omniture

Setia Haruman Perkenal Rumah Konsep Terkini Untuk Cyberjaya

Setia Haruman Sdn Bhd
2015-08-05 18:37 588

CYBERJAYA, Malaysia, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Setia Haruman Sdn Bhd, Pemaju Induk Cyberjaya, melancarkan Galeri Jualan Ceria Residences dan 2 Unit Pameran pada 1 Ogos 2015, yang menampilkan konsep kediaman baru untuk Cyberjaya, bagi memenuhi dan menampung keperluan keluarga besar.  

En. YK Liew, Ketua Jualan dan Pemasaran, Bahagian Pembangunan Hartanah Setia Haruman Sdn Bhd memberi penerangan kepada YBrs. En. Muhammad Hafiz bin Shaari, Timbalan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang, Tn Hj Ahmad Khalif bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Eksekutif Setia Haruman serta Datuk P.Kasi Pengarah Setia Haruman berkenaan pembangunan Ceria Condominiums.

Diadakan dalam suasana persis karnival, pelancaran itu menyaksikan lebih 1,000 orang memenuhi galeri dengan lebih RM20 juta hasil jualan yang memberangsangkan. Setia Haruman menjangkakan lebih banyak jualan dalam beberapa minggu akan datang. Walaupun pasaran hartanah kini agak perlahan, penawaran jualan unik Ceria Residences pastinya menggamit pembeli dengan rekabentuk dalaman yang praktikal dan susun atur  yang sesuai untuk setiap unit pameran menepati kehendak pembeli dalam membuat keputusan.

Kondominium dan kediaman teres 2 tingkat Ceria Residences telah dibina untuk turut memenuhi kehendak penaik taraf rumah yang inginkan unit luas pada harga kompetitif, dalam komuniti berpagar dan berpengawal, milik bebas serta berkepadatan rendah. Kawasan yang strategik dalam hab pendidikan dan riadah, penghuni Ceria akan turut menikmati khidmat jalur lebar Internet berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps.

Sementara kondominium menawarkan rekabentuk 'berkembar' dan 'banglo' tersendiri yang disediakan dengan sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik, unit-unit  rumah teres menawarkan pembeli dengan kediaman kontemporari melalui rekabentuk yang luas serta praktikal. Satu lagi ciri tambahan penting Ceria Condominiums ialah konsep dua kunci. Unit-unit ini didatangkan dengan pangsapuri studio tambahan yang bersambung dengan ruang rehat dan dapurnya sendiri; sesuai untuk keluarga yang tinggal bersama ibu bapa atau sebagai unit sewaan tambahan. Idea berevolusi ini memberi pilihan kepada para pembeli dimana ianya tidak disediakan oleh kondominium lain.

Penghuni Ceria Residences akan dapat menikmati sebuah rumah kelab yang dibina dengan pelbagai kemudahan yang menggalakkan gaya hidup sihat seperti pusat rekreasi luar yang dilengkapi gimnasium akua, kolam renang, kolam rendam, kolam buih, gimnasium, selain gelanggang badminton dan juga gelanggang bola keranjang dalam bangunan.

Dengan harga antara RM500kRM700k dalam pembangunan berkepadatan rendah, berpagar dan berpengawal, Ceria Residences pastinya menjadi tarikan utama Cyberjaya, sama ada untuk pembeli rumah kali pertama, keluarga yang membesar mahupun para pelabur.

Cyberjaya memiliki populasi sekitar 90,000 orang dengan ekosistem lengkap untuk penghuninya Bekerja, Tinggal, Belajar dan Bermain. Cyberjaya muncul bukan sahaja sebagai Bandar Pintar tetapi juga 'Bandar Kediaman', kerana ia mempunyai 5 Universiti dan Kolej, lebih 250 restoran & bistro, 2 pusat beli-belah komuniti, dan pembangunan komersial lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

En. Ezwan Zainal
Pengurus, Jualan & Pemasaran
Setia Haruman Sdn Bhd
+60-12-3030-187/+60-3-8312-8180

Source: Setia Haruman Sdn Bhd
Keywords: Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services