MOSCOW, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Messe Frankfurt sedang memperluaskan kehadirannya di Rusia dengan pengambilalihan kepentingan sebanyak 50 peratus dalam Comtrans dan Autotrans oleh anak syarikatnya di Rusia, Messe Frankfurt RUS. 50 peratus selebihnya akan diambil alih oleh ITE Expo OOO, anak syarikat ITE Group di Rusia. Syarikat yang menganjurkan Usaha Sama baharu itu ialah ITEMF Expo AO.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7577851-messe-frankfurt-comtrans-2015/
Comtrans - yang telah memiliki status Pameran Kenderaan Automotif Komersial Antarabangsa (International Commercial Vehicle Auto Show) sejak tahun 2011 - akan menampilkan model terkini trak, bas dan treler bermotor moden serta alat gantinya mulai 8-12 September di Crocus Expo, Moscow.
Ketua Pegawai Eksekutif ITE, Russell Taylor: "Comtrans dan Autotrans merupakan acara paling penting dalam sektor kenderaan komersial Rusia. Kemampuan jualan dan pemasaran antarabangsa ITE dan Messe Frankfurt akan memberikan mereka dorongan selanjutnya. Pada masa yang sama, kami berbesar hati dapat mengukuhkan kerjasama kami dengan Messe Frankfurt, yang telah bekerjasama dengan jayanya bersama kami selama beberapa tahun dalam MIMS Automechanika Moscow."
Hubungi: Sarah Gutermann, +49-7575-3560
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150805/255732
SUMBER Messe Frankfurt Exhibition GmbH