omniture

Heliatek Jerman Diiktiraf Sebagai Perintis Teknologi oleh Forum Ekonomi Dunia

Heliatek
2015-08-05 15:30 316

GENEVA, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Heliatek, syarikat Jerman yang berpangkalan di Dresden yang menghasilkan filem suria Fotovoltan ultra ringan, fleksibel dengan hanya setebal kurang daripada 1 mm, hari ini telah dianugerahkan gelaran sebagai salah satu daripada "perintis teknologi" Forum Ekonomi Dunia, kumpulan syarikat paling inovatif di dunia. Heliatek merupakan syarikat keluaran Universiti Teknikal Dresden dan Universiti Ulm. Syarikat itu merupakan peneraju dalam bidang Tenaga Elektronik Organik, yang memegang rekod dunia kecekapan sebanyak 12%. Ia memulakan pengkomersilan filem surianya pada Julai 2014.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150804/254469 )

Heliatek telah dipilih oleh juri profesional daripada ratusan calon sebagai salah satu daripada 49 syarikat terpilih dan merupakan satu-satunya syarikat Jerman yang terpilih. Berikutan daripada pemilihan ini, kini ia mendapat akses kepada rangkaian perniagaan dan politik yang paling berpengaruh di dunia dan menjadi dambaan ramai, serta akan dijemput menghadiri "Summer Davos" Forum Ekonomi Dunia di Dalian, China, pada September ini, atau Mesyuarat Tahunan di Davos pada Januari kelak.

Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek, berkata, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi. Kami telah membangunkan teknologi dan proses pengeluaran yang menggemparkan yang dapat memberi kesan signifikan terhadap cara tenaga dihasilkan. Dengan menyepadukan filem suria kami kepada muka hadapan bangunan, kami menukarkannya menjadi stesen kuasa setempat."

"Kami gembira dapat menyaksikan sebuah syarikat dari Jerman berjaya dipilih," kata Fulvia Montresor, Ketua Perintis Teknologi Forum Ekonomi Dunia. "Heliatek merupakan sebahagian daripada kumpulan usahawan, yang lebih prihatin terhadap cabaran-cabaran penting dunia di sekeliling mereka, dan yang bertekad untuk memainkan peranan mereka bagi menangani semua cabaran ini menerusi syarikat mereka."

Perintis Teknologi dipilih daripada ratusan pemohon oleh jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada 68 ilmuwan, usahawan, pemodal teroka dan eksekutif korporat. Antara ahli terkemuka jawatankuasa itu termasuk Arianna Huffington (pengasas, Huffington Post) dan Henry Blodget (ketua editor, Business Insider). Jawatankuasa itu membuat keputusan berdasarkan kriteria yang merangkumi inovasi, impak yang bakal terhasil, prototaip berfungsi, daya maju dan kepimpinan.

Penerima terdahulu terdiri daripada Google (2001), Wikimedia (2007), Mozilla (2007), Kickstarter (2011) dan Dropbox (2011). Maklumat lanjut tentang pemenang terdahulu boleh didapati di sini.

HeliaFilm merupakan tanda niaga berdaftar Heliatek GmbH

Kathleen Walter: Heliatek GmbH

Tel: +49-351213034421
kathleen.walter@heliatek.com
http://www.heliatek.com

Peter Vanham: Technology Pioneers
Tel +41-796209129
peter.vanham@weforum.org 
http://www.weforum.org

Source: Heliatek
Keywords: Banking/Financial Service Awards