabat dan satu podium jual beli mewah. Projek ini akan dibina mengikut fasa dan dijadualkan siap menjelang tahun 2020.

Penambahan terkini kepada inovasi produk syarikat itu, Schindler 5500 menggabungkan kejuruteraan termaju, kecekapan tenaga, dan prestasi tinggi bagi menetapkan piawaian industri baharu, termasuk satu versi mesin tanpa ruang yang boleh merentasi sehingga 50 tingkat dalam masa 50 saat.

Schindler 7000 merupakan lif terbaik Schindler untuk bangunan-bangunan tinggi. Berjaya digunakan dalam pelbagai pemasangan utama di serata dunia, Schindler 7000 menggunakan teknologi pintar yang menjimatkan tenaga. Lif ini dapat membawa penumpang ke destinasi mereka secara pantas dan lancar pada kelajuan sehingga 7 batu per saat.

Teknologi PORT Schindler yang memenangi anugerah, generasi ketiga dan terbaharu bagi siri sistem kawalan destinasi syarikat itu, dapat memberi kuasa kepada lif dalam 4 menara pejabat. Teknologi PORT bukan sahaja memberikan kecekapan pengendalian yang lebih tinggi dengan mengoptimumkan aliran penumpang, tetapi juga menyediakan tahap kemudahan yang tidak pernah dialami sebelum ini dengan pelbagai ciri penyuaian khusus serta keselamatan yang semakin mendapat permintaan untuk menara-menara kediaman serta bangunan-bangunan pejabat mewah. Jaminan prestasi PORT bernilai tinggi itu akan menjadi penting untuk KL Eco City, yang mana, dengan bangunan seluas kira-kira 7.5 juta kaki persegi, dijangka dapat menampung kira-kira 30,000 penghuni.

Teknologi PORT, fokus Schindler terhadap kemampanan, serta pengalaman luas syarikat itu dalam menjadi rakan kongsi pilihan untuk projek-projek pembangunan kelas pertama besar-besaran, dilihat sebagai faktor utama di sebalik pemberian kontrak itu.

"KL Eco City merupakan projek pembangunan bercita-cita tinggi dan mendahului ikutan, dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya. Kami berterima kasih dengan keputusan pemaju itu dan pengiktirafan mereka terhadap kemampuan serta pengalaman kami dalam menyediakan mobiliti kepada projek besar ini. Kami yakin set penyelesaian yang kami usulkan, terutamanya PORT, akan memenuhi sepenuhnya jangkaan pihak pemaju dan memberikan tahap prestasi dan kemudahan tertinggi kepada penghuni kompleks ini", kata Wei Jye Lee, Pengarah Urusan, Antah Schindler Sdn Bhd.

Latar Belakang Antah Schindler Sdn Bhd

Antah Schindler Sdn Bhd merupakan usaha sama antara Jardine Schindler Group dan Syarikat Persaka Antah Sdn Bhd, menyediakan khidmat pemasangan dan penyelenggaraan lif serta tangga bergerak di serata negara. Schindler Malaysia telah mengusahakan pelbagai projek mercu tanda, termasuk Intermark - Integra Tower, Pavilion KL, KLCC Lot C, KL Sentral, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Pavilion Residences, The Gardens Hotels & Residences serta G-Tower.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Construction/Building Machinery Contracts