omniture

Evolusi Memuncak di Gunung Tropika

Naturalis
2015-08-10 08:09 190

LEIDEN, Belanda, 10 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

DALAM EMBARGO SEHINGGA 12 OGOS 19.00 CET

Gunung Kinabalu, Sabah, Borneo Malaysia

Gunung tropika mempunyai biodiversiti yang luar biasa tingginya. Ini termasuk Gunung Kinabalu di Sabah, Borneo Malaysia. Dalam suatu ekspedisi yang dianjurkan oleh Naturalis Biodiversity Center dan Sabah Parks, pakar-pakar telah mengkaji fauna, flora dan fungi tempatan. Mereka mendapati kebanyakan spesies unik yang muncul di kawasan itu telah berevolusi lebih lewat daripada usia gunung itu sendiri, dan sesetengahnya telah berevolusi daripada spesies-spesies terdahulu yang berpindah ke tempat ini, sementara yang lain berevolusi daripada spesies-spesies terdahulu yang berada di gunung ini. Dapatan ini telah diterbitkan pada 12-08-2015 dalam Nature.

Di pergunungan tropika, bilangan spesies yang luar biasa boleh ditemui. Ini kerana suhu dan persekitaran berubah dengan cepat apabila ketinggian meningkat. Oleh itu, spesies yang hidup di puncak gunung sering kali hanya terdapat di situ. Ini kadang kala digelar sebagai spesies endemik. Gunung Kinabalu di Sabah, Borneo Malaysia merupakan contoh bagi hal ini.Gunung yang setinggi 4,095 meter ini berada senarai Warisan Dunia UNESCO dan menjadi kediaman ratusan spesies unik. Bersama 45 pakar lain, para penyelidik Naturalis, Vincent Merckx dan Menno Schilthuizen mengumpulkan berdozen-dozen spesies endemik tersebut pada tahun 2012 semasa ekspedisi saintifik Belanda-Malaysia di Gunung Kinabalu. Kemudian, mereka telah menggunakan DNA untuk menentukan spesies yang telah menyebabkan berlakunya proses evolusi untuk spesies endemik ini. Penyelidik itu menunjukkan kebanyakan spesies yang hidup di gunung itu adalah lebih muda berbanding usia gunung itu sendiri. Mereka juga menunjukkan biodiversiti endemik terdiri daripada dua kumpulan. Sesetengah spesies unik berkenaan berasal dari kawasan yang jauh seperti Himalaya atau China, yang telah sedia tersuai pada persekitaran sejuk. Spesies endemik lain berevolusi daripada spesies tempatan yang hidup di kaki gunung dan sedikit demi sedikit berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang lebih sejuk.

Dalam tempoh dua minggu, para penyelidik itu telah mengumpulkan puluhan ribu tumbuhan, haiwan dan cendawan di 37 lokasi di kawasan Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Ini termasuk paku pakis, lumut, orkid, siput, lintah, serangga, labah-labah dan katak. Hasil kajian ini menunjukkan gunung ini merupakan titik tumpuan evolusi. "Kadang kala kita menganggap gunung-ganang tropika merupakan lokasi untuk spesies yang sangat tua terus hidup. Namun, penyelidikan kami mendedahkan kebanyakan spesies yang terdapat di sini adalah muda," kata Schilthuizen. Spesies baharu berevolusi di puncak gunung, tetapi ini kebiasaannya berevolusi daripada spesies yang telah hidup dalam keadaan sedemikian. "Ini penting bagi perlindungan spesies endemik. Penyelidikan kami mendedahkan tahap yang mana spesies mampu berevolusi untuk menyesuaikan dengan perubahan iklim dan ini membolehkan kami membuat ramalan masa depan."

Pada petang Rabu 12 Ogos dari 19.00 hingga 20.00 p.m. CET, Schilthuizen dan rakan penyelidiknya akan menerangkan lebih lanjut dapatan ekspedisi di dalam dewan LiveScience di muzium Naturalis. Acara ini terbuka kepada umum dan juga dapat disaksikan secara langsung melalui dalam talian di http://www.naturalis.nl/live. Peluang yang mencukupi disediakan untuk bertanyakan soalan.

Imej 

Pautan Video hasil Ekspedisi: https://youtu.be/XP3fpOlGxP0  (dalam embargo)

Gambar: https://science.naturalis.nl/en/about-us/press/pressreleases/evolution-peaks-tropical-mountain/

Pembiayaan 

Selain sokongan institusi melalui pembiayaan FES Belanda, projek ini menerima pembiayaan melalui geran 821.01.002 dan 825.12.007 Organisasi Penyelidikan Saintifik Belanda (NWO), Yayasan Alberta Mennega, Dana Ekologi Akademi Sains Diraja Belanda, Yayasan Uyttenboogaart-Eliasen, dan Pro Acarologia Basiliensis.

Pengarang pertama Dr. Vincent Merckx telah menerima pembiayaan peribadi daripada NWO.

Source: Naturalis
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Conference call announcements Environmental Issues